Nuffnang Ads

Friday, June 8, 2012

Hati Seorang Ayah..


Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini tangan ini yang membelainya. Selama ini hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak kulaungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun dia bukan selamanya milikku… 

Rumah ini cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? 

Maafkan aku wahai anak…bukan aku yang tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta...

Hatiku tertanya-tanya apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh…bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat. Cinta bukan bererti mengikat...tetapi melepaskan, membebaskan...

Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu? 

Puteriku, kau terpaksa kulepaskan... 

Apakah si dia mampu menyainginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah diputuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’ – lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya sudah dimeterai? Namun, hati ayah...pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah pilihanmu? Tepatkah keputusanku? 

Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan? Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insya-Allah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan Allah itu pasti ada kebaikan! 

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya bila dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan satu jasa... 

Itu hanya satu amanah. Namun, ketika usia menjangkau senja aku pasti semakin sepi... aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahnya yang petah dan lagak yang penuh keletah...

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu. Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti... 

Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya. Aku akan bersangka baik, justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insya-Allah dia dan aku akan mendapat yang terbaik...

Di situ noktahnya kebimbangan hati seorang ayah! 

Renungan kepada :
  1. Wanita (anak-anak perempuan) yang belum berkahwin ingatlah bapa anda, jangan menderhaka terhadapnya dan ingkar suruhan-Nya kerana dosa anda masih ditanggung oleh bapa anda. 
  2. Wanita yang sudah berkahwin imbas kembali saat-saat anda masih dalam tanggungan bapa. 
  3. Lelaki yang bakal berkahwin sebagai persediaan anda menjadi bapa kepada anak-anak perempuan anda. 
  4. Lelaki yang menjadi suami, izinkanlah isteri anda berhubung dengan bapanya....sesungguhnya anda juga  akan merasai perkara yang sama jika anda mempunyai anak perempuan 
(As extracted from a mail that was sent to me 4 years ago)


p/s: I know somewhere this month we will be celebrating Father's Day.. For me, every day is Parents Day.. This entry is specifically  dedicated to my Ayah, En. Lias whom is not so well nowadays but still patiently undergone the hemodialysis to keep him survive.. I love u, Ayah.. Hanya Allah saja yg dapat membalas jasa2mu.. Thank u for everything.. =)

Thursday, June 7, 2012

Antara Sakit dan Kasih Sayang..

Assalamu'alaikum..

Bulan Mei dah pun seminggu melabuhkan tirainya.. Dan selama seminggu ni jugaklah, I've been really sick.. Seingat sy, kali terakhir sy demam seteruk ni adalah ketika sy di Tingkatan 2.. Demam, batuk, sakit kepala, pening, running nose, yg seolah2 takde penghujungnya.. Bila hampir nak baik, En. Suami pulak demam teruk.. Then, sambung demam lagi.. Alhamdulillah, hari ni dah boleh focus kat kerja n dah boleh menulis kat sini.. Bak kat Mak..
Nak baik memang lambat.. Sakit tu mai macam kilat, tp dia p macam semut.. 
=)

Tapi, bila fikir2 balik, sebenarnya sakit ni mainan psikologi je.. Kalau asyik fikir sakit, memang takkan baikla sakit tu.. Bila dalam otak dah set sakit, secara automatik, kita tak lalu makan, bila tak lalu makan, badan pun takde tenaga, bila dah takde tenaga, mulalah jadikan itu sebagai alasan tak solat, bila solat pun dah abai, syaitan lagi suka nak dekat, bila dah semakin tak ingat Allah, mulalah nak salahkan Allah kenapa bagi sakit, kenapa tak sihat2 lagi, bila dah hampir putus asa, mulalah percaya dan yakin pada kuasa2 lain yg boleh menyembuhkan kita, atas alasan ingin berikhtiar.. Then, the list goes on n on n on n on.. N finally, tanpa disedari kita dah jauh menyimpang dari Allah.. Takkah rugi?

Sesungguhnya, kasih sayang Allah itu sangatlah luas.. Dia jadikan penyakit, dan Dia juga yg jadikan penawar segala penyakit.. Allah Maha Pencipta.. Sebenarnya, antara diberi sakit dan disembuhkan sakit, kedua-duanya adalah ujian.. Ujian untuk melihat adakah kita masih di dalam laluan yg betul, adakah kita orang yg tahu berfikir lantas bersyukur, adakah kita semakin mendekati-Nya atau semakin jauh dari-Nya..

So friends, the next time u fall sick, ingatlah Allah amat sayangkanmu.. Bersyukurlah, kerana Dia masih pedulikan kita.. Masih memberi peluang kepada kita untuk terus beriman dan bertaubat kepada-Nya.. Allah yg jadikan kita.. Dia tahu apa yg baik dan apa yg tak baik untuk kita.. Sama2lah kita berdoa.. Semoga sakit itu dapat menghapuskan dosa2 kita yg setinggi gunung.. Insya-Allah..

Sakit Tak Sembuh, Sakit Sebab Allah Sayang
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

p/s: Teringat masa first day demam En. Suami mainkan lagu "Stereo hearts" by Gym Class Heroes & Adam Levine berpuluh2 kali.. Trying to divert my attention, not to think too much about ketidakselesaan yg sdg dihadapi, n make me feel as if I'm not sick.. N for that, I would like to thank my husband.. Thank u.. (^_-)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software