Nuffnang Ads

Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Cara Mudah Untuk Bersedekah...

“Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”. (Hadis Riwayat Muslim)

***********

Assalamu'alaikum...

Pernah tak korang alami situasi di mana sedang enak menjamu selera di kedai makan, tiba2 di didatangi adik2 dari rumah anak2 yatim, mintak sumbangan utk sekolah depa.. Takpun, masa dok isi minyak kat stesen minyak, tiba2 datang seorang remaja perempuan mintak sumbangan sambil jual barang.. Ataupun, bila nak masuk p tekan duit kat mesin ATM, ada orang sua kertas dan mintak sumbangan utk badan yg depa wakili tu?

Pernah tak korang rasa ragu2 samada patut sedekah atau tak sbb risau semua ni didalangi sindiket? Sindiket yg mempergunakan kanak2 utk kepentingan diri sendiri.. Apapun, samada sindiket atau tidak, sebagai manusia yg menumpang di bumi Allah, yg penting kalau kita rasa nak bagi, bagilah dgn ikhlas.. Jangan pas bagi, menyesal pulak.. Hmm..

Tp, sekiranya masih ada perasaan was2 tu, saya nak kongsi cara bagaimana kita leh salurkan sumbangan kita dengan yakin dan selamat, especially utk mereka yg guna CIMBClicks.. Mungkin ada antara korang yg dah tau dan dah praktik pun, but utk korang yg terlepas pandang dan baru perasan ada function ni kat CIMBClicks (mcm saya) diharap 4 langkah mudah ni dapat membantu.. Tp, utk pengguna CIMBClicks jela ye, utk bank lain, I believe ada something similar.. So, bolehla kongsi kat sini.. =)


Sedekah, Amalan Mulia, Rezeki Allah, Nak Jadi Kaya
Photo from http://jejaklalu.blogspot.com/

***********

Langkah #1

Login CIMBClicks dan masukkan username dan password korang.. Then, akan keluar macam kat bawah ni.. Pilih Pay -> Bills..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia


Langkah #2

Since ini adalah kali pertama, so saya tak pernah save dalam My Favourites billers utk pay To tu.. So click Open Billers (Category) drop down menu tu, cari dan pilih Zakat/Charities..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia


Then, kat Select a Biller tu, pilih je mana2 organisasi atau badan yg bertanggungjawab yg korang rasa nak salurkan sumbangan.. Dlm contoh ni, saya pilih Islamic Relief Malaysia.. Then tekan butang Submit..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia


Langkah #3

Kemudian, akan keluar satu form ni, asking for your details.. Isikan Name, I/C No, Appeal Categories dan Amount.. Utk bahagian Appeal Categories tu, korang boleh pilih kat siapa korang nak bagi.. Walaupun amount yg korang berikan tu sedikit, tapi utk somebody, somewhere out there, besar maknanya..



Sebaik saja korang tekan butang Submit, akan keluar satu lagi form yg memerlukan lebih banyak detail tentang diri korang.. Lepas isi, tekan butang Submit..

Nak Kaya Cepat, Rezeki, Cepat Kaya, Cara Mudah


Langkah #4

Lastly, akan keluar satu confirmation page utk korang confirmkan maklumat yg dah dimasukkan sebelum ni sebelum proceed to payment..

Octo, Sedekah, Blog, Cara Bersedekah, Derma, Islamic Relief Malaysia

Kalau maklumat semua ok, tekan je butang Proceed to Payment.. Since biller ni belum ada dalam My Favourites, so macam biasalah, korang kena request TAC.. Pas dapat TAC, masukkan that 6 digit numbers, then ta da.. Alhamdulillah, korang dah berjaya membantu seseorang yg memerlukan bantuan kat luar sana..


Daripada Jabir bin Abdullah, bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya,
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."

Senangkan! Semuanya di hujung jari je.. Lepas ni, bolehlah buat sumbangan derma atau bersedekah secara autopay tiap2 bulan macam ada seorang saudara ni buat dan share kat Facebook.. Insya-Allah..

p/s: Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima.. Bersedekahlah dengan ikhlas.. Insya-Allah, Allah akan lapangkan rezeki utk kita, berganda-ganda.. =)
Kalau nak tahu lebih banyak hikmah sedekah, bolehlah baca tulisan seorang saudara ni kat http://www.mohdzulkifli.com/2012/02/ganda-kekayaan-dengan-bersedekah.html

Friday, October 18, 2013

Doa dan Berdoa..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, eloknya cuaca pagi Jumaat ni.. =)

Semalam hujan lebat, risau jugak kalau2 banjir kilat akan berlaku sekali lagi macam 5 hari sudah.. Ujian Allah, sape sangka, kawasan kampung yg berdekatan dgn laut pun boleh banjir.. Sesuatu yg tak pernah dijangka.. Popular sekejap Teluk Kumbar.. Hehe.. Refer article kat Harian Metro ni..

http://www.hmetro.com.my/articles/TelukKumbar_BayanLepasdilandabanjirkilat/Article/

Ujian datang dlm pelbagai bentuk.. Musibah, bencana, rumah tangga, rezeki, jodoh, zuriat, sedangkan kesenangan pun satu ujian.. Sebagai manusia, kemampuan kita ada hadnya.. Allah yg menciptakan kita, jadi samada susah atau senang, kita perlu bergantung pada-Nya, bukan hanya ketika susah.. Kerana, walau sehebat atau se'detail' manapun persediaan kita, tanpa izin Allah, tetap tak kan menjadi.. Betul tak?
Rasulullah SAW bersabda: “Doa umpama senjata orang Mukmin dan sendi kekuatan agama juga cahaya yang berkilauan di langit dan bersinar di bumi.” (Riwayat al-Hakim)
Oleh sebab tu, pada pg Jumaat yg mulia ini, saya nak kongsi antara doa yg boleh kita amalkan dlm kehidupan seharian.. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kpd kita semua.. Wallahu a'lam..

Doa Nak Anak, Doa Jauh Bencana, Doa Umpama Senjata Orang Mukmin, Teluk Kumbar Banjir Kilat, Harian Metro

p/s: Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang terbuka hatinya untuk berdoa, terbuka baginya pintu-pintu rahmat dari Allah dan sekiranya tidak meminta sesuatu dari Allah yang disukainya melebihi permintaannya supaya diberi akibat.” (Riwayat at-Tarmizi)

Sunday, October 13, 2013

Selepas Setahun.. Part 4: Orang Seni di dalam Rumah

Assalamu'alaikum...

Dah lama teringin nak buat satu entry khusus utk En. Suami.. Semenjak saya kena kerap travelling, En. Suami decided utk concentrate full time in developing things that he loves so much - graphic designing and singing.. So, camne dia boleh involve dgn these 2 things? Meh saya nak cite.. Inilah kisah seorang yg sgt berseni di dlm rumah saya.. =)

Kadang2, kita tak perasan yg selama ni kita ada sesuatu skill or talent, sbb kita dah set dlm otak kita yg kita nak jadi somebody yg much more 'relevant'.. Pening pulak statement ni kan?? Itulah En. Suami..

Historically, saya kenal En. Suami sejak dari Darjah 2.. Lama betul kan?! Masa kat sekolah, dia selalu jadi perhatian cikgu2.. Kenapa? Sebab dia pandai melukis.. Seingat saya, asal ada je pertandingan melukis kat sekolah, muka dia je yg asyik menang.. Kalau tak 1st place, mesti 2nd or 3rd.. Sampai pernah masuk paper sbb menang pertandingan melukis potret Allahyarham Tan Sri P. Ramlee! =)

Shakir SAJA, P. Ramlee, Menang, Lukisan, Nasir P. Ramlee


Tapi, sayangnya, bakat tu hanya tinggal hobi.. He chose Electronic Engineering instead.. Habis je belajar, sempat jugak merasa menjadi cikgu - Mualim Shakir.. Hehe, comel je bila dgr anak2 murid panggil En. Suami, Mualim.. Pada masa tu, dia dah mula interested dgn graphic design ni.. Maybe it is in his blood all this while.. Pastu, after few years bergelar guru, En. Suami masuk kilang, jadi machinist engineer and start serius dgn business ni.. Orders keep on coming, sampai tak menang tangan.. Until one fine day, he decided to quit his job as machinist engineer and concentrate on doing design work in our little shop.. =)

Shaurah Touch, Shakir Saja, Burung Gagak Tua, Ku Jatuh Cinta, Dia dan Cahaya
En. Suami dan hasil titik peluhnya.. 
Bercerita pulak tentang another part of him - singing.. Sebelum ni, saya pernah tulis tentang En. Suami menyanyi kat kenduri kahwin kan?! Baru2 ni, tuan rumah kenduri tu, yg jugak Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, telah menjemput En. Suami menyanyi utk Rumah Terbuka Aidilifitri Pulau Pinang.. Excited gile muka En. Suami! Last minute notice, nasib baik nyanyi tak terbabas.. Haha..

Sedikit sejarah tentang En. Suami dan hobinya yg ni, yg sekarang dah jadi part of his career.. Setahu saya, En. Suami ni memang suka sgt menyanyi, especially masa kat matric.. Masa tu, lagu2 nasyeed ni memang menjadi siulanla.. Nur Kasih la, Rabiatul Adawiyah la.. So, En. Suami dan kawan2 nya formed a nasyeed group called Raudhah.. Bila dah masuk U, En. Suami formed group baru dgn nama Voice of Annur.. Then, one day group ni menang nasyeed competition kat UM, where Mirwana jadi juri.. Pastu, tertubuhlah Varian.. Disebabkan oleh komitmen keje plus business graphic design yg baru nak naik, he 'disappeared' for few years.. His activity went on and off selepas itu.. Walaupun dah tak aktif mcm dulu, tapi kadang2 tu, dia ada gak buat harmonizing lagu kat YouTube.. Sampailah satu hari, Abg Akmal ajak En. Suami join his special project yg diberi nama SAJA - a local fusion band.. Dan Insya-Allah, 1st single SAJA akan keluar tak lama lagi.. Kat sini saya ada letak video2 SAJA dari YouTube.. Hope you will like it dan dapat terima their music! More info, boleh ke fb page SAJA.. =)

Show Saja, Afdlin Shauki, Ana Raffali, Pray 4 Palestine, Dr Maszlee
Pray 4 Palestine, Syria & Mesir.. 

  • 1st song: Burung Gagak Tua



  • 2nd song: Ku Jatuh Cinta (Faiz Ariff nyanyi masa Muzik Ekstra RTM! Well, he is actually one of them..)



  • 3rd song: Dia dan Cahaya


Begitulah alkisahnya.. Rezeki Allah, utk seorang yg tak pernah sangka bakat yg dia ada selama ini akan menjadi punca rezekinya.. Mungkin belum sehebat pelukis2 terhebat atau penyanyi2 ternama, tetapi inilah kisah suami saya - orang seni di dlm rumah.. p(^_^)q

p/s: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk untukmu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al Baqarah, Ayat 216.

Monday, August 27, 2012

Belum Ada Rezeki..

Assalamu’alaikum…

Hari ni dah 9 Syawal kan? Alhamdulillah, hari ni genap 2 tahun sy bergelar isteri (kalau ikut calendar Hijrah).. Raya hari tu, soalan biasa timbul kembali; Bila nak ada baby ni? Takkan tak dak apa-apa lagi kot? Tak teringin ke nak ada anak sendiri? Nak dijadikan cerita, time tu baru je start “cuti”.. So, mulalah nak emo.. Balik rumah, En. Suami cakap, “Biarlah, itu semua kuasa Allah.. Belum sampai rezeki kita.. Kita usahalah lagi.. Kenapa nak sedih-sedih..”

Hari ni, tergerak hati nak jenguk blog-blog yg berkaitan dgn TTC (Trying to Conceive).. Read through their nasihat, tips, doa-doa yg mereka amalkan to stay spiritually n mentally strong dalam menempuh ujian Allah ini..  Secara tak langsung, their journeys have inspired n motivated me, keep me moving, n guiding me throughout this TTC process.. Each time they shared good news, sy rasa happy sgt.. Bersyukur, sebab bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. kat dunia ni, while, I patiently waiting for my turn untuk merasai kemanisan detik bergelar Ibu.. =)

Ada jugak sesetengah orang persoal latar belakang family sy.. Memang kalau ikut keturunan, ada yg tak dak anak ke? Memang jenis yg nak enjoy n tak mau anak ke? Ada jugak orang macam tu.. (“-_-)

Mula-mula dulu, sy tak ambil pusing sangat.. Tapi lama-lama, bila orang asyik dok tanya, sy mula tertanya, “Is there anything wrong with us?” Kenapa orang susah sangat nak terima jawapan, “Belum ada rezeki lagi..” Bukan sy yg tentukan bila nak ada anak.. Kadang-kadang bila emosi mengawal diri, mengalir gak air mata ni.. Bukan sedih sebab Allah tak kurniakan penyeri dalam kehidupan kami suami isteri, tapi sedih sebab ada jugak orang yg tak mau paham..

Dunia kita bukan hanya ada 2 warna – hitam atau putih..It is full of colors.. Tak semua orang bertuah kat dunia ni – baru je kahwin, terus lekat.. Dari mata kasar kita, murahnya rezeki dia.. Tapi, tak bermaksud yg belum ada zuriat tu rezeki dia tak murah.. Mungkin rezeki dia murah kat bahagian yg lain, kita tak tahu kan?! Ada jugak yg dah lekat, tapi Allah ambil balik.. Mungkin sebab ada kecacatan yg akan membebankannya suatu hari nanti.. Mungkin jugak Allah belum bagi kat kita sebab kalau kita mengandung nanti akan memudaratkan kita.. Mungkin jugak Allah nak kita ambil anak yatim dan jaga anak yatim tu macam anak sendiri.. Bukankah besar pahalanya? Begitulah luasnya kasih sayang Allah.. Apa saja yg Allah tetapkan, pasti ada hikmah di sebaliknya.. Redha jelah..

Abah pernah cerita, ada seorang hamba Allah ni, Allah kurniakan dia banyak anak, tapi bila anak-anak dah besar, seorang pun tak menyenangkan hati dia.. Sampai si ibu cakap lebih baik anak dia tu mati saja masa kecik dulu drp menyusahkan org bila dah besar ni.. Nauzubillah.. Tak naklah jadi camtu kan?! Macam ada satu kes kat China baru-baru ni, ada seorang wanita ni dapat kembar 12, tp disebabkan oleh undang-undang negara China yg hanya benarkan 1 anak dari 1 keluarga, so yg lagi 11 tu perlu dibunuh.. Apa nak jadila dengan dunia ni.. Allah dah bagi rezeki, tak nak pulak.. =(

Anyway, to those yg sedang berusaha macam sy dan En. Suami, jgn patah semangat.. I’m sure there will be days when we will feel so depressed, thinking nobody love us because of our imperfection.. When the days come, ingatlah, ada anak atau tak dak anak, itu bukan hak manusia untuk menilai.. All those sarcasm akan lenyap jugak suatu hari nanti.. Apa yg penting, hargailah mereka yg berada di sisi kita.. Lagipun, Allah kan ada?! Semua yg berlaku adalah dengan izin Allah Yang Maha Esa.. Hidup ni terlalu singkat untuk kita terus-terusan bersedih.. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah Allah bagi kita peluang untuk terus berdoa dan berusaha.. Insya-Allah, Allah akan kabulkan doa orang-orang yg bersabar.. Berikanlah kami ruang, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kami.. Doakan kami ye?!

Last but not least, Ganbatte to all TTCers!!! p(^o^)q

Belum Ada Rezeki Anak, Sabar Tiada Anak, Sedih Belum Ada Zuriat, 2 Tahun TTC

p/s: Insya-Allah, tak lama lagi adik-adik ipar dan adik sy akan melangkah ke alam perkahwinan.. Semoga dengan izin Allah, mereka akan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah secepat mungkin.. Then, dapatlah kedua-dua Mak Ayah dan Mak Abah sy n En. Suami merasai pengalaman menjadi Datuk dan Nenek.. N kami akan menjadi Pak Long dan Mak Long yg super sporting.. Amin.. (^_-)v

Wednesday, April 25, 2012

Kenduri Kahwin Sana Sini..

Assalamu’alaikum..

Hello Weekdays! Love is in the air – Kad kahwin, bunga manggar, kompang, hantaran, bunga telur, Pengantin.. I just love weddings! Love to see the colorful pelamin n meja makan beradab, love to see saudara mara yg dah lama tak jumpa berpelukan, exchanging stories, love to see small cousins playing n running around, love to see babies laughing n love to see the happiness in everybody eyes, especially the Pengantin.. Seriously, rasa macam Hari Raya! =)

I think, the kahwin season is started.. Since last 2 weeks, we started receiving orders for wedding cards, banner n bunting (via Shaurah Touch).. Alhamdulillah, rezeki.. So, everyday me n En. Suami sibuk menyiapkan apa yg customer mintak.. Designing, printing, cutting, gluing, laughing.. Our own happy hours, in our home! =)
Last Saturday En. Suami was asked to sing on a wedding.. Actually, this is not the first time I heard him singing on a wedding, (the first one was our own wedding), but this is the first time I had to video cam him..

At first tuan rumah mintak En. Suami nyanyi 5 lagu.. But, oleh kerana tuan rumah had prepared other entertainment for the guests, so En. Suami decided to sing 2 songs only.. 1 before the groom arrived n another 1 is after.. En. Suami managed to sing well, despite of being di tengah2 meja makan tetamu (since there was no stage) while promoting his nasyeed group n album.. Habis je 2 lagu tu, kami pun mintak diri nak balik.. Masa dalam kereta, En. Suami dah tak sabar nak dengar n tengok hasil kerja tangan isteri dia ni.. But, I asked him to wait until I "do" something to the videos first (to be frank, I wrongly positioned the tab when video cam him, so need to do some adjustments on the videos first).. After few days, inilah hasilnya.. =)

1st song: Masihkah Ada Waktu
*Ada problem masa nak convert to avi, so tak dapat nak tunjuk kat sini.. hmmm...
                                                                                                                   
2nd song: Lagu Cinta (sorry, the video quality is not so good.. in case u can't view this, please let me know k?!)



Amacam? =) Belum sempat En. Suami buka mulut nak comment, dgn rasa tidak bersalah si isteri pun ckp kat En. Suami, “Orang kalau suara dah sedap, dengar dari angle mana pun sedap (^_-)v".. Silent.. Senyum.. Then, En. Suami pun jawab, "Nasib baiklah dari belakang pun Abang nampak handsome.." ("-_-)

Anyway, the wedding that we attended was great! Besides nasi minyak, ada laksa Penang, char koay teow, ice cream, teh tarik.. Persembahan teh tarik n boria (lama dah tak tengok!) pun ada.. Bak kata En. Suami, sekali pandang mcm majlis perasmian.. Papepun, we had a great time.. Terima kasih kpd tuan rumah – Hj Rashid dan isteri.. =)

p/s: Insya-Allah, next coming year, my 3 lovely sisters are planning to get married.. More weddings!!! Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan juga urusan those yg akan mengadakan majlis perkahwinan in the future.. Amin.. =)


Friday, April 20, 2012

Hujan dan Durian..

Assalamu’alaikum…
What a nice weather we have here in Penang.. Hujan! Sy sgt sukakan hujan.. Rasa macam hujan dapat cuci smua keburukan dan kekotoran kt dunia ni.. Then, bila hujan dah reda, akan ada pelangi yg akn mewarnai dunia ni.. Kan?! =)

Anyway, I'm not going to write about pelangi or hujan.. Tp, hikmah di sebalik turunnya hujan.. Sebagai umat Islam, sy yakin hujan ialah rahmat drp Allah.. Pembawa rezeki yg kita tak pernah jangka.. Seriously.. =)
Mcm td, Mr. Boss came out of nowhere n gave me 3 durians.. He said he got them from Balik Pulau (btw, our company is so near with the durian plantation in Penang.. so those yg love durian mcm us, memang bestla!).. Actually, it is not the season yet (fyi, skrg baru nampak bunga durian.. most probably the season akan start somewhere in July!).. So, I’ve been wondering camne leh ada durian kt Balik Pulau kalau bukan musim lg.. So, Mr. Boss pun explain yg this durian is very special.. N harga dia pun agak mahal..

This particular durian, org Hokkien panggil “Ang Hay”.. Which means “red prawn” sebab this durian flesh are reddish in color with brownish husks.. Below ada sikit info about this Ang Hay..

http://www.durian.com.my/red-prawn.html

n other types of durian in:


Then, sampai rumah, terus mintak En. Suami belah durian tu while I'm preparing dinner.. N this is how my durian dinner looks like =)


My mom's Nasi Durian recipe.. =)
1. Nasi
2. Durian
3. Gula - terpulang kalau suka manis atau tak
4. Garam - secubit pun dah cukup
5. Air panas

So, durian lovers, the season is coming.. Come n try this Ang Hay n I'm sure u will love it! 

p/s: bila datang Penang, try other kind of durian too.. mcm Maoshan Wang & Ang Bak.. Share with me whether u like it or not.. What sedap for me tak semestinya sedap bg u all rite?! Selamat mencuba! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software