Nuffnang Ads

Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Cara Mudah Untuk Bersedekah...

“Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”. (Hadis Riwayat Muslim)

***********

Assalamu'alaikum...

Pernah tak korang alami situasi di mana sedang enak menjamu selera di kedai makan, tiba2 di didatangi adik2 dari rumah anak2 yatim, mintak sumbangan utk sekolah depa.. Takpun, masa dok isi minyak kat stesen minyak, tiba2 datang seorang remaja perempuan mintak sumbangan sambil jual barang.. Ataupun, bila nak masuk p tekan duit kat mesin ATM, ada orang sua kertas dan mintak sumbangan utk badan yg depa wakili tu?

Pernah tak korang rasa ragu2 samada patut sedekah atau tak sbb risau semua ni didalangi sindiket? Sindiket yg mempergunakan kanak2 utk kepentingan diri sendiri.. Apapun, samada sindiket atau tidak, sebagai manusia yg menumpang di bumi Allah, yg penting kalau kita rasa nak bagi, bagilah dgn ikhlas.. Jangan pas bagi, menyesal pulak.. Hmm..

Tp, sekiranya masih ada perasaan was2 tu, saya nak kongsi cara bagaimana kita leh salurkan sumbangan kita dengan yakin dan selamat, especially utk mereka yg guna CIMBClicks.. Mungkin ada antara korang yg dah tau dan dah praktik pun, but utk korang yg terlepas pandang dan baru perasan ada function ni kat CIMBClicks (mcm saya) diharap 4 langkah mudah ni dapat membantu.. Tp, utk pengguna CIMBClicks jela ye, utk bank lain, I believe ada something similar.. So, bolehla kongsi kat sini.. =)


Sedekah, Amalan Mulia, Rezeki Allah, Nak Jadi Kaya
Photo from http://jejaklalu.blogspot.com/

***********

Langkah #1

Login CIMBClicks dan masukkan username dan password korang.. Then, akan keluar macam kat bawah ni.. Pilih Pay -> Bills..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia


Langkah #2

Since ini adalah kali pertama, so saya tak pernah save dalam My Favourites billers utk pay To tu.. So click Open Billers (Category) drop down menu tu, cari dan pilih Zakat/Charities..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia


Then, kat Select a Biller tu, pilih je mana2 organisasi atau badan yg bertanggungjawab yg korang rasa nak salurkan sumbangan.. Dlm contoh ni, saya pilih Islamic Relief Malaysia.. Then tekan butang Submit..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia


Langkah #3

Kemudian, akan keluar satu form ni, asking for your details.. Isikan Name, I/C No, Appeal Categories dan Amount.. Utk bahagian Appeal Categories tu, korang boleh pilih kat siapa korang nak bagi.. Walaupun amount yg korang berikan tu sedikit, tapi utk somebody, somewhere out there, besar maknanya..



Sebaik saja korang tekan butang Submit, akan keluar satu lagi form yg memerlukan lebih banyak detail tentang diri korang.. Lepas isi, tekan butang Submit..

Nak Kaya Cepat, Rezeki, Cepat Kaya, Cara Mudah


Langkah #4

Lastly, akan keluar satu confirmation page utk korang confirmkan maklumat yg dah dimasukkan sebelum ni sebelum proceed to payment..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia

Kalau maklumat semua ok, tekan je butang Proceed to Payment.. Since biller ni belum ada dalam My Favourites, so macam biasalah, korang kena request TAC.. Pas dapat TAC, masukkan that 6 digit numbers, then ta da.. Alhamdulillah, korang dah berjaya membantu seseorang yg memerlukan bantuan kat luar sana..


Daripada Jabir bin Abdullah, bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya,
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."

Senangkan! Semuanya di hujung jari je.. Lepas ni, bolehlah buat sumbangan derma atau bersedekah secara autopay tiap2 bulan macam ada seorang saudara ni buat dan share kat Facebook.. Insya-Allah..

p/s: Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima.. Bersedekahlah dengan ikhlas.. Insya-Allah, Allah akan lapangkan rezeki utk kita, berganda-ganda.. =)
Kalau nak tahu lebih banyak hikmah sedekah, bolehlah baca tulisan seorang saudara ni kat http://www.mohdzulkifli.com/2012/02/ganda-kekayaan-dengan-bersedekah.html

Thursday, December 19, 2013

N.O.M.B.O.R.

Assalamu'alaikum..

Somewhere in November 2013, Google ada buat satu doodle as a tribute to the "human computer", Ms Shakuntala Devi.. The power of our brains..



  1. Shakuntala Devi was an Indian writer and mental calculator, popularly known as the "human computer". A child prodigy, her talents eventually earned her a place in the 1982 edition of The Guinness Book of World Records. Wikipedia
Sedikit tentang Ms Shakuntala Devi ni.. Beliau telah meletakkan namanya di dalam Guinness Book of World Records pada tahun 1982 di atas kejayaannya mendarab dua 13 digit nombor dalam masa 28 saat! 28 saat tu termasuk masa yg beliau ambik untuk sebut jawapan yg total ada 26 digit.. Subhanallah! Amazing kan otak kita ni! =)

Credit to http://abcnews.go.com/


As an adult, kadang2, it is embarrassing bila ditanya soalan matematik sekolah rendah yg spontan, kita guna calculator utk kira.. Sedangkan masa sekolah dulu, smua leh congak je.. Bila dah makin dewasa ni, kita jadi malas dan lebih suka guna calculator sbb kononnya nak cepat.. Lama2 otak pun "berkarat" sbb dah terlalu dimanjakan.. Macam familiar je kan?! =)

So, utk entry kali ni, saya nak ajak kawan2 semua utk bermain dgn 6 huruf ni -  N.O.M.B.O.R..

Mengira, Matematik, Asah, Otak Berkarat
Credit to http://www.turkmauser.com/

Zaman sekarang, boleh dikatakan, kita banyak habiskan masa kat atas jalan.. P kerja, balik kerja, p ronda2, makan angin.. Kadang2 tersangkut dlm traffic boleh sampai berjam-jam.. Stress.. Tp, tanpa kita sedar, sbnrnya, this is the best time utk mengasah minda kita.. Tanpa perlu buat latihan dlm buku matematik, tak perlu download math genius app kat phone utk buat kira2, tak perlu pen dan kertas.. A simple trick yg saya belajar masa Darjah 6 dulu, yg saya rasa bagus utk dikongsi bersama supaya otak kita ni tak "berkarat".. =)

~ Mari bermain dgn nombor..

Kat Malaysia, nombor plat kenderaan mesti mula dgn huruf yg mewakili negeri masing2 (except for those yg chose to have 1M4U, SUKOM or others as their plate numbers..) Then, akan disusuli dgn nombor pendaftaran kenderaan tu.. Sometimes, it is interesting bila huruf2 dan nombor2 tu disatukan.. Example,
MAF 14
Sekali pandang memang nampak perkatan MAFIA, tapi,

1. Cuba tambahkan nombor2 yg ada kt nombor plat tu,
1 + 4 = 5

2. Then, tambahkan pulak huruf2 tu.. Kita tau dari A ke Z, semua sekali ada 26 huruf.. Where, A ialah 1, B ialah 2... Z ialah 26..

Credit to http://civilfastforward.com/
Skrg,
M + A + F + 1 + 4 =  13 + 1 + 6 + 1 + 4 = 25

3. The thing about this game is, the last number mesti 1 angka je, meaning between 1 to 9.. Lastly,
2 + 5 = 7
In short, selagi masih boleh ditambah, teruskan menambah, sampai tinggal 1 angka je.. =)

Mungkin nak mengingat 26 huruf tu agak susah, jadi mulakan dgn menambah nombor2 kat belakang tu.. Contoh,

PFP 8833
So,

8 + 8 + 3 + 3 =  (8+8) + (3+3) = (16) + (6) = (1+6) + 6 = 13 = 1+3 = 4 
@
8 + 8 + 3 + 3 =  (8+3) + (8+3) = (11) + (11) = (1+1) + (1+1) = 2+2 = 4 

Senangkan! Tengah2 jam, boleh main kira2 dgn nombor2 kat sekeliling kita.. But, hati2 bila ushar nombor2 kenderaan kat sekeliling kita tu, especially yg kat belakang.. Jangan sampai accident ye?!

That's all for today's entry.. Latihan mudah utk exercise kan otak kita yg slalu gak jam.. =)
Selamat mengira!

p/s: Sometimes the best solution is the simplest! (^_-)v

Thursday, November 7, 2013

Azam 1435 H..

Assalamu'alaikum..

Mungkin agak terlewat untuk saya ucapkan Salam Ma'al Hijrah kpd semua muslimin dan muslimat.. Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita memperbaiki diri kita pada tahun ini..

Biasa bila kawan kita tanya apa azam tahun baru kita, jawapan cliché yg biasa kita bagi, "Nak jadi lebih baik dari tahun yg sudah.." Tapi, kalau nak jadi lebih baik, kena buat sesuatu kan? So, oleh sebab kita masih di dalam mood tahun baru, (actually, I am.. hehe..) apa kata tahun ni, kita tambahkan satu azam baru dalam list azam kita - Puasa Sunat.. Mudah-mudahan dgn memperbanyakkan perkara2 sunat di samping yg wajib akan menjadikan kita lebih baik tahun 1435 H ni.. Peringatan utk diri sendiri jugak.. Insya-Allah.. Save the dates my friends! =)
  1. Puasa 1 - 9 Muharram = 5 - 13 Nov 2013
  2. Puasa Hari Asyura iaitu pada 10 Muharram berserta sehari sebelumnya = 13 - 14 Nov 2013 
  3. Puasa Hari Isnin dan Khamis (mana-mana hari Isnin dan Khamis kecuali Hari Tasyrik, 11 Zulhijjah) = 6 Okt 2014 (Isnin) 
  4. Puasa Hari Putih pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan Hijrah:
    • Muharram = 17 - 19 Nov 2013
    • Safar = 16 -18 Dis 2013
    • Rabi'ulawal = 15 - 17 Jan 2014 
    • Rabi'ulakhir = 13 - 15 Feb 2014 
    • Jamadilawal = 15 - 17 Mac 2014 
    • Jamadilakhir = 13 - 15 Apr 2014 
    • Rejab = 13 - 15 Mei 2014 
    • Syaaban = 11 - 13 Jun 2014 
    • Syawal = 09 - 11 Ogos 2014 
    • Zulkaedah = 08 - 10 Sep 2014  
    • Zulhijjah = 08 - 10 Okt 2014
  5. Puasa Sunat Bulan Rejab = 1 - 29 Mei 2014 
  6. Puasa Sunat Bulan Syaaban (kecuali Hari Syak, 30 Syaaban) = 30 Mei - 27 Jun 2014 
  7. Puasa Enam (puasa mana-mana 6 hari dalam bulan Syawal kecuali 1 Syawal) = 29 Julai - 26 Ogos 2014 
  8. Puasa 1 - 8 Zulhijjah = 26 Sep - 3 Okt 2014 
  9. Puasa Hari Wuquf (bagi mereka yg tidak menunaikan haji) = 4 Okt 2014 
Utk memudahkan rujukan, saya buat kalendar khas utk mark tarikh2 ni..

2013 Calendar, Tarikh Puasa Sunat, Kalendar 2013, Hari Puasa Sunat, Azam Tahun Baru

2014 Calendar, Kalendar 2014, Puasa Sunat, Tarikh


Harap2, senarai ini dapat memberi manfaat kpd kita semua dan saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepada-Nya seterusnya menerima amalan puasa kita.. Insya-Allah.. Jom sama2 tampal dalam office dan dalam rumah sebagai rujukan! =)

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya,
“Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku (Allah) dan Akulah yang langsung membalasnya.” (Riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)
p/s:  Terima kasih Kak Rohaya kerana telah mengongsikan senarai yg sgt berguna ni.. Ada sesape lagi yg nak kongsi azam tahun baru? =)

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Checklist!

Assalamu'alaikum...

Hari ni ialah hari ke-6 umat Islam berpuasa.. So, how are things getting on? Adakah apa yg kita pre-planned sebelum puasa ari tu really happening? Jom semak! (Ini bukan checklist utk beli barang2 raya ye?!) (^_-)v

Aktiviti Bulan Ramadhan Puasa, Checklist Ramadhan, Tingkatkan Amalan, Ukur Amalan Bulan Puasa

Mungkin checklist ni boleh digunakan utk monitor activity harian kita di bulan yg mulia ini.. Insya-Allah, panjang umur, tahun depan, kita boleh buat more improvement! Hidup kan suatu perjalanan.. Jadikanlah ia suatu perjalanan ilmu, menuju keredhaan Allah.. =)

Anyway, sy nak share few interesting stuffs, yg berkaitan dgn salah tanggapan yg kerap berlaku di bulan Ramadhan.. I happened to have this from a friend, kalau ada facts yg tak betul, harap dimaafkanlah ye?! Sy pun masih belajar.. =)


Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh
Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


p/s: Teguran yg membina, will drive us towards Allah.. Bukakanlah hati utk menerima teguran.. Muhasabah diri.. Jadilah insan yg lebih baik berbanding semalam.. =)

Friday, May 25, 2012

Demi Masa..

Assalamu’alaikum..

Dalam hidup ni, we either tend to be terlalu selesa or selalu tak berpuashati with what we’ve got..Pernah tak kita tanya diri kita, adakah apa yg kita nak sama dgn apa yg Allah nak kita buat kat dunia ni?

One of my best friends sent me this, a reminder to myself, n I hope it can be a reminder to all of you also.. Insya-Allah.. =)



Jam Antik Kecil Besar, Demi Masa, Kira Masa


Mari Mengira!!!
1 hari = 24 jam
Satu TAHUN?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Taburan normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 tahun
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun =
18250 hari =
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama......! 
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam = 146000 jam = 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun


Logiknya: 
Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya....

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: 

Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan...
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun 
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU"...
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi...!
Kerana kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?!!

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x 1 jam = 18250 jam = 2 tahun


Kesimpulan:
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam?) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita.... itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian...
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana...

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat 

Dan sebagai penutup, let's refresh our minds with this 5 Perkara..
  1. MUDA SEBELUM TUA 
  2. KAYA SEBELUM MISKIN  
  3. LAPANG SEBELUM SIBUK  
  4. SIHAT SEBELUM SAKIT
  5. HIDUP SEBELUM MATI  
p/s: Teringat lagu Raihan.. Demi Masa.. Sesungguhnya, niatkanlah setiap perkara yg kita lakukan kerana Allah.. Tanpa niat, segalanya adalah sia2..=)

Tuesday, May 15, 2012

Marah? Think Again..

Assalamu'alaikum..

Beberapa hari kebelakangan ni, I've been feeling or should I say, experiencing a lot of hot aura around me.. Macam gunung berapi nak meletus, camtu!

People will say, “Well, what do u expect? Life is not a bed of roses.. There were also a lot of thorns.. U cannot change it!” True, it's a fact.. U can’t convert the thorns to roses, but u can manage the thorns, so that it won’t be poking u all the time.. The action that u take will differentiate u from others.. Don’t u think so? =)

Tp sayangnya, tak semua orang sedar hakikat ni, n how we react to an occasion will eventually affect our lives.. N who we are as Muslims..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).
If something that we planned didn’t turn out to be as expected, what will people normally do? Since I can feel there are a lot of negative charges around me, yg asyik nak meletup je, so I will share this interesting anger management article wrote by Dr. Stephen R. Covey.. (I personally like his book on 7 Habits of Highly Effective People.. U should try reading it..) 


So, to all readers out there, happy reading! =)

"Discover the 90/10 Principle. 
It will change your life (at least the way you react to situations).

What is this principle?  10% of life is made up of what happens to you. 90% of life is
decided by how you react. 
What does this mean? We really have no control over 10% of what happens to us. 

We cannot stop the car from breaking down. The plane will be late arriving, which
throws our whole schedule off. A driver may cut us off in traffic.

We have no control over this 10%. The other 90% is different. You determine the
other 90%.

How? ……….By your reaction.

You cannot control a red light. but you can control your reaction. Don't let people fool
you; YOU can control how you react.

Let's use an example.

You are eating breakfast with your family. Your daughter knocks over a cup of coffee
onto your business shirt. You have no control over what just happened. 
What happens next will be determined by how you react. 
You curse.
You harshly scold your daughter for knocking the cup over. She breaks down in
tears. After scolding her, you turn to your spouse and criticize her for placing the cup
too close to the edge of the table. A short verbal battle follows. You storm upstairs
and change your shirt. Back downstairs, you find your daughter has been too busy
crying to finish breakfast and get ready for school. She misses the bus.
Your spouse must leave immediately for work. You rush to the car and drive your
daughter to school. Because you are late, you drive 40 miles an hour in a 30 mph
speed limit. After a 15-minute delay and throwing $60 traffic fine away, you arrive at school. Your daughter runs into the building without saying goodbye. After arriving at the office 20 minutes late, you find you forgot your briefcase. Your day has started terrible. As it continues, it seems to get worse and worse. You look forward to coming home.

When you arrive home, you find small wedge in your relationship with your spouse
and daughter.

Why? …. Because of how you reacted in the morning. 

Why did you have a bad day?
A) Did the coffee cause it?
B) Did your daughter cause it?
C) Did the policeman cause it?
D) Did you cause it?
The answer is "D".

You had no control over what happened with the coffee. How you reacted in those 5
seconds is what caused your bad day.

Here is what could have and should have happened.

Coffee splashes over you. Your daughter is about to cry.  You gently say, "It’s ok
honey, you just need to be more careful next time". Grabbing a towel you rush
upstairs. After grabbing a new shirt and your briefcase, you come back down in time
to look through the window and see your child getting on the bus. She turns and
waves. You arrive 5 minutes early and cheerfully greet the staff. Your boss
comments on how good the day you are having.

Notice the difference? 
Two different scenarios. Both started the same. Both ended different.

Why?
Because of how you REACTED.

You really do not have any control over 10% of what happens. The other 90% was
determined by your reaction.

Here are some ways to apply the 90/10 principle.
  • If someone says something negative about you, don't be a sponge. Let the attack roll off like water on glass. You don't have to let the negative comment affect you! React properly and it will not ruin your day. A wrong reaction could result in losing a friend, being fired, getting stressed out etc.
  • How do you react if someone cuts you off in traffic? 
    • Do you lose your temper? 
    • Pound on the steering wheel?  (A friend of mine had the steering wheel fall off)
    • Do you curse?
    • Does your blood pressure skyrocket?
    • Do you try and bump them?
WHO CARES if you arrive ten seconds later at work?  Why let the cars ruin your drive?

Remember the 90/10 principle, and do not worry about it.
  1. You are told you lost your job.
    • Why lose sleep and get irritated? It will work out. 
    • Use your worrying energy and time into finding another job.
  2. The plane is late; it is going to mangle your schedule for the day. 
    • Why take outpour frustration on the flight attendant? She has no control over what is going on.
    • Use your time to study, get to know the other passenger. Why get stressed out? It will just make things worse.

Now you know the 90-10 principle. Apply it and you will be amazed at the results.
You will lose nothing if you try it. The 90-10 principle is incredible. Very few know and apply this principle. 

The result? 
Millions of people are suffering from undeserved stress, trials, problems and heartache. We all must understand and apply the 90/10 principle.

It CAN change your life!!!"

So friends, it doesn't matter how n where u start, but how n where u end will single u out from the rest.. The next time u feel like nak marah somebody, try apply this principle.. Don't waste your time cursing n blaming the cause, use the time to think of the best solution.. OK?! (^_-)v



(Photo credit to: http://endlesslightandlove.files.wordpress.com/2013/07/question-mark.jpg)

p/s: Jangan marah2.. Nanti cepat tua.. Senyum2 selalu.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software