Nuffnang Ads

Monday, August 27, 2012

Belum Ada Rezeki..

Assalamu’alaikum…

Hari ni dah 9 Syawal kan? Alhamdulillah, hari ni genap 2 tahun sy bergelar isteri (kalau ikut calendar Hijrah).. Raya hari tu, soalan biasa timbul kembali; Bila nak ada baby ni? Takkan tak dak apa-apa lagi kot? Tak teringin ke nak ada anak sendiri? Nak dijadikan cerita, time tu baru je start “cuti”.. So, mulalah nak emo.. Balik rumah, En. Suami cakap, “Biarlah, itu semua kuasa Allah.. Belum sampai rezeki kita.. Kita usahalah lagi.. Kenapa nak sedih-sedih..”

Hari ni, tergerak hati nak jenguk blog-blog yg berkaitan dgn TTC (Trying to Conceive).. Read through their nasihat, tips, doa-doa yg mereka amalkan to stay spiritually n mentally strong dalam menempuh ujian Allah ini..  Secara tak langsung, their journeys have inspired n motivated me, keep me moving, n guiding me throughout this TTC process.. Each time they shared good news, sy rasa happy sgt.. Bersyukur, sebab bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. kat dunia ni, while, I patiently waiting for my turn untuk merasai kemanisan detik bergelar Ibu.. =)

Ada jugak sesetengah orang persoal latar belakang family sy.. Memang kalau ikut keturunan, ada yg tak dak anak ke? Memang jenis yg nak enjoy n tak mau anak ke? Ada jugak orang macam tu.. (“-_-)

Mula-mula dulu, sy tak ambil pusing sangat.. Tapi lama-lama, bila orang asyik dok tanya, sy mula tertanya, “Is there anything wrong with us?” Kenapa orang susah sangat nak terima jawapan, “Belum ada rezeki lagi..” Bukan sy yg tentukan bila nak ada anak.. Kadang-kadang bila emosi mengawal diri, mengalir gak air mata ni.. Bukan sedih sebab Allah tak kurniakan penyeri dalam kehidupan kami suami isteri, tapi sedih sebab ada jugak orang yg tak mau paham..

Dunia kita bukan hanya ada 2 warna – hitam atau putih..It is full of colors.. Tak semua orang bertuah kat dunia ni – baru je kahwin, terus lekat.. Dari mata kasar kita, murahnya rezeki dia.. Tapi, tak bermaksud yg belum ada zuriat tu rezeki dia tak murah.. Mungkin rezeki dia murah kat bahagian yg lain, kita tak tahu kan?! Ada jugak yg dah lekat, tapi Allah ambil balik.. Mungkin sebab ada kecacatan yg akan membebankannya suatu hari nanti.. Mungkin jugak Allah belum bagi kat kita sebab kalau kita mengandung nanti akan memudaratkan kita.. Mungkin jugak Allah nak kita ambil anak yatim dan jaga anak yatim tu macam anak sendiri.. Bukankah besar pahalanya? Begitulah luasnya kasih sayang Allah.. Apa saja yg Allah tetapkan, pasti ada hikmah di sebaliknya.. Redha jelah..

Abah pernah cerita, ada seorang hamba Allah ni, Allah kurniakan dia banyak anak, tapi bila anak-anak dah besar, seorang pun tak menyenangkan hati dia.. Sampai si ibu cakap lebih baik anak dia tu mati saja masa kecik dulu drp menyusahkan org bila dah besar ni.. Nauzubillah.. Tak naklah jadi camtu kan?! Macam ada satu kes kat China baru-baru ni, ada seorang wanita ni dapat kembar 12, tp disebabkan oleh undang-undang negara China yg hanya benarkan 1 anak dari 1 keluarga, so yg lagi 11 tu perlu dibunuh.. Apa nak jadila dengan dunia ni.. Allah dah bagi rezeki, tak nak pulak.. =(

Anyway, to those yg sedang berusaha macam sy dan En. Suami, jgn patah semangat.. I’m sure there will be days when we will feel so depressed, thinking nobody love us because of our imperfection.. When the days come, ingatlah, ada anak atau tak dak anak, itu bukan hak manusia untuk menilai.. All those sarcasm akan lenyap jugak suatu hari nanti.. Apa yg penting, hargailah mereka yg berada di sisi kita.. Lagipun, Allah kan ada?! Semua yg berlaku adalah dengan izin Allah Yang Maha Esa.. Hidup ni terlalu singkat untuk kita terus-terusan bersedih.. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah Allah bagi kita peluang untuk terus berdoa dan berusaha.. Insya-Allah, Allah akan kabulkan doa orang-orang yg bersabar.. Berikanlah kami ruang, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kami.. Doakan kami ye?!

Last but not least, Ganbatte to all TTCers!!! p(^o^)q

Belum Ada Rezeki Anak, Sabar Tiada Anak, Sedih Belum Ada Zuriat, 2 Tahun TTC

p/s: Insya-Allah, tak lama lagi adik-adik ipar dan adik sy akan melangkah ke alam perkahwinan.. Semoga dengan izin Allah, mereka akan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah secepat mungkin.. Then, dapatlah kedua-dua Mak Ayah dan Mak Abah sy n En. Suami merasai pengalaman menjadi Datuk dan Nenek.. N kami akan menjadi Pak Long dan Mak Long yg super sporting.. Amin.. (^_-)v

Wednesday, August 22, 2012

Suatu Hari di Hari Raya..

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. Dah sampai Hari Raya keempat.. Mesti ramai yg still dalam mood raya kan? Syukur sangat, tahun ni, Allah masih beri kesempatan untuk meraikan Hari Raya dgn orang-orang yg tersayang.. Tahun ni juga adalah tahun kedua sy beraya sebagai Puan Shakir.. N tahun ni, turn En. Suami tercinta untuk celebrate first day of Raya with my family.. =)

We reached my parents' house around 10 pm, malam raya, right after habis majlis tahlil dan berbuka puasa di rumah my in laws.. Luckily traffic was not heavy.. Bridge pun ok.. Kalau tak pukul 10 pun belum tentu boleh sampai.. Padahal Penang - Sg Petani takdelah jauh sangat..

Pepagi raya, we went to the nearest surau for solat sunat Aidilifitri sebab masjid yg paling dekat penuh.. Nasib baik dapat parking depan dgn surau tu.. Habis solat, bermulalah kisah pagi Raya sy n En. Suami.. Sampai je kat kereta, tiba-tiba En. Suami tunjuk sesuatu.. Ada wire/cable apa entah yg terjuntai kat bonet kereta.. Then, baru perasan, rupanya ada hamba Allah yg gatal tangan, pi cabut reverse camera dari kereta tu.. Patutlah nampak wire terjuntai-juntai! Ya Allah! Sy dapat rasa muka sy dah lain sebab terkejut dan geram.. Jemaah-jemaah yg habis solat pun macam perasan ada benda tak kena dgn kereta kami tu.. Then, En. Suami suruh relax, masuk kereta, terus drive balik.. En. Suami try to convince me that there was nothing serious to worry about.. Don't spoil the raya mood! Bila sampai je kat rumah, memang sah reverse camera tu dah hilang.. Cobaan.. So, dalam keadaan yg masih boleh bersabar sambil memikirkan kedai mana yg bukak pagi raya ni, kami start mencari, after habis bersalam-salaman dengan Mak, Ayah dan adik-adik.. Alhamdulillah, luckily ada jugak kedai accessory kereta depan Central Square yg bukak.. Mekanik tu pun terkejut macamana boleh ada org yg gatal tangan yg cabut bendalah tu.. Depan surau pulak tu.. Memalukan umat Islam je kalau yg buat tu org Islam.. Papepun, syukurlah sebab takde other major damage.. Yakin je, apa yg terjadi ada hikmah di sebaliknya.. =) After mekanik tu install new reverse camera, n after paid him a certain amount of money (consider duit raya jugaklah..) we started our raya journey! Penang, here we come! Again.. =)

Disebabkan insiden tu, kami bertolak agak lambat ke Penang.. Mesti balik, sebab most of my Mom's family members are in Penang.. First destination - Rumah Tok Teh.. Sini best sebab memang terasa keaslian kampung tu.. Kat Penang ni susah nak cari kampung yg betul-betul kampung, so bila datang rumah Tok Teh terasa macam kecik-kecik dulu.. Kalau time musim buah lagi best! Rambutan, durian, manggis semua ada.. =) Best sembang dgn Tok Teh ni, dia ada banyak sangat topik n idea.. Sambil dok bersembang tu, anak Tok Teh datang dan hidangkan nasi impit dan rendang daging kijang untuk kami.. Nice.. Then, kami sempat jugak melawat kawasan sekeliling rumah Tok Teh.. Antara banyak-banyak benda yg ada kat situ, yg paling menarik our attention were these 2 fellows, total ada 4 ekor sebenarnya.. Ni yg kecik, yg besar asyik lari bila my sis nak snap gambar;


Tok Teh kata, ni ayam selasih.. Isi dia warna hitam.. Kebanyakan org cari untuk dijadikan ubat.. Not so sure untuk apa, but when I mentioned to my boss about those chicken pun dia cakap benda yg sama.. Chinese pun use daging ayam ni untuk tujuan perubatan.. But for us, ayam-ayam ni sangat comel! Bulu dia tersangatlah putih.. Anak Tok Teh cakap, Tok Teh siap bahasakan diri dia "Abah" bila panggil ayam-ayam ni.. My sis pun dah tangkap cintan dgn keputihan ayam-ayam ni sebab kucing dia pun putih macam ni.. Macam-macam.. Nasib baik dia tak mintak seekor.. ("-_-) Papepun, seronok sangat masa kat kampung tu.. Dah tak ingat alkisah pagi raya yg entah pape entah tu.. Cobaan.. =)

It had been a very long day.. Dari mainland ke island back to mainland.. Ziarah saudara-mara di sebelah Mak dari satu rumah ke satu rumah.. (Sebelah Ayah nun jauh di Johor.. Tak dapatlah nak pi tahun ni.. Cuti singkat sangat..) Last-last sampai rumah pukul 11 malam.. Penat, sampai semua tertidur dalam kereta, kecuali En. Suami sebab dia driver.. Terima kasih banyak-banyak, Abang.. =) Despite all that, I was very happy, because I've gone through the first day of raya with my family.. Terus lupa yg pagi raya tu tak sebest yg diharapkan.. However, my Raya did started pretty lousy, but it ended beautifully..

I'm sure this will be one of kisah Raya yg akan sy kenang.. Suatu hari di Hari Raya.. =)




p/s: Kasih sayang adalah sesuatu yg sangat misteri.. Ianya boleh terjalin atau terputus tanpa kita sedari.. Berdoalah.. Semoga Allah memanjangkan kasih sayang antara kita, sesama saudara.. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin.. (^_-)v



Thursday, August 16, 2012

Raya Mood is in the Air..

Assalamu'alaikum...

Pagi tadi masa on the way ke office, jalan tersangatlah lengang.. Rasanya, ramai yg dah mula bercuti kot?! As for me, En. Suami n the rest of my colleagues, cuti raya tahun ni hanya start this Saturday until Tuesday.. Hari-hari seterusnya, bekerja macam biasa.. Which is not something new.. At least this year I’m not “on-call”.. Insya-Allah... So, bolehlah menikmati cuti Raya ni to the fullest walaupun singkat saja.. Go for quality, not quantity! Ayat nak sedapkan hati.. =)

Kalau diizinkan Allah, Ahad ni, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilifitri.. Rasanya, Syawal ini lebih bermakna jika perubahan untuk menjadi lebih baik, yg kita amalkan dalam bulan Ramadhan berpanjangan.. Insya-Allah..

Last week, me n En. Suami n my youngest sister, sempat pusing-pusing Penang, cari baju raya n other related things.. Kat sini sy list down places yg kami pi semasa dalam misi “Shopping Raya 2012” ni, sehingga dapat apa yg dicari... =)

First stop;
Kompleks Bukit Jambul, KBJ, dekat dgn Bukit Jambul Golf Course.. Kalau hari-hari biasa, biasanya sy dan En. Suami search for computers’ hardware n software kat sini.. Tempat lain pun ada, it just that, sini lebih senang sebab everything within a reach.. Satu setengah tingkat hanya focus on computers’ stuffs saja.. Kedai hand phone pun banyak.. Dan yg paling banyak ialah kedai baju, tudung n kasut! Dalam KBJ ni pun ada Kamdar n Mydin.. Senang, samada larat atau tak saja.. Berbalik kepada misi kami tadi, after pusing punya pusing, survey baju n kasut, finally, we decided to buka puasa saja kat situ.. Then, balik sebab tak boleh decide nak beli apa.. Actually, tak boleh decide nak beli warna apa.. =) Then, destinasi seterusnya..

Second stop;
Tesco Extra, Sungai Dua, dekat dengan USM.. Actually, kami tak plan pun nak shopping kat situ.. Tapi, memandangkan jam pun dah tunjuk pukul 10 malam, the only place yg buka time camni, hypermarket.. Sampai saja kat situ, orang teramatlah ramai.. Butik/ kedai yg jual baju, tudung pun banyak.. Bincang punya bincang, pikir punya pikir, finally initial plan kami yg nak theme color biru tahun ni, terus bertukar.. Dari pilih warna then design baju, terus decide to pilih baju with any warna.. Baju Melayu En. Suami will then follow my warna jubah.. Senang.. Akhirnya, dapatlah satu baju jubah batik ni.. Warna dalam pink belacan, brownish sikit.. 1 benda dah settle! Next...

Third stop;
Queensbay Mall.. Seronok window shopping kat sini, tapi jubah, tudung memang tak dakla kat sini.. Oleh sebab tak larat nak jalan dari north ke central ke south turun naik escalator, kami concentrate kat dalam Jusco saja.. Beli table cloth, other household, kitchen stuffs, n pape jelah yg kami rasa tak dak kat rumah tu.. =) Next..

Forth stop;
Bazar Chowrasta n sepanjang jalan tu.. Dekat-dekat Komtar.. Actually, this place is a must.. As far as I can remember, daripada kecik lagi Mak n Ayah akan bawak kami 4 beradik beli barang-barang kat sini.. Naik bas dari rumah sampai Komtar, pusing Komtar & Parkson, jalan sampai bazar, bukak puasa kat situ then after habis shopping, tunggu bas kat Komtar untuk balik rumah.. Priceless.. Rindu hari-hari itu..
Anyway, Komtar sekarang dah tak sama macam 20 - 30 years ago.. But still, ramai orang suka shopping kat situ.. Maybe sebab kedudukannya di tengah-tengah bandar, so pilihan pun banyak.. Bukan setakat baju Raya, semua jenis baju pun ada.. The reason why we went to the bazaar was because of baju Melayu En. Suami.. Tahun lepas, En. Suami ada beli baju Melayu kat sini.. Ready-made, tapi sangat selesa bila pakai rasa macam betul-betul ikut ukuran badan .. Chinese tailor pulak tu.. So, this year we went to the exact same place, but to our surprise, tak banyak kedai kat bazaar yg buka, including kedai Uncle tu.. So, lepas pusing bazaar dalam 3 kali, kami pun plan destinasi seterusnya..

Fifth stop;
Giant Bayan Baru.. Yang ni kami pi sebab nak beli barang-barang dapur.. Then, sambil pusing-pusing, nampak tudung yg menurut kata En. Suami sangat padan dengan baju pink belacan sy tu.. To be frank, I'm not that stylish when it comes to tudung.. Biasanya, sy cuma akan pilih tudung bawal.. Sy pun tak sure sebab apa, tapi yg pastinya bila sy pakai tudung yg ada awning tu, rasa macam ada yg tak kena dengan muka saya.. En. Suami pun cakap macam tu.. Macam-macam.. =) 

Final stop (I hope);
Back to Kompleks Bukit Jambul.. Akhirnya, misi mencari baju Melayu warna pink belacan untuk En. Suami berakhir.. Pi mai pi mai tang tu jugak.. Kasut, baju, tudung, barang-barang lain, semua sudah.. Settle.. Letih.. Lega.. ("-_-)

To those yg teringin nak shopping Raya kat Penang, maybe these places will give you some ideas about shopping in Penang, depending on what you are looking for.. Maybe tak sehebat shopping di KL or tak semurah shopping di negeri-negeri lain, but for me, kemeriahan shopping di Penang is good enough.. Tak kisahlah di mana saja kita berada, yg penting suasana, mood Raya tu sendiri.. Happiness, excitement, joyfullness! Being in the malls, looking at young kids, always remind me of my childhood days.. N that makes me more thankful to Allah for allowing me to enjoy this moment.. Alhamdulillah..

Akhir kata, sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.. Andai ada tulisan sy yg menyinggung atau mengecilkan hati sesiapa, harap dimaafkan.. Maaf juga if this entry is too lengthy.. Me, myself is also excited to celebrate this Aidilifitri.. Selamat meraikan hari kemenangan saudara-saudara Islamku! Tahniah di atas kemenangan anda!!!



p/s: Tempat lain yg best shopping: Sunshine Square, Bayan Baru.. Sini best sebab selalu dapat cash voucher if we shop more than certain amount.. Actually, banyak lagi tempat lain, tp yg lain tu dah luar dari kawasan sy.. Hehe.. Selamat bershopping?! (^_-)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...