Nuffnang Ads

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Doa dan Berdoa..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, eloknya cuaca pagi Jumaat ni.. =)

Semalam hujan lebat, risau jugak kalau2 banjir kilat akan berlaku sekali lagi macam 5 hari sudah.. Ujian Allah, sape sangka, kawasan kampung yg berdekatan dgn laut pun boleh banjir.. Sesuatu yg tak pernah dijangka.. Popular sekejap Teluk Kumbar.. Hehe.. Refer article kat Harian Metro ni..

http://www.hmetro.com.my/articles/TelukKumbar_BayanLepasdilandabanjirkilat/Article/

Ujian datang dlm pelbagai bentuk.. Musibah, bencana, rumah tangga, rezeki, jodoh, zuriat, sedangkan kesenangan pun satu ujian.. Sebagai manusia, kemampuan kita ada hadnya.. Allah yg menciptakan kita, jadi samada susah atau senang, kita perlu bergantung pada-Nya, bukan hanya ketika susah.. Kerana, walau sehebat atau se'detail' manapun persediaan kita, tanpa izin Allah, tetap tak kan menjadi.. Betul tak?
Rasulullah SAW bersabda: “Doa umpama senjata orang Mukmin dan sendi kekuatan agama juga cahaya yang berkilauan di langit dan bersinar di bumi.” (Riwayat al-Hakim)
Oleh sebab tu, pada pg Jumaat yg mulia ini, saya nak kongsi antara doa yg boleh kita amalkan dlm kehidupan seharian.. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kpd kita semua.. Wallahu a'lam..

Doa Nak Anak, Doa Jauh Bencana, Doa Umpama Senjata Orang Mukmin, Teluk Kumbar Banjir Kilat, Harian Metro

p/s: Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang terbuka hatinya untuk berdoa, terbuka baginya pintu-pintu rahmat dari Allah dan sekiranya tidak meminta sesuatu dari Allah yang disukainya melebihi permintaannya supaya diberi akibat.” (Riwayat at-Tarmizi)

Thursday, June 7, 2012

Antara Sakit dan Kasih Sayang..

Assalamu'alaikum..

Bulan Mei dah pun seminggu melabuhkan tirainya.. Dan selama seminggu ni jugaklah, I've been really sick.. Seingat sy, kali terakhir sy demam seteruk ni adalah ketika sy di Tingkatan 2.. Demam, batuk, sakit kepala, pening, running nose, yg seolah2 takde penghujungnya.. Bila hampir nak baik, En. Suami pulak demam teruk.. Then, sambung demam lagi.. Alhamdulillah, hari ni dah boleh focus kat kerja n dah boleh menulis kat sini.. Bak kat Mak..
Nak baik memang lambat.. Sakit tu mai macam kilat, tp dia p macam semut.. 
=)

Tapi, bila fikir2 balik, sebenarnya sakit ni mainan psikologi je.. Kalau asyik fikir sakit, memang takkan baikla sakit tu.. Bila dalam otak dah set sakit, secara automatik, kita tak lalu makan, bila tak lalu makan, badan pun takde tenaga, bila dah takde tenaga, mulalah jadikan itu sebagai alasan tak solat, bila solat pun dah abai, syaitan lagi suka nak dekat, bila dah semakin tak ingat Allah, mulalah nak salahkan Allah kenapa bagi sakit, kenapa tak sihat2 lagi, bila dah hampir putus asa, mulalah percaya dan yakin pada kuasa2 lain yg boleh menyembuhkan kita, atas alasan ingin berikhtiar.. Then, the list goes on n on n on n on.. N finally, tanpa disedari kita dah jauh menyimpang dari Allah.. Takkah rugi?

Sesungguhnya, kasih sayang Allah itu sangatlah luas.. Dia jadikan penyakit, dan Dia juga yg jadikan penawar segala penyakit.. Allah Maha Pencipta.. Sebenarnya, antara diberi sakit dan disembuhkan sakit, kedua-duanya adalah ujian.. Ujian untuk melihat adakah kita masih di dalam laluan yg betul, adakah kita orang yg tahu berfikir lantas bersyukur, adakah kita semakin mendekati-Nya atau semakin jauh dari-Nya..

So friends, the next time u fall sick, ingatlah Allah amat sayangkanmu.. Bersyukurlah, kerana Dia masih pedulikan kita.. Masih memberi peluang kepada kita untuk terus beriman dan bertaubat kepada-Nya.. Allah yg jadikan kita.. Dia tahu apa yg baik dan apa yg tak baik untuk kita.. Sama2lah kita berdoa.. Semoga sakit itu dapat menghapuskan dosa2 kita yg setinggi gunung.. Insya-Allah..

Sakit Tak Sembuh, Sakit Sebab Allah Sayang
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

p/s: Teringat masa first day demam En. Suami mainkan lagu "Stereo hearts" by Gym Class Heroes & Adam Levine berpuluh2 kali.. Trying to divert my attention, not to think too much about ketidakselesaan yg sdg dihadapi, n make me feel as if I'm not sick.. N for that, I would like to thank my husband.. Thank u.. (^_-)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software