Nuffnang Ads

Thursday, April 23, 2015

TTC & Me - Pantang, Jangan Tak Pantang.. ;)

Assalamu'alaikum...

Sedar tak sedar, dah lebih setahun saya tak update apa2 kat blog ni.. Dah masuk bulan Rejab dah, tak lama lagi Sya'aban, Ramadhan pastu Syawal.. Syawal ni, Insya-Allah akan cukupla 5 tahun usia perkahwinan saya dgn En. Suami.. Alhamdulillah.. (^_^)

So, bila dah menginjak ke angka 5 ni, usaha utk dapatkan baby perlu lebih la kan? Azam tahun ni - All out utk dpt baby sendiri! Ya Allah, perkenankanlah ~ 

To be frank, saya sebenarnya seorang yg sgt skeptical dgn supplement yg diformulatedkan utk those yg TTC yg bnyk dijual kat luar tu.. Takut if ada side effect.. Tapi, kalau ada antara kawan2 yg dah berjaya hamil dgn mana2 product, boleh la share ye?! Nak tahu dari real people with real testimonials.. =)

****************

So, last year, atas nasihat keluarga, saya try p mengurut.. P pada hari ke-4 lepas suci.. 1st time p, kakak yg urut tu ckp, badan banyak sgt angin, makan tak menentu, kaki sejuk.. 2nd month, 3rd month, 4th month, still tak berhasil.. Maybe sbb terlalu mencuba kot, so En. Suami suruh stop and relax.. Lagipun, mungkin sbb terlalu byk keje dan byk travel, so badan selalu rasa lemah.. Tapi, memang best sgt kakak tu urut.. Siap dgn sauna lagi.. Cuma mungkin belum sampai rezeki kami.. =)

Photo from https://www.etsy.com/


Tapi, yg saya nak share kat sini ialah nasihat (or more like pantang) dari kakak tu.. Walaupun belum berjaya pregnant, alhamdulillah, saya dapat rasa perubahan yg positif.. Dah tak bersin pagi2 walaupun tak cukup tidur, badan rasa lebih cergas dan yg paling penting, kaki dah tak cramp.. Kalau tak, kerap juga kena bangun malam dan sapu minyak panas.. Ni list yg kakak tu bagi - item 1 to 21 are those to avoid, k?!:
  1. Pulut
  2. Tembikai
  3. Timun
  4. Nanas
  5. Tebu
  6. Kacang panjang
  7. Bayam
  8. Rebung
  9. Kobis
  10. Cincau
  11. Air kelapa
  12. Minuman gas/berkarbonat
  13. Ais
  14. Aiskrim
  15. Nescafe
  16. Teh tarik
  17. Makanan yg ada cuka
  18. Makanan masam dan pedas (e.g. tomyam)
  19. Mee/maggi
  20. Nasi sejuk (e.g. nasi yg masak pagi, tp petang baru makan walaupun dah reheat & laksa)
  21. Dan makanan2 lain yg menyumbangkan 'angin' kt dlm badan..
  22. Banyakkan makan ikan
  23. Banyakkan minum air suam
Hopefully, this list dapat bagi benefit utk yg sedang TTC, dan utk semua, in general.. 

p/s: Jangan putus asa.. Allah akan bagi, bila dah sampai masanya.. Till then, be happy and be grateful with what you have got.. (^_-)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...