Nuffnang Ads

Thursday, March 27, 2014

Cara Mudah Untuk Bersedekah...

“Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”. (Hadis Riwayat Muslim)

***********

Assalamu'alaikum...

Pernah tak korang alami situasi di mana sedang enak menjamu selera di kedai makan, tiba2 di didatangi adik2 dari rumah anak2 yatim, mintak sumbangan utk sekolah depa.. Takpun, masa dok isi minyak kat stesen minyak, tiba2 datang seorang remaja perempuan mintak sumbangan sambil jual barang.. Ataupun, bila nak masuk p tekan duit kat mesin ATM, ada orang sua kertas dan mintak sumbangan utk badan yg depa wakili tu?

Pernah tak korang rasa ragu2 samada patut sedekah atau tak sbb risau semua ni didalangi sindiket? Sindiket yg mempergunakan kanak2 utk kepentingan diri sendiri.. Apapun, samada sindiket atau tidak, sebagai manusia yg menumpang di bumi Allah, yg penting kalau kita rasa nak bagi, bagilah dgn ikhlas.. Jangan pas bagi, menyesal pulak.. Hmm..

Tp, sekiranya masih ada perasaan was2 tu, saya nak kongsi cara bagaimana kita leh salurkan sumbangan kita dengan yakin dan selamat, especially utk mereka yg guna CIMBClicks.. Mungkin ada antara korang yg dah tau dan dah praktik pun, but utk korang yg terlepas pandang dan baru perasan ada function ni kat CIMBClicks (mcm saya) diharap 4 langkah mudah ni dapat membantu.. Tp, utk pengguna CIMBClicks jela ye, utk bank lain, I believe ada something similar.. So, bolehla kongsi kat sini.. =)


Sedekah, Amalan Mulia, Rezeki Allah, Nak Jadi Kaya
Photo from http://jejaklalu.blogspot.com/

***********

Langkah #1

Login CIMBClicks dan masukkan username dan password korang.. Then, akan keluar macam kat bawah ni.. Pilih Pay -> Bills..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia


Langkah #2

Since ini adalah kali pertama, so saya tak pernah save dalam My Favourites billers utk pay To tu.. So click Open Billers (Category) drop down menu tu, cari dan pilih Zakat/Charities..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia


Then, kat Select a Biller tu, pilih je mana2 organisasi atau badan yg bertanggungjawab yg korang rasa nak salurkan sumbangan.. Dlm contoh ni, saya pilih Islamic Relief Malaysia.. Then tekan butang Submit..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia


Langkah #3

Kemudian, akan keluar satu form ni, asking for your details.. Isikan Name, I/C No, Appeal Categories dan Amount.. Utk bahagian Appeal Categories tu, korang boleh pilih kat siapa korang nak bagi.. Walaupun amount yg korang berikan tu sedikit, tapi utk somebody, somewhere out there, besar maknanya..



Sebaik saja korang tekan butang Submit, akan keluar satu lagi form yg memerlukan lebih banyak detail tentang diri korang.. Lepas isi, tekan butang Submit..

Nak Kaya Cepat, Rezeki, Cepat Kaya, Cara Mudah


Langkah #4

Lastly, akan keluar satu confirmation page utk korang confirmkan maklumat yg dah dimasukkan sebelum ni sebelum proceed to payment..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia

Kalau maklumat semua ok, tekan je butang Proceed to Payment.. Since biller ni belum ada dalam My Favourites, so macam biasalah, korang kena request TAC.. Pas dapat TAC, masukkan that 6 digit numbers, then ta da.. Alhamdulillah, korang dah berjaya membantu seseorang yg memerlukan bantuan kat luar sana..


Daripada Jabir bin Abdullah, bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya,
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."

Senangkan! Semuanya di hujung jari je.. Lepas ni, bolehlah buat sumbangan derma atau bersedekah secara autopay tiap2 bulan macam ada seorang saudara ni buat dan share kat Facebook.. Insya-Allah..

p/s: Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima.. Bersedekahlah dengan ikhlas.. Insya-Allah, Allah akan lapangkan rezeki utk kita, berganda-ganda.. =)
Kalau nak tahu lebih banyak hikmah sedekah, bolehlah baca tulisan seorang saudara ni kat http://www.mohdzulkifli.com/2012/02/ganda-kekayaan-dengan-bersedekah.html

Friday, March 21, 2014

Today..

Azzura, Mat Luthfi, Buat Kepala, MH 370, Short Stories


Assalamu'alaikum..

It's Friday again.. Dah 2 minggu seluruh dunia menantikan kepulangan MH370.. As Mat Luthfi said in his current video, 'Buat Kepala', "If we can't help, Let's not make it worse".. True enough.. Let us pray for their safety..


*****************

I just don't feel like writing today.. So, hope these 14 short stories can somewhat make your day.. (^_^)

14 short stories worth reading, feeling and forwarding to those you care ...... by http://www.fropki.com/

1.       FALL AND RISE

Today, when I slipped on the wet tile floor a boy in a wheelchair caught me before I slammed my head on the ground.  He said, “Believe it or not, that’s almost exactly how I injured my back 3 years ago.....! 

2.       A FATHER'S ADVICE

Today, my father told me, “Just go for it and give it a try!  You don’t have to be a professional to build a successful product.  Amateurs started Google and Apple.  Professionals built the Titanic......

3.       THE POWER OF UNIQUENESS

Today, I asked my mentor – a very successful business man in his 70’s – what his top 3 tips are for success.  
He smiled and said, “Read something no one else is reading, think something no one else is thinking, and do something no one else is doing.....!

4.       LOOKING BACK

Today, I interviewed my grandmother for part of a research paper I’m working on for my Psychology class.  When I asked her to define success in her own words, she said, “Success is when you look back at your life and the memories make you smile.....!

5.       TRY AND YOU SHALL KNOW

When I was 8 years old, I wanted to play baseball. I asked my father- "Dad, can I play baseball?" He said "You'll never know until you try." When I was a teenager, I asked him, - "Dad Can I become a surgeon?". He replied "Son, you'll never know until you try." Today I am a Surgeon, just because I tried!

6.       GOODNESS & GRATITUDE

Today, after a 72 hour shift at the fire station, a woman ran up to me at the grocery store and gave me a hug.  When I tensed up, she realized I didn’t recognize her.  She let go with tears of joy in her eyes and the most sincere smile and said, “On 9-11-2001, you carried me out of the World Trade Center!”

7.       LOVE CONQUERS PAIN

Today, after I watched my dog get run over by a car, I sat on the side of the road holding him and crying.  And just before he died, he licked the tears off my face......!!

8.       A DOOR CLOSES TO OPEN ANOTHER

Today at 7.00AM, I woke up feeling ill, but decided I needed the money, so I went into work. At 3.00PM I got laid off. On my drive home I got a flat tire. When I went into the trunk for the spare, it was flat too! A man in a BMW pulled over, gave me a ride, we chatted, and then he offered me a job. I will start my new job tomorrow.....!

9.       LOOKING BACK

Today, as my father, three brothers, and two sisters stood around my mother’s hospital bed, my mother uttered her last coherent words before she died.  She simply said, “I feel so loved right now. We should have gotten together like this more often....!!”

10.   AFFECTION

Today, I kissed my dad on the forehead as he passed away in a small hospital bed.  About 5 seconds after he passed, I suddenly realized it was the first time I had given him a kiss since I was a little boy....!!

11.   INNOCENCE

Today, in the cutest voice, my 8-year-old daughter asked me to start recycling. I chuckled and asked, “Why?” She replied, “So you can help me save the planet.”  I chuckled again and asked, “And why do you want to save the planet?” “Because that’s where I keep all my stuff,” she said.

12.    JOY

Today, when I witnessed a 27-year-old breast cancer patient laughing hysterically at her 2-year-old daughter’s antics, I suddenly realized that I need to stop complaining about my life and start celebrating it again....!!"

13.   KINDNESS

Today, a boy in a wheelchair saw me desperately struggling on crutches with my broken leg and offered to carry my backpack and books for me.  He helped me all the way across campus to my class and as he was leaving he said, “I hope you feel better soon....!”.

14.   SHARING

Today, I was traveling in Kenya and I met a refugee from Zimbabwe.  He said he hadn’t eaten anything in over 3 days and looked extremely skinny and unhealthy.  Then my friend offered him the rest of the sandwich he was eating.  The first thing the man said to him was, “We can share it....!”

p/s: There are always 2 sides of a coin.. We just need to open our eyes and heart to see their stories..

Wednesday, March 12, 2014

MH 370.. Pulanglah

MH370, Pulanglah, Malaysia Airlines, Pesawat Hilang, SAJA, #PRAYFORMH370


Hari ini, 12 Mac 2014..
Telah lebih 100 jam berlalu..
Doa, harapan, penantian, kesabaran..
Sedih, resah, gelisah, marah, hampa..
Kenapa?
Bagaimana?
Di mana?
Pelbagai persoalan..
Becampur aduk perasaan..
Cukuplah satu jawapan..
Untuk meleraikan segala kekusutan..

Machine? Man? Material? Method? Environment?
Analisa demi analisa..
Kemungkinan demi kemungkinan..
Peralatan canggih, pakar - masih menemui jalan buntu..
Petunjuk, petanda - kesahihannya diragu..
Kaum keluarga, teman - terus berjuang di dalam emosi..
Menanti satu petanda untuk mengakhiri segala tanda tanya, walaupun peluang setipis kertas..
Asalkan yang hilang ditemui kembali..

Aku melihat diriku..
Jika ianya berlaku setahun yang lalu, aku mungkin salah seorang daripada mereka..
Jika ianya berlaku sebulan yang lalu, rakan sekerjaku mungkin salah seorang daripada mereka..
Tapi, Allah pilih 8 Mac 2014, bukan 30 Mei 2013, bukan juga 18 Februari 2014..
Sesungguhnya, telah ditetapkan bahagian kita..
Yakinlah, segala yang terjadi adalah dengan izin yang di atas sana..

Berdoalah wahai sahabat..
Dan teruskan berdoa..
Semoga yang terlindung diperlihatkan.. dan..
Yang kabur diperjelaskan..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..



p/s: Never lose hope and never lose faith! Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui..

Monday, March 3, 2014

Jalan Lain ke Rumah..

Assalamu'alaikum..

Dah masuk bulan Mac! Bulan terakhir dalam 1st quarter of 2014.. Akhirnya, selepas beberapa tahun dalam pembikinan, jambatan kedua Pulau Pinang yang dinanti-nantikan selama ini (yang diharap dapat menyelesaikan masalah jam kat Penang ni) telah dibuka kepada umum..

Jambatan Baru Penang, Jalan ke Penang, Rumahku
JK2PP .. Credit gambar to www.bharian.com.my


1 Mac 2014

Telah dirasmikan oleh PM dan dinamakan,
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
dan akan dibuka kepada umum pada 12.01am, 2 Mac 2014.. Sebulan tak yah bayar tol.. Nama je dok kat Penang, tp kami tengok perasmian pun kat tv je sbb En. Suami kena siapkan keje2 design dia kat rumah.. Anyway, dalam pukul 10.00 camtu, bermulalah misi mencari makanan, dengan harapan sambil2 tu, dapat try jambatan kedua tu pas kul 12.01am.. Dari Bayan Baru, sampai Tanjung Bungah, konon2 nak makan kat tempat yang jauh sikit dari kawasan Bayan Lepas dan Batu Maung sbb dpt agak akan jam teruk.. Pusing punya pusing, last2 balik ke Bayan Baru sbb dah lapar sgt.. On the way balik dari tanjung, lalu kot coastal highway sambil mata sempat mengushar jalan ke Batu Maung dan dari Batu Maung.. Ya Allah, ramainya.. Terus tukar plan, pas makan, balik rumah..

Misi mencari makanan membawa kami ke Sunshine Square, sbb ada banyak pilihan.. Malam minggu biasanya, parking tak dak masalah.. Sampai saja, parking penuh.. KFC, OldTown, McD, Zamrud semua penuh.. Time tu dah kul 11, tapi macam baru kul 8, punyalah ramai manusia.. Tengok depan Sunshine, Sany Char Koay Teow pun penuh.. Pusing p Kassim Mustafa, Maqbul, Pelita, pun penuh.. Pak Husin Tomyam, Ara Cafe, toksah cakapla.. Ah, sudah, ni mesti semua org ada plan yg sama macam kami, nak tunggu kul 12 nak p bridge baru.. Last2, pusining punya pusing, tinggal satu saja destinasi dlm kepala kami, yang paling dekat dgn rumah - Deen Nasi Kandar.. Penangan jambatan kedua.. Fuh..

***********

2 Mac 2014

Pagi2 lagi En. Suami cakap, pas dia habiskan keje2 design dia, dia nak p jugak "merasmikan" jambatan kedua tu.. Semangat tul! Dan2 nak p melawat Mak Tok kat Nibong Tebal.. Haha..

Then, menjelang tengahari, plan bertukar.. Kebetulan, sepupu En. Suami yang nama hampir sama dgn En. Suami, tambah -ah je kat belakang, dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki 25 Feb hari tu.. So, seluruh keluarga, amek kesempatan ni nak menerai (perkataan ini ada dlm kamus org utara) jambatan baru.. Sungguh cantik kebetulan itu.. =)

Ok, ni adalah antara observation saya.. Kalau ada yg saya terlepas pandang, boleh komen ye?!
  1. Jambatan kedua ni ada 2 lane utk kereta and other vehicles, sama macam jambatan pertama yg dibina 30 tahun dulu, which eventually dilebarkan kpd 3 lane.. Cuma jambatan kedua ni, lebih motorcyclists-friendly sbb disediakan satu lane khas utk motorcyclists.. So, it is actually ada 3 lane.. Bagi saya, it is a good idea utk mengelakkan kemalangan antara penunggang motosikal dgn kenderaan yg lebih besar.. 
  2. Lebih panjang drp jambatan pertama, and thus it show a different view of Penang.. Dulu, leh nampak Pulau Jerejak je, skrg, Pulau Aman pun dah leh nampak dgn jelas.. To those yang suka menikmati pemandangan dari atas laut, I'm sure you will appreciate it.. It just that, semalam cuaca agak berjerebu (at that time of our journey), so amek gambar pun tak berapa jelas..
  3. Kalau kat jambatan pertama, bila dah sampai kat 2 segitiga tu, kita tau yg kita dah ada kat tengah2 jambatan (agak-agak).. Tp, kat jambatan kedua ni, 2 segitiga tu tak dok kat tengah2, more to ke arah pulau.. I believe this is something related to daya.. Teringat subject Statik kat U dulu bila bercakap tentang force distribution of a bridge.. 
  4. Di samping 2 segitiga tu, ada satu lagi objek yg ada kat bahagian tepi bridge.. Sempat nampak sekali imbas je.. Tak pasti pulak apa purpose dia, kena ushar lebih sikit nanti.. Hehe..
  5. Kedudukan tiang2 lampu kat sepanjang jambatan kedua ni, tak sama macam yang first.. Tiang2 lampu ni terletak kat tengah-tengah jambatan, tak macam jambatan pertama yang terletak kat tepi.. For me, it is a good idea though.. Just in case if jambatan nak dilebarkan, dah tak yah risau sal nak ubah tiang2 lampu tu..
Well, tu saja yg sempat saya recall sepanjang perjalanan pi dan balik kat atas jambatan kedua tu, partly because saya tertido sbb jam teruk dari tanah besar ke pulau.. Papepun, this mark a special history for me.. Teringat gambar En. Suami dgn Mak Abah sambil dukung adik dia kat jambatan Pulau Pinang yang pertama hampir 30 tahun dulu.. Kalau ada anak, leh buat benda yang sama.. Mesti classic - A picture that takes 30 years to complete.. =)

p/s: Tak sabar tunggu projek terowong bawah tanah pulak.. Really hope suatu hari nanti, akan ada jambatan yang akan menghubungkan antara Pulau Pinang dgn Pulau Jerejak dan Pulau Aman ~* What a wihsful thinking! (^_^)

Friday, February 21, 2014

2 Days to Remember!

Assalamu'alaikum...

Hari ni, saya diingatkan oleh seorang kawan lama tentang 1 kisah yg terjadi masa semester akhir pengajian, almost 7 years ago .. To be frank, that story never stored in my memory.. Haha, walaupun kisahnya agak kelakar.. Then tiba2, after 7 tahun, out of nowehere, diingatkan dgn citer ni.. So, I thought, why don't I just write it in here? Supaya 5 tahun, 10 tahun ataupun 50 tahun drp sekarang, kalau umur panjang, I can still had a good laugh like I had today.. =)

*********

Akhir Sem 2 Tahun Akhir, seniors semua sibuk surf internet kat cyber cafe, applying for jobs, attending career fair, looking for any job vacancy ads in newspapers, and of course I was one of them.. Tak terkira resume dan cover letter yg kami hantar.. Risau bila dah grad nanti, tak dapat kerja.. Nak bayar study loan lagi, nak prepare utk convo lagi, semua nak guna duit.. Target saya satu je: Walau camna sekalipun, mesti kena dapat kerja kat Penang! By hook or by crook! Tapi, kalau dah ada rezeki kat tempat lain, takkan nak tolak pulak, ye tak?!

Hari berganti hari.. Kebanyakan kwn2 yg rapat dgn saya semuanya dah dipanggil interview, ada yg dah secure pun tempat kerja, maksudnya, before convo lagi dah leh start keje.. Risaunya hati ni, Allah je yg tau.. Takut tak dapat kerja.. Then, one fine day, sedang dok relax dlm bilik asrama, tiba2 dapat satu phone call dari satu company kat Johor ni mintak attend interview.. Alhamdulillah, punyalah excited, almaklumlah first interview, apa yg org sana cakap pun semua sy jawab, "Ya!" dan "OK!" Confident je.. Lepas tulis apa yg patut, so bermulalah persediaan utk menghadapi interview..

First, p cari baju.. Takkan nak attend interview dgn t-shirt dan jeans.. Kenalah ada imej sikit, apply position engineer pulak tu.. Tapi, time tu duit tak berapa nak ada.. Nasib baik kat U dok ada expo jualan.. Tak ingat pulak sempena apa, so saya pun belilah satu kemeja ni, dah tak pikir dah pasal warna, asalakan nampak ok utk dipakai masa interview nanti..

Ok, baju siap.. Document semua dah ready.. Tinggal satu je, nak cari member yg boleh hantar saya p interview tu.. Tiba2, dlm dok menceritakan masalah saya ni, adalah seorang hamba Allah yg cukup baik hati nak anta saya p interview tu.. And disebabkan dia lah, hari ni saya tulis citer ni..

So, hari yg dinanti dah tiba, dgn semangatnya saya suruh kawan saya datang awal.. Nervous kot.. Pas dia bebel apa2 yg patut, baca doa, sampailah kat tempat interview tu, kat Senai.. Masuk je kat lobby kilang tu, dgn yakinnya saya bagitau kat kak receptionist tu yg sy ada interview hari ni.. Kak receptionist pun panggil la interviewer saya tu.. Jumpa je dia, greet apa yg patut, lalu bermulalah sesi interview..
"Sebenarnya, sesi interview awak ni, minggu depan, bukan hari ni.. Dan org yg nak interview awak tu tak ada pulak hari ni.. Tapi, dah awak datang hari ni, seminggu awal, so, sayalah yg akan interview awak.."
Ah, sudah! Camne la leh tersalah tulis tarikh interview ni??

Time tu apa yg boleh saya cakap cuma,
"Oh, yeke?!" 
Ya Allah.. Malunya.. Hilang semua nervous tadi.. Apa yg dia tanya, saya main jawab je.. At the same time dalam hati, Allah je yg tau.. Nasib baiklah interviewer ni baik, tak suruh saya balik dan cakap jangan datang dah sebab tidak bertindak mengikut arahan.. Isk.. -_-"

Habis je interview tu, kwn saya dah tunggu dgn payung.. Masuk tadi cerah, keluar2 tengok dah hujan turun dgn lebat.. Mcm kena je dgn apa yg dah ada dlm hati..
"Camne interview?" Pas saya citer je, terus dia gelak..
"Tula, excited sgt.. Lain kali dengar betul2.. Dahla seminggu awal" 
.. Hahaha...
Sukanya dia ketawakan org.. Berpanjangan pulak tu.. Sepanjang perjalanan dari Senai ke Skudai.. Hmm..

Azzura.. Azzura..
-_-"

Lawak Hari Ini, Kawan Lama, Good Laugh, Fazlizam Majoki, Kenangan Azzura

Dan hari ni..
**********

Time flies.. Masing2 dah ada keluarga masing2.. 3 tahun lost contact dgn dia, and of a sudden, here we are, talking about the good old days.. Laughing..

The best part of the story is, saya dapat kerja tu.. And we were laughingly said, it was because of my eagerness to get that job, org yg interview saya tu kesian dan bagi saya kerja tu.. Haha.. Rezeki yg tak disangka.. And eventually, I reported to him, my Sr Quality Manager.. Dia memang best..

After 4 bulan, Mak kesayangan saya call suruh balik Penang.. Kata Mak, cukup2lah 4 tahun belajar kat Johor, baliklah duduk kat Penang.. That was how I ended working in this orthopaedics company..

Alhamdulillah, berkat rezeki kerja kat situ, I was able to save enough money to bring my whole family in Penang to attend my convocation.. And also did my driving licence.. Supaya next time, bila dah balik Penang, bolehla p interview sendiri.. Hehe.. =)

Lepas baca citer yg agak panjang ni, moral citer ni ialah:
As we grow up, we tend to lock our memories, especially the silly one, which will be forgotten eventually.. Sometimes, we just need to learn to let go, have fun, laugh out loud, and be the little girl/boy that we used to be.. I did it today.. I was so happy and I can feel my eyes are filled with tears.. Thank you my dear friend.. It is a day I wish to remember.. And now you are making it 2 days to remember - yesterday and today .. Thank you..

p/s: "We'll be Friends Forever, won't we, Pooh?' asked Piglet.
'Even longer,' Pooh answered.." - A.A. Milne, Winnie-the-Pooh

Thursday, February 20, 2014

Untuk Penyambung Generasiku..

Assalamu'alaikum...

February.. I've skipped writing any new entry in the month of January just because of several dugaan yg melanda our little family.. It was painful, tp hanya Allah yg tahu apa yg terbaik.. Alhamdulillah, semuanya dah kembali spt sediakala.. Bak kata Dr Hj Tengku Asmadi,

Rahmat, Tengku Asmadi, Dugaan, Hapus Dosa, Sabar, Nikmat


Bila kita dah kehilangan sesuatu, baru kita sedar nikmat yg kita hilang tu.. Kita tak boleh u-turn kan masa, tp kita boleh lakukan sesuatu utk masa hadapan..

***********

Bila dah nak masuk '3-series' ni, I tried to look at perubahan yg berlaku kat diri saya.. Physically, mentally and spiritually.. When I was 13, I always thought being adult is easier.. Tak sabar nak habis sekolah.. Tak sabar nak cari duit sendiri.. Tak sabar nak contribute to family.. As a matter of fact, there were things that I missed because I don't know and I just don't care.. Just because I thought everything will be perfect when I'm older, since I will be wiser.. Kononnyalah..

So, for almost 30 years of living; Apa yg saya dah belajar? Apa yg saya hilang? Apa yg saya jumpa? Did my life well spent? Or is it wasted?

************

Untuk penyambung generasiku.. This is a serious entry from me.. Semoga dapat memberikan manfaat.. =)

  • Agama
Tahun 2013, saya mengenali seorang pemuda bernama Ammar yg perginya digelar "Syahid yg tertangguh".. Baru berumur 20 tahun, tetapi baktinya kpd Islam melebihi mereka yg lebih berusia drpnya, termasuklah saya.. Wahai penyambung generasiku.. Kenalilah agamamu.. Belajar bukan hanya utk survive di dunia, tp juga utk bekalan di akhirat.. Dunia hanya sementara.. Kenalilah dan dalamilah rukun Islam yg 5 dgn ahli2 agama.. Amalkan apa yg dilafaz.. Jaga solat.. Jaga puasa.. Tahu bila perlu bayar zakat.. Latih diri menabung utk ke Tanah Suci.. Jangan asingkan agama drp cara hidup.. Ikutlah peraturan Allah.. Buatlah persediaan utk akhirat..

  • Hidup
Dunia ni ibarat roda.. Kadang2 kita terpaksa mendongak melihat org2 yg ada kat atas, kadang2 kita terpaksa tunduk melihat org2 yg ada kat bawah.. Wahai penyambung generasiku, sentiasalah beringat.. Yg bawah takkan selamanya di bawah, yg atas takkan selamanya di atas.. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yg Allah pinjamkan.. Selalulah berbuat baik, murahkan senyuman walaupun dikeji.. Jangan menyimpan dendam, sentiasa memaafkan.. Hidup ini cuma persinggahan..

  • Pelajaran
Setiap ibu bapa inginkan yg terbaik buat anak mereka.. Wahai penyambung generasiku, it's ok if you can't perform well in school.. Nobody is perfect.. There are a lot of dropouts out there who are billionaires now.. Where and how you start is not important.. Tak pandai dlm bab ni, tp genius kat bab tu.. Everyone is unique in their own way.. Ada 1001 cara utk mencapai cita2.. The method is not cast in stone.. Yakinlah, Allah dah tetapkan rezeki setiap anak yg dilahirkan di dunia ini.. Kalau kena dgn didikannya, Insya-Allah akan bahagia dunia dan akhirat.. Selalulah berdoa supaya Allah terangkan hati..

  • Cinta
Ada 2 kategori cinta; yg membina dan yg membunuh.. Wahai penyambung generasiku, I've seen both.. Cinta ibu bapa kpd anak, juga cinta antara lelaki dgn wanita.. Semakin meningkat remaja, semakin diuji rasa cinta tu.. Fitrah manusia utk ingin menyayangi, dan ingin disayangi.. Jangan tewas kpd nafsu.. Mungkin jawapan saya agak cliche, tp percayalah, kalau kita letakkan cinta kat Allah melebihi cinta kpd manusia, Insya-Allah, Allah takkan hampakan kita.. Bahagia akan datang dgn sendirinya..

  • Kerja dan Kerjaya
Kerja itu suatu ibadah.. Wahai penyambung generasiku, lakukanlah kerja yg ditugaskan dgn ikhlas dan bersungguh-sungguh.. Hasil dari kerja itu akan menjadi darah daging, jadi, jujurlah dgn kerja yg dilakukan supaya rezeki itu menjadi berkat.. Jangan terlalu kejar harta dunia.. Jauhkan diri drp sikap suka berhutang.. Belanjalah mengikut kemampuan sendiri.. Bukan ikut hati..

  • Rumahtangga dan Keluarga
Wahai penyambung generasiku.. Jangan sesekali berkira wang ringgit dgn ibu bapa.. Ikhlaskan hati.. Insya-Allah, ganjaran yg Allah bagi akan melebihi apa yg kita beri.. Jika ibu bapa redha, Allah akan redha dgn kita.. Tak cukupkah keredhaan Allah itu?
Jika suatu hari nanti, ditakdirkan bertemu jodoh, bersyukurlah kpd Allah kerana ditemukan jodoh di dunia.. Mudahkanlah urusan perkahwinan, jgnlah ianya menjadi beban dlm kehidupan berumahtangga kelak.. Banyakkan mendalami ilmu rumahtangga.. Syaitan akan menghasut, menabur fitnah, walau apapun ujian yg bakal dihadapi, banyakkanlah bersabar.. 


p/s: Semua yg saya tulis adalah dr pemerhatian dan pengalaman saya.. Maaf kalau ada yg tak suka.. Sekadar ingatan sementara masih tak lupa.. Takut nanti Allah tarik nikmat yg satu tu pula.. Semoga menjadi peninggalan yg berguna.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...