Nuffnang Ads

Thursday, November 7, 2013

Azam 1435 H..

Assalamu'alaikum..

Mungkin agak terlewat untuk saya ucapkan Salam Ma'al Hijrah kpd semua muslimin dan muslimat.. Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita memperbaiki diri kita pada tahun ini..

Biasa bila kawan kita tanya apa azam tahun baru kita, jawapan cliché yg biasa kita bagi, "Nak jadi lebih baik dari tahun yg sudah.." Tapi, kalau nak jadi lebih baik, kena buat sesuatu kan? So, oleh sebab kita masih di dalam mood tahun baru, (actually, I am.. hehe..) apa kata tahun ni, kita tambahkan satu azam baru dalam list azam kita - Puasa Sunat.. Mudah-mudahan dgn memperbanyakkan perkara2 sunat di samping yg wajib akan menjadikan kita lebih baik tahun 1435 H ni.. Peringatan utk diri sendiri jugak.. Insya-Allah.. Save the dates my friends! =)
  1. Puasa 1 - 9 Muharram = 5 - 13 Nov 2013
  2. Puasa Hari Asyura iaitu pada 10 Muharram berserta sehari sebelumnya = 13 - 14 Nov 2013 
  3. Puasa Hari Isnin dan Khamis (mana-mana hari Isnin dan Khamis kecuali Hari Tasyrik, 11 Zulhijjah) = 6 Okt 2014 (Isnin) 
  4. Puasa Hari Putih pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan Hijrah:
    • Muharram = 17 - 19 Nov 2013
    • Safar = 16 -18 Dis 2013
    • Rabi'ulawal = 15 - 17 Jan 2014 
    • Rabi'ulakhir = 13 - 15 Feb 2014 
    • Jamadilawal = 15 - 17 Mac 2014 
    • Jamadilakhir = 13 - 15 Apr 2014 
    • Rejab = 13 - 15 Mei 2014 
    • Syaaban = 11 - 13 Jun 2014 
    • Syawal = 09 - 11 Ogos 2014 
    • Zulkaedah = 08 - 10 Sep 2014  
    • Zulhijjah = 08 - 10 Okt 2014
  5. Puasa Sunat Bulan Rejab = 1 - 29 Mei 2014 
  6. Puasa Sunat Bulan Syaaban (kecuali Hari Syak, 30 Syaaban) = 30 Mei - 27 Jun 2014 
  7. Puasa Enam (puasa mana-mana 6 hari dalam bulan Syawal kecuali 1 Syawal) = 29 Julai - 26 Ogos 2014 
  8. Puasa 1 - 8 Zulhijjah = 26 Sep - 3 Okt 2014 
  9. Puasa Hari Wuquf (bagi mereka yg tidak menunaikan haji) = 4 Okt 2014 
Utk memudahkan rujukan, saya buat kalendar khas utk mark tarikh2 ni..

2013 Calendar, Tarikh Puasa Sunat, Kalendar 2013, Hari Puasa Sunat, Azam Tahun Baru

2014 Calendar, Kalendar 2014, Puasa Sunat, Tarikh


Harap2, senarai ini dapat memberi manfaat kpd kita semua dan saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepada-Nya seterusnya menerima amalan puasa kita.. Insya-Allah.. Jom sama2 tampal dalam office dan dalam rumah sebagai rujukan! =)

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya,
“Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku (Allah) dan Akulah yang langsung membalasnya.” (Riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)
p/s:  Terima kasih Kak Rohaya kerana telah mengongsikan senarai yg sgt berguna ni.. Ada sesape lagi yg nak kongsi azam tahun baru? =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...