Nuffnang Ads

Thursday, February 20, 2014

Untuk Penyambung Generasiku..

Assalamu'alaikum...

February.. I've skipped writing any new entry in the month of January just because of several dugaan yg melanda our little family.. It was painful, tp hanya Allah yg tahu apa yg terbaik.. Alhamdulillah, semuanya dah kembali spt sediakala.. Bak kata Dr Hj Tengku Asmadi,

Rahmat, Tengku Asmadi, Dugaan, Hapus Dosa, Sabar, Nikmat


Bila kita dah kehilangan sesuatu, baru kita sedar nikmat yg kita hilang tu.. Kita tak boleh u-turn kan masa, tp kita boleh lakukan sesuatu utk masa hadapan..

***********

Bila dah nak masuk '3-series' ni, I tried to look at perubahan yg berlaku kat diri saya.. Physically, mentally and spiritually.. When I was 13, I always thought being adult is easier.. Tak sabar nak habis sekolah.. Tak sabar nak cari duit sendiri.. Tak sabar nak contribute to family.. As a matter of fact, there were things that I missed because I don't know and I just don't care.. Just because I thought everything will be perfect when I'm older, since I will be wiser.. Kononnyalah..

So, for almost 30 years of living; Apa yg saya dah belajar? Apa yg saya hilang? Apa yg saya jumpa? Did my life well spent? Or is it wasted?

************

Untuk penyambung generasiku.. This is a serious entry from me.. Semoga dapat memberikan manfaat.. =)

  • Agama
Tahun 2013, saya mengenali seorang pemuda bernama Ammar yg perginya digelar "Syahid yg tertangguh".. Baru berumur 20 tahun, tetapi baktinya kpd Islam melebihi mereka yg lebih berusia drpnya, termasuklah saya.. Wahai penyambung generasiku.. Kenalilah agamamu.. Belajar bukan hanya utk survive di dunia, tp juga utk bekalan di akhirat.. Dunia hanya sementara.. Kenalilah dan dalamilah rukun Islam yg 5 dgn ahli2 agama.. Amalkan apa yg dilafaz.. Jaga solat.. Jaga puasa.. Tahu bila perlu bayar zakat.. Latih diri menabung utk ke Tanah Suci.. Jangan asingkan agama drp cara hidup.. Ikutlah peraturan Allah.. Buatlah persediaan utk akhirat..

  • Hidup
Dunia ni ibarat roda.. Kadang2 kita terpaksa mendongak melihat org2 yg ada kat atas, kadang2 kita terpaksa tunduk melihat org2 yg ada kat bawah.. Wahai penyambung generasiku, sentiasalah beringat.. Yg bawah takkan selamanya di bawah, yg atas takkan selamanya di atas.. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yg Allah pinjamkan.. Selalulah berbuat baik, murahkan senyuman walaupun dikeji.. Jangan menyimpan dendam, sentiasa memaafkan.. Hidup ini cuma persinggahan..

  • Pelajaran
Setiap ibu bapa inginkan yg terbaik buat anak mereka.. Wahai penyambung generasiku, it's ok if you can't perform well in school.. Nobody is perfect.. There are a lot of dropouts out there who are billionaires now.. Where and how you start is not important.. Tak pandai dlm bab ni, tp genius kat bab tu.. Everyone is unique in their own way.. Ada 1001 cara utk mencapai cita2.. The method is not cast in stone.. Yakinlah, Allah dah tetapkan rezeki setiap anak yg dilahirkan di dunia ini.. Kalau kena dgn didikannya, Insya-Allah akan bahagia dunia dan akhirat.. Selalulah berdoa supaya Allah terangkan hati..

  • Cinta
Ada 2 kategori cinta; yg membina dan yg membunuh.. Wahai penyambung generasiku, I've seen both.. Cinta ibu bapa kpd anak, juga cinta antara lelaki dgn wanita.. Semakin meningkat remaja, semakin diuji rasa cinta tu.. Fitrah manusia utk ingin menyayangi, dan ingin disayangi.. Jangan tewas kpd nafsu.. Mungkin jawapan saya agak cliche, tp percayalah, kalau kita letakkan cinta kat Allah melebihi cinta kpd manusia, Insya-Allah, Allah takkan hampakan kita.. Bahagia akan datang dgn sendirinya..

  • Kerja dan Kerjaya
Kerja itu suatu ibadah.. Wahai penyambung generasiku, lakukanlah kerja yg ditugaskan dgn ikhlas dan bersungguh-sungguh.. Hasil dari kerja itu akan menjadi darah daging, jadi, jujurlah dgn kerja yg dilakukan supaya rezeki itu menjadi berkat.. Jangan terlalu kejar harta dunia.. Jauhkan diri drp sikap suka berhutang.. Belanjalah mengikut kemampuan sendiri.. Bukan ikut hati..

  • Rumahtangga dan Keluarga
Wahai penyambung generasiku.. Jangan sesekali berkira wang ringgit dgn ibu bapa.. Ikhlaskan hati.. Insya-Allah, ganjaran yg Allah bagi akan melebihi apa yg kita beri.. Jika ibu bapa redha, Allah akan redha dgn kita.. Tak cukupkah keredhaan Allah itu?
Jika suatu hari nanti, ditakdirkan bertemu jodoh, bersyukurlah kpd Allah kerana ditemukan jodoh di dunia.. Mudahkanlah urusan perkahwinan, jgnlah ianya menjadi beban dlm kehidupan berumahtangga kelak.. Banyakkan mendalami ilmu rumahtangga.. Syaitan akan menghasut, menabur fitnah, walau apapun ujian yg bakal dihadapi, banyakkanlah bersabar.. 


p/s: Semua yg saya tulis adalah dr pemerhatian dan pengalaman saya.. Maaf kalau ada yg tak suka.. Sekadar ingatan sementara masih tak lupa.. Takut nanti Allah tarik nikmat yg satu tu pula.. Semoga menjadi peninggalan yg berguna.. =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...