Nuffnang Ads

Saturday, September 8, 2012

Jodoh - Wajah Seiras.. Suratan atau Kebetulan?

Assalamu'alaikum..

September.. Banyaknya kenduri kahwin.. Kepada yg menjemput, terima kasih banyak2 di atas jemputan, sy dan En. Suami mintak maaf sangat2 sebab tak dapat attend kebanyakan kenduri, sebab faktor keje En. Suami yg tak menentu.. Semoga dipanjangkan jodoh, bahagia hingga ke syurga.. Amin.. =)

Dalam Islam, memang kita diminta mengumumkan pernikahan kita, untuk menghindari sebarang fitnah.. Bagi orang macam sy ni, yg sangat susah nak plan masa cuti, jadi fb ialah medium terbaik untuk mengetahui perkembangan kawan2.. Especially, when there're weddings! Naluri semulajadi, perkara pertama yg mesti nak tau is - Who is the lucky guy or the lucky girl?! Betul tak?! I don't clearly remember where I heard this from, but I know it was from my Kelantanese girlfriend.. If u see that the bride n groom faces are look alike, they are surely destined for each other.. Ada Meh! (Not so sure about the spelling, tapi sebutan camtula.. Kalau silap, harap dimaafkan.. ) Maksudnya, pasangan tu ada iras, ada jodoh.. Seolah-olah datang dari acuan yg sama, cuma dalam versi yg berlainan.. =) I'm sure you also heard about this theory before.. "Wajah Seiras Jodoh Kuat".. Especially masa belajar dulu..
"Muka hangpa nampak samala, ni mesti ada jodoh ni.."
"Hangpa ni adik-beradik ka? Jodoh kuat ni.."
Jangan pulak, bila check DNA, rupa2nya memang betul adik-beradik, tak ke haru tu.. Hmm.. (-_-")

Anyway, baru2 ni, ada seorang budak despatch dari supplier yg selalu datang collect sample kat tempat sy kerja bagitau yg dia nak buat kad kahwin.. Oleh sebab sy dan En. Suami in this designing and printing business, so sy pun bagitau kat dia yg kami boleh buat kad kahwin yg dia nak tu.. This boy is in early 20s n his future wife is 19.. Dalam sesi suaikenal tu, he started to share with us, how he met his fiancée.. Camni citer dia..

Suatu hari tu, dia attend satu event yg diadakan kat Sg Petani.. He was with a group of friends in this restaurant.. Then, tiba2 datang seorang pakcik, out of nowhere (according to him) walked straight to him dan panggil dia.. Pakcik tu pun mula tanya siapa nama dia, then pakcik tu cakap,
"Pakcik nampak dari muka anak ni, anak ni ada jodoh dgn gadis yg duduk kat meja tu," while pointing to this one girl.. "Tapi, sy tak kenal pun dia pakcik.." this boy said.."Mari sini, pakcik kenalkan.."Then, this pakcik panggil this girl n tanya nama dia, sebab rupanya pakcik ni pun tak kenal girl tu.. So, lepas introduce both of them, pakcik tu pun cakap,"Kalau dah bertunang nanti, jgn lupa bagitau pakcik.."
Then, that's it.. After a year, this girl, which is from Pahang, entah macamana entah, ter'call' this boy.. Because of that incident, this boy believes that she is the one for him.. So, he proposed to her at the same night.. Raya ke-4, he went to Pahang dan terus bertunang.. Soon, akad nikah.. How's that for a story? =)

Bila baca cerita ni, mungkin kita fikir, "Ha, betulla teori tu.. Memang pernah jadila.." Habis tu, kalau wajah tak seiras, takdak jodohlah? Hehe.. Tak jugak.. Rasanya, kita semua dah cukup matang untuk menilai.. Ini hanyalah teori, berdasarkan pengamatan dan pengalaman org2 yg terdahulu sebelum kita, tidak tertulis di dalam al-Quran ataupun sunnah.. Orang tua2 yg kata.. =)

Papepun, yakinlah bahawa jodoh, pertemuan, di tangan Allah.. Allah tahu apa yg kita tak tahu..

Naluri Jodoh, Jodoh Muka Seiras, Kebetulan atau Jodoh, Cincin Kahwin, Bunga Tangan Fresh Flower

Firman Allah dalam Surah An-Nur Ayat 26;
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik..."
So, if you n your partner didn't look alike, don't ever conclude that you are not destined for each other.. Itu bukan batu pengukur.. Sebagai hamba-Nya, berdoalah semoga dijodohkan dgn lelaki/ wanita yg baik.. Itu lebih penting.. Semoga bersama hingga ke syurga.. =)

p/s:  Bila tengok2 balik, muka Mak Ayah sy tak seiras pun, tapi Alhamdulillah jodoh masih panjang.. But for those yg memang seiras dgn pasangannya, it is a bonus! Senang, dari jauh lg dah boleh agak suami/ isteri sapala tu.. Hehehe.. (^_-)v

2 comments :

  1. wow.. kene minta pak cik tu kenalkan abg mi dengan "jessica alba" look alike laa kalau mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. meh turun penang.. then kita p sg petani.. nak x? (^_-)v

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...