Nuffnang Ads

Tuesday, May 22, 2012

Dari Cik ke Cik Puan..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, congrats to Cik Adik Ipar yg akan bertukar status Puan tak lama lagi (Sekarang baru Cik Puan) – 10.11.12.. Nice date.. =)

Ahad hari tu, was Cik Adik Ipar e-day.. Just a simple majlis but sangat meriah.. Seriously! To be frank, ini adalah kali pertama I was really involved dgn majlis sebegini.. Masa sy bertunang dulu, majlis sy simple sangat.. Masa tu, bulan Ramadhan, 2 minggu sebelum raya.. Keluarga En. Suami datang berbuka puasa kat rumah dgn my whole family.. Then, buat majlis doa selamat sebab masa tu kami baru pindah masuk rumah tu.. Lepas solat tarawikh sama2, then Mak En. Suami sarung cincin tunang kat jari sy.. Simple kan?! =) I felt good actually.. Walaupun majlis pertunangan sy teramatlah simple, tapi terisi.. Mengambil berkat bulan Ramadhan yg mulia.. Alhamdulillah, a week after raya, 9 Syawal, 18.09.10, sy n En. Suami pun diijabkabulkan.. Berakhirlah pencarian cinta sy.. =)

Anyway, this entry is not about me, but about my Cik Adik Ipar e-day.. She chose pink as her engagement theme, since she loves pink so much.. N it did suit her well.. Sweet je.. (An honest opinion from someone yg doesn't really into pinkish stuff..) =)

Dari hiasan pelamin sampailah ke kenduri semuanya kami buat sendiri.. Seronok! Kat bawah ni ada list of item yg dibuat sendiri utk majlis Cik Adik Ipar, selepas melalui beberapa sesi mesyuarat di antara kaum keluarga.. =)
  1. Hantaran
    • A week before hari pertunangan tu, makcik2, sepupu2 En. Suami dah mula hantar kuih, chocolate, cake untuk dijadikan hantaran.. Then, it was our turn to letak bunga n hiasan kat barang2 hantaran tu.. (I never thought hias hantaran ni sangat enjoyable!)
    • Kalau tak silap, masa engagement day tu, total hantaran untuk pihak lelaki ialah 13 dulang.. 
  2.  Pelamin
    • Cik Adik Ipar beli kain ela pink n cream untuk buat backdrop pelamin.. Bunga, lampu semua dah ada sebab last time for my kenduri keluarga En. Suami dah prepare semua tu..
  3.  Baju, make-up, andam-mengandam, photographer, videographer 
    • Baju, Cik Adik Ipar n Mak yg sediakan..
    • Make-up, andaman, kawan2 Cik Adik Ipar yg buat..
    • Photographer, videographer, Cik Adik Ipar Bongsu dan kawan2 Cik Adik Ipar yg buat..
  4. Kenduri
    • Antara menu hari tu ialah: nasi minyak, nasi putih, ayam goreng yg dah diperap, gulai daging, gulai ikan kering, ayam masak merah, sambal tumis udang, jelatah, kuih lopis, karipap dan kuih lompang..
    • Semuanya dimasak oleh chef2 yg sangatlah sporting.. Mak2 n Pak2 Saudara En. Suami.. (Masa kenduri belah En. Suami dulu pun chef2 ni jugak yg masak.. I’m always impressed on how they can manage to cook so well..)
    • Kerusi meja, pinggan, gelas, buffet trays, alas meja semuanya hak kaum kerabat En. Suami..
  5.  Jurucakap majlis
    • Yg ni, Abah serahkan kat En. Suami.. Sebagai abang, En. Suami diberi tanggungjawab untuk menjadi jurucakap/ pengerusi majlis semasa sesi peminangan..Actually, that was his second time.. His first time was masa upacara merisik hari tu.. But I can really see his efforts to make this majlis berlangsung dengan lancar.. Alhamdulillah..
Lepas habis je sesi perbincangan, ibu pihak lelaki menyarungkan cincin pertunangan.. Now, it is official.. =)
Selamat Bertunang Siti Nur Diyana & Azizol
Then, sesi bergambar dan makan2 sebelum bacaan doa selamat.. Everybody looked so delighted.. Segala penat lelah, preparing for this e-day, making sure everything in order, seemed to be worth it bila tengok semua orang happy! Including me.. =)

Personally, sy suka cara majlis tu diadakan.. Sebaik sahaja pihak lelaki pulang, keluarga En. Suami mengadakan sesi yg seterusnya: Sambutan Hari Ibu dan Hari Ulangtahun, khas untuk Mak, makcik2 En. Suami dan sepupu2nya yg dah bergelar Ibu.. (Harap2, tahun depan, sy pun akan diraikan.. Amin).. Sambutan Hari Ulangtahun pulak untuk meraikan Hari Ulangtahun Cik Adik Ipar dan sepupu2 yg lahir pada bulan Mei.. Cik Adik Ipar, yg kini bergelar Cik Puan, menyampaikan hadiah to our Bondas yg telah bertungkus lumus menjayakan majlis pertunangan Cik Adik Ipar.. =)

Here are some photos yg sempat sy snapped masa majlis tu..

Hantaran Warna Pink Simple, Hantaran Cara Kampung
Barang Hantaran dari Pihak Perempuan..

Bertunang Sambut Hari Jadi
Birthday Girl (Cik Puan) & Boys..
Bertunang Sambut Hari Ibu
All Bondas..
Sarung Cincin Tunang, Bunga Tangan

Masa akhir majlis tu, En. Suami mintak nak bergambar kat pelamin.. Sy terkejut sangat.. Malu pun ada.. Then, En. Suami cakap, “Kita tak pernah ada pelamin macam ni masa tunang dan nikah dulu..” Sy tergamam, then hulurkan tangan.. En. Suami ambil cincin kahwin kami dan sarungkan kat jari sy.. Senyum.. “Terima kasih Abang..” =)

 Terima kasih semua dari kami sekeluarga!!! (^_-)v

Pelamin Pink Simpla, Shakir Saja, Bunga Tangan

p/s: I learnt something masa majlis tu.. Yg buat sy terfikir alangkah mudahnya urusan kahwin jika semua orang tahu membezakan yg mana satu adat dan yg mana satu syariat.. Bulan 7 ni, Insya-Allah Cik Adik Ipar Bongsu pulak akan bertunang.. Adakah akan diijabkabulkan pada 10.11.12 juga? Sama2lah kita nantikan.. =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software