Nuffnang Ads

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Azam 1435 H..

Assalamu'alaikum..

Mungkin agak terlewat untuk saya ucapkan Salam Ma'al Hijrah kpd semua muslimin dan muslimat.. Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita memperbaiki diri kita pada tahun ini..

Biasa bila kawan kita tanya apa azam tahun baru kita, jawapan cliché yg biasa kita bagi, "Nak jadi lebih baik dari tahun yg sudah.." Tapi, kalau nak jadi lebih baik, kena buat sesuatu kan? So, oleh sebab kita masih di dalam mood tahun baru, (actually, I am.. hehe..) apa kata tahun ni, kita tambahkan satu azam baru dalam list azam kita - Puasa Sunat.. Mudah-mudahan dgn memperbanyakkan perkara2 sunat di samping yg wajib akan menjadikan kita lebih baik tahun 1435 H ni.. Peringatan utk diri sendiri jugak.. Insya-Allah.. Save the dates my friends! =)
  1. Puasa 1 - 9 Muharram = 5 - 13 Nov 2013
  2. Puasa Hari Asyura iaitu pada 10 Muharram berserta sehari sebelumnya = 13 - 14 Nov 2013 
  3. Puasa Hari Isnin dan Khamis (mana-mana hari Isnin dan Khamis kecuali Hari Tasyrik, 11 Zulhijjah) = 6 Okt 2014 (Isnin) 
  4. Puasa Hari Putih pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan Hijrah:
    • Muharram = 17 - 19 Nov 2013
    • Safar = 16 -18 Dis 2013
    • Rabi'ulawal = 15 - 17 Jan 2014 
    • Rabi'ulakhir = 13 - 15 Feb 2014 
    • Jamadilawal = 15 - 17 Mac 2014 
    • Jamadilakhir = 13 - 15 Apr 2014 
    • Rejab = 13 - 15 Mei 2014 
    • Syaaban = 11 - 13 Jun 2014 
    • Syawal = 09 - 11 Ogos 2014 
    • Zulkaedah = 08 - 10 Sep 2014  
    • Zulhijjah = 08 - 10 Okt 2014
  5. Puasa Sunat Bulan Rejab = 1 - 29 Mei 2014 
  6. Puasa Sunat Bulan Syaaban (kecuali Hari Syak, 30 Syaaban) = 30 Mei - 27 Jun 2014 
  7. Puasa Enam (puasa mana-mana 6 hari dalam bulan Syawal kecuali 1 Syawal) = 29 Julai - 26 Ogos 2014 
  8. Puasa 1 - 8 Zulhijjah = 26 Sep - 3 Okt 2014 
  9. Puasa Hari Wuquf (bagi mereka yg tidak menunaikan haji) = 4 Okt 2014 
Utk memudahkan rujukan, saya buat kalendar khas utk mark tarikh2 ni..

2013 Calendar, Tarikh Puasa Sunat, Kalendar 2013, Hari Puasa Sunat, Azam Tahun Baru

2014 Calendar, Kalendar 2014, Puasa Sunat, Tarikh


Harap2, senarai ini dapat memberi manfaat kpd kita semua dan saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepada-Nya seterusnya menerima amalan puasa kita.. Insya-Allah.. Jom sama2 tampal dalam office dan dalam rumah sebagai rujukan! =)

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya,
“Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku (Allah) dan Akulah yang langsung membalasnya.” (Riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)
p/s:  Terima kasih Kak Rohaya kerana telah mengongsikan senarai yg sgt berguna ni.. Ada sesape lagi yg nak kongsi azam tahun baru? =)

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan..

Assalamu'alaikum...

Wah, lamanye tak menulis kat sini.. Dah sebulan lebih! Cepatnye masa berlalu.. Dah masuk bulan puasa pun.. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang kat kita utk sama2 berpuasa pada tahun ni.. Masih diberi kesempatan utk memperbaiki kekurangan diri dan memperbanyakkan amalan.. Mana tahu, tahun depan Allah dah jemput kita kembali kepada-Nya? Sy teringat cerita dr En. Suami tentang seorang arwah yg bekerja di tempatnya.. Dlm conversation terakhir antara arwah dgn En. Suami, arwah ada berkata, "Tak sabarnya nak tunggu Ramadhan tahun ni.." Menitis air mata sy.. Allah lebih sayangkan dia.. Arwah tak sempat merasai Ramadhan yg dirinduinya itu.. Sesungguhnya, sbgai manusia, kita hanya merancang, Allah yg menentukan segala-galanya.. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan org2 yg beriman..

Utk peringatan kpd kita yg masih bernafas di bumi Allah ini.. Hargailah sisa hidup kita yg masih tinggal.. Semuanya dipinjamkan kpd kita.. Bersyukurlah.. Jadikanlah Ramadhan kali ini permulaan yg terbaik utk kita lebih mendekatkan diri kpd Allah.. Siapa tahu, ini mungkin Ramadhan kita yg terakhir..

Sesungguhnya, Islam itu indah.. Ramadhan itu pun indah.. Setiap kali bila berada dlm bulan Ramadhan, sy dpt rasakan suatu kelainan.. Suatu ketenangan.. Kalau dulu masa kecik2, bila tau je dah masuk bulan puasa, seronok sgt sbb tau raya dah dekat.. =) Masa tu memanglah tersangat rajin tolong Mak buat kuih raya kat dapur.. Ayah pulak siap bagi motivation lg.. 1 hari puasa = RM 1.. Banyak tu! =) Miss those good old days..

Tp, sekarang, bila dah besar, pengertian seronok tu pun dah berubah.. Fikiran pun dah bertambah matang.. Dan yg paling penting, kita sepatutnya lebih menghayati erti puasa itu sendiri.. Hikmah dan manfaatnya.. Kemudian, akan terlihatlah the beauty of Ramadhan.. So, gunakanlah masa sebulan ini sebaik-baiknya ye?!

Anyway, I would like to share this special video with you, Muslims n Non-Muslims.. A colleague of mine sent me this n I put in Opick song, Ramadhan Tiba, to bring in the Ramadhan mood in all of u! Hope u'll enjoy it.. =)

Last but not least... Salam Ramadhan from me, Nurul Azzura..



p/s: Selamat berpuasa ye kawan2?! (^_-)v



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software