Nuffnang Ads

Thursday, December 19, 2013

N.O.M.B.O.R.

Assalamu'alaikum..

Somewhere in November 2013, Google ada buat satu doodle as a tribute to the "human computer", Ms Shakuntala Devi.. The power of our brains..



  1. Shakuntala Devi was an Indian writer and mental calculator, popularly known as the "human computer". A child prodigy, her talents eventually earned her a place in the 1982 edition of The Guinness Book of World Records. Wikipedia
Sedikit tentang Ms Shakuntala Devi ni.. Beliau telah meletakkan namanya di dalam Guinness Book of World Records pada tahun 1982 di atas kejayaannya mendarab dua 13 digit nombor dalam masa 28 saat! 28 saat tu termasuk masa yg beliau ambik untuk sebut jawapan yg total ada 26 digit.. Subhanallah! Amazing kan otak kita ni! =)

Credit to http://abcnews.go.com/


As an adult, kadang2, it is embarrassing bila ditanya soalan matematik sekolah rendah yg spontan, kita guna calculator utk kira.. Sedangkan masa sekolah dulu, smua leh congak je.. Bila dah makin dewasa ni, kita jadi malas dan lebih suka guna calculator sbb kononnya nak cepat.. Lama2 otak pun "berkarat" sbb dah terlalu dimanjakan.. Macam familiar je kan?! =)

So, utk entry kali ni, saya nak ajak kawan2 semua utk bermain dgn 6 huruf ni -  N.O.M.B.O.R..

Mengira, Matematik, Asah, Otak Berkarat
Credit to http://www.turkmauser.com/

Zaman sekarang, boleh dikatakan, kita banyak habiskan masa kat atas jalan.. P kerja, balik kerja, p ronda2, makan angin.. Kadang2 tersangkut dlm traffic boleh sampai berjam-jam.. Stress.. Tp, tanpa kita sedar, sbnrnya, this is the best time utk mengasah minda kita.. Tanpa perlu buat latihan dlm buku matematik, tak perlu download math genius app kat phone utk buat kira2, tak perlu pen dan kertas.. A simple trick yg saya belajar masa Darjah 6 dulu, yg saya rasa bagus utk dikongsi bersama supaya otak kita ni tak "berkarat".. =)

~ Mari bermain dgn nombor..

Kat Malaysia, nombor plat kenderaan mesti mula dgn huruf yg mewakili negeri masing2 (except for those yg chose to have 1M4U, SUKOM or others as their plate numbers..) Then, akan disusuli dgn nombor pendaftaran kenderaan tu.. Sometimes, it is interesting bila huruf2 dan nombor2 tu disatukan.. Example,
MAF 14
Sekali pandang memang nampak perkatan MAFIA, tapi,

1. Cuba tambahkan nombor2 yg ada kt nombor plat tu,
1 + 4 = 5

2. Then, tambahkan pulak huruf2 tu.. Kita tau dari A ke Z, semua sekali ada 26 huruf.. Where, A ialah 1, B ialah 2... Z ialah 26..

Credit to http://civilfastforward.com/
Skrg,
M + A + F + 1 + 4 =  13 + 1 + 6 + 1 + 4 = 25

3. The thing about this game is, the last number mesti 1 angka je, meaning between 1 to 9.. Lastly,
2 + 5 = 7
In short, selagi masih boleh ditambah, teruskan menambah, sampai tinggal 1 angka je.. =)

Mungkin nak mengingat 26 huruf tu agak susah, jadi mulakan dgn menambah nombor2 kat belakang tu.. Contoh,

PFP 8833
So,

8 + 8 + 3 + 3 =  (8+8) + (3+3) = (16) + (6) = (1+6) + 6 = 13 = 1+3 = 4 
@
8 + 8 + 3 + 3 =  (8+3) + (8+3) = (11) + (11) = (1+1) + (1+1) = 2+2 = 4 

Senangkan! Tengah2 jam, boleh main kira2 dgn nombor2 kat sekeliling kita.. But, hati2 bila ushar nombor2 kenderaan kat sekeliling kita tu, especially yg kat belakang.. Jangan sampai accident ye?!

That's all for today's entry.. Latihan mudah utk exercise kan otak kita yg slalu gak jam.. =)
Selamat mengira!

p/s: Sometimes the best solution is the simplest! (^_-)v

Thursday, December 12, 2013

Cinta Fotobuku!

Assalamu'alaikum...

Tengok je tajuk kat atas tu, terus lagu "Cinta Mukabuku" terngiang-ngiang kat telinga ni kan?! Anyway, entry kali ni ada perkataan 'book' jugak kat belakang, bukan Facebook, tapi Photobook.. Cinta hati terbaru saya ~ Oh, fotobuku ku! =)

Suatu hari tu, tiba2 tergerak kat hati ni nak tengok balik gambar2 akad nikah dan receptions 3 tahun sudah kat dlm external hard disk.. (saya dgn En. Suami tak dak physical photos of our wedding, tak dak album pun, semua dlm external hard disk je..) Konon2 nak 'down the memory lane la'.. Cari punya cari, tak jumpa.. Last2, bila tanya kat En. Suami, senang je dia jawab, "Abang format balik hard disk tu sbb ada virus. Tp jgn risau, Abang rasa gmbr2 kawen kita tu Abang ada buat back up.." Hmm.. Rasa? Terdiam sekejap.. -_-"

So, since that day onwards, saya bertekad nak ada physical photos dlm album just in case yg back up ni pun ghaib! Huhu..

One fine day, masa tengah online window shopping, ternampakla satu deal yg sgt menarik -
"[Up to 100% Off] 40-Page Personalised Photobook from Photobook Malaysia from RM0"
  • Product: 6" x 6" Mini Square Softcover
  • No. of pages: 40
  • Paper: 190gsm Photo Lustre Paper 
Too good to be true huh?! Macam tak caya pun ada.. Tapi macam best je.. Pikir punya pikir, finally, saya decided utk try dgn existing photos yg ada dlm laptop ni.. Lagipun, cuma bayar utk postage je pun.. Kalau tak memuaskan hati, tak dakla rasa sakit hati sangat, tapi kalau puas hati, leh buat utk future activities and of course wedding albums yg tertunggak selama 3 tahun tu.. (Nasib baik dah jumpa balik..)

It is an interesting concept, we can customize it according to our like.. Tak yah upah professional utk buat.. Letak je gambar (kalau pixel kecik sgt, nanti kalau kita letak photo tu dlm template, akan keluar warning sign..) captions, pilih background, frames, other effects, then macam2 lagila.. Kalau lagi kreatif, boleh buat exactly macam buku citer..

Credit gambar to Photobook Malaysia

Credit gambar to Photobook Malaysia
So, misi dimulakan..
My chronology of event:
  • Nov 22: 
    • Bought the voucher for RM 8.00 (bayar utk postage je!)
      • Kali terakhir saya tengok this deal before it ended, > 180,000 people bought this! ~  
    • Received order confirmation and step by step instructions camne nak guna voucher tu kat Photobook Malaysia..

Print screes, Photobook Designer, Projek Photobook, Cinta Fotobuku
Inilah rupa software tu..

  • Nov 23 - 29: 
    • Download Photobook Designer software drp Photobook Malaysia..
    • Bermulalah sesi men'design'.. I named my project "Precious Moments".. 
    • Bahan2 ujian semua diambil dari gambar2 lama kami.. Testing.. testing.. =)
  • Nov 29: 
    • Submitted my design via online application.. Send tengah2 malam sebab konon nak buat surprise kat En. Suami..
  • Dec 3: 
    • Dapat call drp courier, and received on the same day! Mission accomplished! Tadaa, inilah hasilnya.. =)
Photobook, Contoh Muka Depan dan Belakang, Precious Moments, Mini Square
Front page & back page.. 6"x 6" mini square soft cover, as they call it..

Antara pages drp photobook tu.. 





Dan antara semua pages, yg paling saya suka ialah yg kat bawah ni.. Si tudung senget dan si budak kecik.. Haha, priceless.. =)

Cinta Kecik-kecik, Darjah 3, Sekolah Tepi Laut, Kalau Dah Jodoh, Cinta Fotobuku, Down Memory Lane
Me & En. Suami masa Darjah 3.. =)

Oklah, tu je yg saya nak share kali ni.. Hujung2 tahun camni, mesti ramai yg bercuti kan? Amekla gambar banyak2, then buat photobook sambil tulis all your exciting activities macam buku citer yg kita selalu baca tu.. Nice kan?! More info boleh p ke Photobook Malaysia..

Cukuplah kot utk entry kali ni.. Dah cukup panjang dah ni.. I'll leave you with this song drp Mark Adam.. Thief @ Pencuri.. Let's go down memory lane..~ Sweet.. =)

"Kau simpan hatiku, dari Darjah 1, Darjah 1.." 



p/s: Lepas ni nak suruh En. Suami dan SAJA buat dan nyanyi lagu Cinta Fotobuku pulak lah! Sambil selit2 lirik, "Kau simpan hatiku dari Darjah 2.. Darjah 2.." Hehehe.. (^_-)v

Monday, November 11, 2013

Syukur.. A Baby is OTW!

Assalamu'alaikum..

Wah, bestnye kalau title entry ni pasal my baby.. Hehe.. Actually, baru2 ni, kami dapat 1 berita gembira dr adik En. Suami.. Istimewanya pasangan suami isteri ni, kedua-duanya hilang pendengaran sejak dari bayi.. Pekak dan bisu.. Alhamdulillah, dia dah mengandung 8 minggu.. Dlm pada seisi rumah En. Suami bergembira menerima cucu sulong, Sayyidah Nafisah, Allah murahkan lagi rezeki dgn mengurniakan seorang lg cucu.. Insya-Allah akan lahir bulan 6 tahun depan.. Nampak gayanya, tahun depan kena tambah duit raya la! Mesti comel tengok anak depa bila besar nanti especially bila buat bahasa isyarat utk communicate dgn depa.. =)

I Love You Sign, Sign Language for Baby, Cute Baby, Deaf, Pekak, Nisrin
Credit to: http://www.babysignlanguage.com/dictionary/i/i-love-you/
Yg ni maksudnya, I LOVE YOU..

As for me dan En. Suami; kami masih lagi berdua.. Tipula kalau saya cakap langsung tak terusik, 3 tahun tu, bukan 3 bulan.. Papepun, syukur sgt sbb ada family dan kawan2 yg memahami.. Macam yg saya pernah tulis dulu, belum sampai rezeki kami.. Samalah macam amek exam masa sekolah dulu la.. Kena usaha, doa dan tawakal, insya-Allah, dgn izin Allah, barulah akan berjaya! *Positive*

Dalam fasa honeymoon ni, banyak yg saya belajar tentang kehidupan.. Utk motivate diri, kuatkan hati.. Bak kata seorang Ustaz ni, bila kita cakap Alhamdulillah utk sesuatu perkara baik yg jd depan mata kita, Insya-Allah rasa cemburu tu takkan begitu menebal.. Lama2, kita akan jadi biasa..

Cuba try! Bila nampak sape2 lalu depan mata sambil drive Ferrari, try cakap, "Alhamdulillah, tu rezeki dia.." Mesti tak rasa jealous sgt kan?! =)

The point that I'm making is, it is normal utk sesiapa pun merasa cemburu, rendah diri bila tengok org lain yg lebih berjaya.. Adik2 ipar saya pekak dan bisu, tapi tak pernah sekalipun saya tengok depa sedih dgn kekurangan depa.. Lagi nampak kelebihan adala, telinga tak dapat dengar fitnah dan mulut tak perlu nak bergosip, bercakap yg bukan2.. Untung kan?!

So, mulai hari ni, jom bersihkan hati.. Buang jauh2 rasa dengki dan iri hati.. If we want something so bad, we should increase our effort! *Ini juga ditujukan buat En. Suami.. hehehe..* Jia you! p(^_^)q

p/s: Praying for more babies in 2014.. Doakan kami ye.. =)

Thursday, November 7, 2013

Azam 1435 H..

Assalamu'alaikum..

Mungkin agak terlewat untuk saya ucapkan Salam Ma'al Hijrah kpd semua muslimin dan muslimat.. Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita memperbaiki diri kita pada tahun ini..

Biasa bila kawan kita tanya apa azam tahun baru kita, jawapan cliché yg biasa kita bagi, "Nak jadi lebih baik dari tahun yg sudah.." Tapi, kalau nak jadi lebih baik, kena buat sesuatu kan? So, oleh sebab kita masih di dalam mood tahun baru, (actually, I am.. hehe..) apa kata tahun ni, kita tambahkan satu azam baru dalam list azam kita - Puasa Sunat.. Mudah-mudahan dgn memperbanyakkan perkara2 sunat di samping yg wajib akan menjadikan kita lebih baik tahun 1435 H ni.. Peringatan utk diri sendiri jugak.. Insya-Allah.. Save the dates my friends! =)
  1. Puasa 1 - 9 Muharram = 5 - 13 Nov 2013
  2. Puasa Hari Asyura iaitu pada 10 Muharram berserta sehari sebelumnya = 13 - 14 Nov 2013 
  3. Puasa Hari Isnin dan Khamis (mana-mana hari Isnin dan Khamis kecuali Hari Tasyrik, 11 Zulhijjah) = 6 Okt 2014 (Isnin) 
  4. Puasa Hari Putih pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan Hijrah:
    • Muharram = 17 - 19 Nov 2013
    • Safar = 16 -18 Dis 2013
    • Rabi'ulawal = 15 - 17 Jan 2014 
    • Rabi'ulakhir = 13 - 15 Feb 2014 
    • Jamadilawal = 15 - 17 Mac 2014 
    • Jamadilakhir = 13 - 15 Apr 2014 
    • Rejab = 13 - 15 Mei 2014 
    • Syaaban = 11 - 13 Jun 2014 
    • Syawal = 09 - 11 Ogos 2014 
    • Zulkaedah = 08 - 10 Sep 2014  
    • Zulhijjah = 08 - 10 Okt 2014
  5. Puasa Sunat Bulan Rejab = 1 - 29 Mei 2014 
  6. Puasa Sunat Bulan Syaaban (kecuali Hari Syak, 30 Syaaban) = 30 Mei - 27 Jun 2014 
  7. Puasa Enam (puasa mana-mana 6 hari dalam bulan Syawal kecuali 1 Syawal) = 29 Julai - 26 Ogos 2014 
  8. Puasa 1 - 8 Zulhijjah = 26 Sep - 3 Okt 2014 
  9. Puasa Hari Wuquf (bagi mereka yg tidak menunaikan haji) = 4 Okt 2014 
Utk memudahkan rujukan, saya buat kalendar khas utk mark tarikh2 ni..

2013 Calendar, Tarikh Puasa Sunat, Kalendar 2013, Hari Puasa Sunat, Azam Tahun Baru

2014 Calendar, Kalendar 2014, Puasa Sunat, Tarikh


Harap2, senarai ini dapat memberi manfaat kpd kita semua dan saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepada-Nya seterusnya menerima amalan puasa kita.. Insya-Allah.. Jom sama2 tampal dalam office dan dalam rumah sebagai rujukan! =)

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya,
“Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku (Allah) dan Akulah yang langsung membalasnya.” (Riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)
p/s:  Terima kasih Kak Rohaya kerana telah mengongsikan senarai yg sgt berguna ni.. Ada sesape lagi yg nak kongsi azam tahun baru? =)

Saturday, October 19, 2013

It's Official! ~ Sambungan Selepas Setahun.. Part 4

Assalamu'alaikum..

Nak update sikit.. Akhirnya, SAJA punya 1st official music video, "Ku Jatuh Cinta" dah release kat YouTube.. Sebarang komen yg membina adalah dialu-alukan.. Happy viewing.. =)

Saja Local Fusion Band, Saja Ku Jatuh Cinta, Varianz, Mirwana, the Messages, Faiz Ariff, Shakir, Akmal
dari kiri: Syafiq, Faiz, Jack, Faisal, Akmal & Shakir



p/s: Love is such a wonderful feeling..

Friday, October 18, 2013

Doa dan Berdoa..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, eloknya cuaca pagi Jumaat ni.. =)

Semalam hujan lebat, risau jugak kalau2 banjir kilat akan berlaku sekali lagi macam 5 hari sudah.. Ujian Allah, sape sangka, kawasan kampung yg berdekatan dgn laut pun boleh banjir.. Sesuatu yg tak pernah dijangka.. Popular sekejap Teluk Kumbar.. Hehe.. Refer article kat Harian Metro ni..

http://www.hmetro.com.my/articles/TelukKumbar_BayanLepasdilandabanjirkilat/Article/

Ujian datang dlm pelbagai bentuk.. Musibah, bencana, rumah tangga, rezeki, jodoh, zuriat, sedangkan kesenangan pun satu ujian.. Sebagai manusia, kemampuan kita ada hadnya.. Allah yg menciptakan kita, jadi samada susah atau senang, kita perlu bergantung pada-Nya, bukan hanya ketika susah.. Kerana, walau sehebat atau se'detail' manapun persediaan kita, tanpa izin Allah, tetap tak kan menjadi.. Betul tak?
Rasulullah SAW bersabda: “Doa umpama senjata orang Mukmin dan sendi kekuatan agama juga cahaya yang berkilauan di langit dan bersinar di bumi.” (Riwayat al-Hakim)
Oleh sebab tu, pada pg Jumaat yg mulia ini, saya nak kongsi antara doa yg boleh kita amalkan dlm kehidupan seharian.. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kpd kita semua.. Wallahu a'lam..

Doa Nak Anak, Doa Jauh Bencana, Doa Umpama Senjata Orang Mukmin, Teluk Kumbar Banjir Kilat, Harian Metro

p/s: Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang terbuka hatinya untuk berdoa, terbuka baginya pintu-pintu rahmat dari Allah dan sekiranya tidak meminta sesuatu dari Allah yang disukainya melebihi permintaannya supaya diberi akibat.” (Riwayat at-Tarmizi)

Sunday, October 13, 2013

Selepas Setahun.. Part 4: Orang Seni di dalam Rumah

Assalamu'alaikum...

Dah lama teringin nak buat satu entry khusus utk En. Suami.. Semenjak saya kena kerap travelling, En. Suami decided utk concentrate full time in developing things that he loves so much - graphic designing and singing.. So, camne dia boleh involve dgn these 2 things? Meh saya nak cite.. Inilah kisah seorang yg sgt berseni di dlm rumah saya.. =)

Kadang2, kita tak perasan yg selama ni kita ada sesuatu skill or talent, sbb kita dah set dlm otak kita yg kita nak jadi somebody yg much more 'relevant'.. Pening pulak statement ni kan?? Itulah En. Suami..

Historically, saya kenal En. Suami sejak dari Darjah 2.. Lama betul kan?! Masa kat sekolah, dia selalu jadi perhatian cikgu2.. Kenapa? Sebab dia pandai melukis.. Seingat saya, asal ada je pertandingan melukis kat sekolah, muka dia je yg asyik menang.. Kalau tak 1st place, mesti 2nd or 3rd.. Sampai pernah masuk paper sbb menang pertandingan melukis potret Allahyarham Tan Sri P. Ramlee! =)

Shakir SAJA, P. Ramlee, Menang, Lukisan, Nasir P. Ramlee


Tapi, sayangnya, bakat tu hanya tinggal hobi.. He chose Electronic Engineering instead.. Habis je belajar, sempat jugak merasa menjadi cikgu - Mualim Shakir.. Hehe, comel je bila dgr anak2 murid panggil En. Suami, Mualim.. Pada masa tu, dia dah mula interested dgn graphic design ni.. Maybe it is in his blood all this while.. Pastu, after few years bergelar guru, En. Suami masuk kilang, jadi machinist engineer and start serius dgn business ni.. Orders keep on coming, sampai tak menang tangan.. Until one fine day, he decided to quit his job as machinist engineer and concentrate on doing design work in our little shop.. =)

Shaurah Touch, Shakir Saja, Burung Gagak Tua, Ku Jatuh Cinta, Dia dan Cahaya
En. Suami dan hasil titik peluhnya.. 
Bercerita pulak tentang another part of him - singing.. Sebelum ni, saya pernah tulis tentang En. Suami menyanyi kat kenduri kahwin kan?! Baru2 ni, tuan rumah kenduri tu, yg jugak Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, telah menjemput En. Suami menyanyi utk Rumah Terbuka Aidilifitri Pulau Pinang.. Excited gile muka En. Suami! Last minute notice, nasib baik nyanyi tak terbabas.. Haha..

Sedikit sejarah tentang En. Suami dan hobinya yg ni, yg sekarang dah jadi part of his career.. Setahu saya, En. Suami ni memang suka sgt menyanyi, especially masa kat matric.. Masa tu, lagu2 nasyeed ni memang menjadi siulanla.. Nur Kasih la, Rabiatul Adawiyah la.. So, En. Suami dan kawan2 nya formed a nasyeed group called Raudhah.. Bila dah masuk U, En. Suami formed group baru dgn nama Voice of Annur.. Then, one day group ni menang nasyeed competition kat UM, where Mirwana jadi juri.. Pastu, tertubuhlah Varian.. Disebabkan oleh komitmen keje plus business graphic design yg baru nak naik, he 'disappeared' for few years.. His activity went on and off selepas itu.. Walaupun dah tak aktif mcm dulu, tapi kadang2 tu, dia ada gak buat harmonizing lagu kat YouTube.. Sampailah satu hari, Abg Akmal ajak En. Suami join his special project yg diberi nama SAJA - a local fusion band.. Dan Insya-Allah, 1st single SAJA akan keluar tak lama lagi.. Kat sini saya ada letak video2 SAJA dari YouTube.. Hope you will like it dan dapat terima their music! More info, boleh ke fb page SAJA.. =)

Show Saja, Afdlin Shauki, Ana Raffali, Pray 4 Palestine, Dr Maszlee
Pray 4 Palestine, Syria & Mesir.. 

  • 1st song: Burung Gagak Tua



  • 2nd song: Ku Jatuh Cinta (Faiz Ariff nyanyi masa Muzik Ekstra RTM! Well, he is actually one of them..)



  • 3rd song: Dia dan Cahaya


Begitulah alkisahnya.. Rezeki Allah, utk seorang yg tak pernah sangka bakat yg dia ada selama ini akan menjadi punca rezekinya.. Mungkin belum sehebat pelukis2 terhebat atau penyanyi2 ternama, tetapi inilah kisah suami saya - orang seni di dlm rumah.. p(^_^)q

p/s: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk untukmu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al Baqarah, Ayat 216.

Friday, October 11, 2013

Selepas Setahun.. Part 3: Malaysia Rising

Investment Profile: Malaysia: Malaysia Rising | Site Selection Online

Malaysia Rising, Site Selection September Edition, Medical Device, Straits Orthopaedics, KLCC


Assalamu'alaikum..

Ha, nampak tak link kat atas tu? Since I'm writing on things that happened selama saya 'menghilangkan diri', so for this Part 3, saya nak share something yg berkaitan dgn kerjaya saya pulak, dan kenapa the write-up in this article (about Straits), is very important to me.. =)

Sepanjang awal tahun ni, I've travelled a lot and met a lot of interesting people.. From Penang to KL, Singapore, Taiwan, Hong Kong, Beijing and Shanghai.. (Mungkin dlm next entry, saya akan share apa yg menarik kat tempat2 ni..) Frankly, I always feel that I'm a quiet type of girl.. Not even good at making jokes.. Tak banyak cakap, hanya bercakap kalau ada org yg start or if org tu memang saya dah kenal.. =( Not so good, huh?! Hmm..

One fine day, Mr. Boss asked me to help him in business development.. So, I thought this will be a good chance for me to improve my social skill even though part of me tak berani sebenarnya.. Camne seorang engineer nak develop business.. Orthopaedics business yg sgt baru kat Malaysia pulak tu.. Camne nak deal dgn high rank people, decision-maker people, government officials and ministers.. Risau if I screwed up.. But then, after being involved in series of meetings, discussions and presentations, I'm beginning to love this new job.. It's not that bad after all.. I learnt a lot from other people's experience - on business as well as life.. Mana tahu, satu hari nanti boleh apply this knowledge utk business sendiri pulak? Hehehe.. =)

Anyway, apa kena mengena this article dgn saya ye tak? Well, this article was written by a US magazine called Site Selection.. For this September 2013 edition, they are promoting Malaysia's medical device industry to the world.. Despite of all political issues that we have right now, di mata dunia, Malaysia adalah sebuah negara yg ideal utk foreign investors especially in this sunrise industry.. It is time for Malaysia to rise.. And I'm glad to be part of it..

Site Selection, Straits Orthopaedics Billboard, ABio Orthopaedics Billboard, Penang Bridge
ABio & Straits billboards right after Penang Bridge toll

p/s: Saya harap, gol Mr. Boss akan tercapai - to make Malaysia visible in the orthopaedics map.. Amin.. Kena kerja kuat lagi la nampaknya! =)

Friday, October 4, 2013

Selepas Setahun.. Part 2: Lubang di dalam Hati

Assalamu'alaikum..

Entry kali ni sgt istimewa bg saya sbb saya nak ingat selalu si 'dia' yg pernah hadir dlm hidup saya.. This entry is about my beloved cat - BAM, on him..

..being a kitten
Tahun pertama kawen, En. Suami selalu kena kerja shift malam.. So, we decided to adopt a kitten utk teman saya kat rumah from my aunt.. Hari pertama kami bawak balik Bam, dan biar dia tengok pemandangan dari dlm kereta.. Dia letak tangan dia yg kecik tu kat pintu dan tengok luar tingkap spjg perjalanan.. Cute sgt! On that day we noticed that this little kitten, sgt suka naik jalan2 dgn kereta.. Langsung tak takut and sometimes, dia akan just menyelit dekat area yg dia rasa selesa.. Atas dashboard la, bawah seat la, kat head rest la.. On the way nak p klinik pun boleh relax lagi menikmati pemandangan.. I must admit that, for a person like me yg tak pernah ada pets sebelum ni, I felt so attached to him..

[Well, yg tu tipu sikit, saya pernah ada hamsters masa kt U dulu - Kimi & Miki.. My mistake, sbb dua2 male, so asyik gaduh je until one day Kimi mati sebab Miki korek mata dia.. Then, Miki pulak mati, mungkin sebab boring dok sorang2.. Hmm.. ("-_-)]

..being self regulated
Malam pertama kat rumah, En. Suami ckp kena disiplinkan Bam supaya tak buang air merata-rata.. So, malam tu En. Suami kurung dia dlm bilik air, and it lasted for few nights.. Malam2 mesti akan dengar dia menangis sbb nak keluar, then akan nampak jari2 dia kat bwh pintu bilik air, trying to tarik pintu tu.. But, it worked.. Bila siang pun if dia dlm rumah dia akan buang air kat toilet, if tgh main2 kat luar, dia akan korek tanah utk buang air then kambus sampai tak dak bau.. Bijak tul!

..being a good friend
Saya tak dak pengalaman bela kucing sebelum ni, but for me this cat is not just an ordinary cat.. Setiap kali saya sakit, especially bila "that monthly thing" came, he will be there for me.. Dia akan baring bila saya baring, ikut saya sampai pintu bilik air bila saya ke bilik air.. Yg paling buatkan saya terharu, suatu hari tu, tiba2 saya kena fly ke KL.. Masa tgh sibuk2 masukkan beg kat dlm bonet kereta, dia pun lompat masuk sekali.. Tak mau keluar pulak tu.. Macam tau2 je dia nak kena tinggal..

..being part of the family
En. Suami selalu ckp, "Bam ni macam orang".. Cara tidur pun macam orang.. Kadang2 tu boleh tengok dia senyum2 masa tidur.. Sgt manja, suka didukung walaupun dah ada cucu, sgt suka cium orang, suka hisap cuping telinga En. Suami, suka urut2 pipi orang, suka acting macam dah mati, suka tidur celah2 orang.. Macam2 lg la.. Geram sgt.. Patutla Rasullullah sayang sgt kat kucing..

..being a leader
As time passed by, Bam yg kecik tu dah besar jd ketua gangster kt kampung.. Ni semua sbb nak protect anak2 dia dari kucing2 liar yg nak berebut kawasan.. Namapun kucing jantan.. Masuk rumah je, mesti badan dia penuh dgn luka2.. Sedih, tp takkan nak kurung je dia dlm sangkar.. Kita pun tak suka bila terkurung kan? Tapi kan, baik betul Bam ni, bila sakit pun diam je, sehinggakan satu hari tu..


28 Sep 2013.. 5.11 pm
"Nurul, doktor cakap, organ dalaman Bam dah rosak teruk.. Perut dia dah terperosok ke paru2.. Kemungkinan kena langgar dgn motor atau ada org pukul.. Kalau buat operation pun, biasanya 80% ke 90% akan mati.. Kesian dia, nak makan pun tak boleh, nak bernafas pun susah.. Sedih tengok dia terseksa.. Macam mana?"
Hati dah mula rasa sebak.. Sebab hanya akan ada satu saja jalan penyelesaian.. Biarkan dia rehat selama-lamanya..

28 Sep 2013.. 5.09 pm
"Nurul, Mak mintak maaf na.. Mak dah bagi Bam "rehat".. Biar dia rehat na.."
Masa tu, tiba2 rasa mcm ada satu lubang yg besar kt hati saya.. Air mata dah mula mengalir.. Bam dah tak dak.. :'(

Esok, cukup seminggu Bam tinggalkan kami..Saya tak pernah imagine seekor kucing boleh bg impact sebesar ni pada kami sekeluarga.. Istimewanya dia kerana sehingga ke saat ini, kami masih merinduinya.. Sesungguhnya, Allah lebih sayangkan dia.. Terima kasih ya Allah, kerana mengizinkan Bam singgah dlm hidup kami, walaupun hanya utk masa yg singkat..

Kucing Macam Orang, Sayang Kucing, Kucing Kena Pukul, Kucing Manja


p/s: I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel..


Thursday, October 3, 2013

Selepas Setahun.. Part 1: Orang Baru

Assalamu'alaikum..

Sedar tak sedar, dah dekat setahun blog ni dibiarkan bersarang.. Alhamdulillah, things are slowly taking shape now.. Apa yg disemai setahun yg lalu, dah boleh nampak tunasnya.. Cepat betul masa berlalu..

Rasanya saya pernah tulis tentang majlis pertunangan adik ipar saya.. Punyala lama tak menulis, both adik ipar saya dah selamat melangsungkan majlis pernikahan mereka 10.11.12 hari tu.. Selain bertambahnya adik2 lelaki En. Suami, kami juga dah dapat gelaran Pak Long dan Mak Long.. Haha.. Ni dia buah hati kami sekeluarga sekarang.. Cucu sulong Abah dan Mak - Sayyidah Nafisah, yg dilahirkan pada 14.09.13 di Dewan Bersalin Muslimah, Permatang Pauh.. Semoga membesar dgn baik dan menjadi anak yg solehah dan berbakti kpd keluarga dan agama.. =)

Baby Comel, Cucu Sulong, Orang Baru, Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh
Born on 14 Sep 2013

18.05.13 hari tu, adik saya pun dah selamat menjadi isteri org.. Dan secara tak langsung, bertambahlah seorang lagi anak lelaki Ayah dan Mak.. Nak dijadikan cerita, on the way balik dr masjid lepas majlis akad nikah depa, boleh pulak accident.. And I was driving my sister's car pulak tu.. Memang spoil dia punya big day.. Tp, Alhamdulillah, kami semua yg ada dlm kereta tak dak pape.. Luckily uncle yg saya langgar tu tak marah2.. Dia trpaksa brake mengejut sbb ada kereta yg tiba2 potong depan dia.. Secara tak langsung, saya pun trpaksa brake mengejut (baik punya alasan..) Anyway, I'm sorry for the damage and thank you for not scolding me.. Hehehe..

Kereta Swift Accident, No Plat Patah, Langgar Belakang, Akad Nikah
A painful 'wedding gift'

Life is not a life if tiada pahit dan manisnya.. Let's learn to appreciate what we have, before time makes us appreciate what we had..
Thank you Allah for allowing all these amazing people colour my life.. (^_^)

p/s: To my dear sister yg berada jauh di France, study elok2 ye.. I know it is hard to be alone without your husband, semoga Allah permudahkan semua urusan hang kat sana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...