Nuffnang Ads

Saturday, October 19, 2013

It's Official! ~ Sambungan Selepas Setahun.. Part 4

Assalamu'alaikum..

Nak update sikit.. Akhirnya, SAJA punya 1st official music video, "Ku Jatuh Cinta" dah release kat YouTube.. Sebarang komen yg membina adalah dialu-alukan.. Happy viewing.. =)

Saja Local Fusion Band, Saja Ku Jatuh Cinta, Varianz, Mirwana, the Messages, Faiz Ariff, Shakir, Akmal
dari kiri: Syafiq, Faiz, Jack, Faisal, Akmal & Shakir



p/s: Love is such a wonderful feeling..

Friday, October 18, 2013

Doa dan Berdoa..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, eloknya cuaca pagi Jumaat ni.. =)

Semalam hujan lebat, risau jugak kalau2 banjir kilat akan berlaku sekali lagi macam 5 hari sudah.. Ujian Allah, sape sangka, kawasan kampung yg berdekatan dgn laut pun boleh banjir.. Sesuatu yg tak pernah dijangka.. Popular sekejap Teluk Kumbar.. Hehe.. Refer article kat Harian Metro ni..

http://www.hmetro.com.my/articles/TelukKumbar_BayanLepasdilandabanjirkilat/Article/

Ujian datang dlm pelbagai bentuk.. Musibah, bencana, rumah tangga, rezeki, jodoh, zuriat, sedangkan kesenangan pun satu ujian.. Sebagai manusia, kemampuan kita ada hadnya.. Allah yg menciptakan kita, jadi samada susah atau senang, kita perlu bergantung pada-Nya, bukan hanya ketika susah.. Kerana, walau sehebat atau se'detail' manapun persediaan kita, tanpa izin Allah, tetap tak kan menjadi.. Betul tak?
Rasulullah SAW bersabda: “Doa umpama senjata orang Mukmin dan sendi kekuatan agama juga cahaya yang berkilauan di langit dan bersinar di bumi.” (Riwayat al-Hakim)
Oleh sebab tu, pada pg Jumaat yg mulia ini, saya nak kongsi antara doa yg boleh kita amalkan dlm kehidupan seharian.. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kpd kita semua.. Wallahu a'lam..

Doa Nak Anak, Doa Jauh Bencana, Doa Umpama Senjata Orang Mukmin, Teluk Kumbar Banjir Kilat, Harian Metro

p/s: Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang terbuka hatinya untuk berdoa, terbuka baginya pintu-pintu rahmat dari Allah dan sekiranya tidak meminta sesuatu dari Allah yang disukainya melebihi permintaannya supaya diberi akibat.” (Riwayat at-Tarmizi)

Sunday, October 13, 2013

Selepas Setahun.. Part 4: Orang Seni di dalam Rumah

Assalamu'alaikum...

Dah lama teringin nak buat satu entry khusus utk En. Suami.. Semenjak saya kena kerap travelling, En. Suami decided utk concentrate full time in developing things that he loves so much - graphic designing and singing.. So, camne dia boleh involve dgn these 2 things? Meh saya nak cite.. Inilah kisah seorang yg sgt berseni di dlm rumah saya.. =)

Kadang2, kita tak perasan yg selama ni kita ada sesuatu skill or talent, sbb kita dah set dlm otak kita yg kita nak jadi somebody yg much more 'relevant'.. Pening pulak statement ni kan?? Itulah En. Suami..

Historically, saya kenal En. Suami sejak dari Darjah 2.. Lama betul kan?! Masa kat sekolah, dia selalu jadi perhatian cikgu2.. Kenapa? Sebab dia pandai melukis.. Seingat saya, asal ada je pertandingan melukis kat sekolah, muka dia je yg asyik menang.. Kalau tak 1st place, mesti 2nd or 3rd.. Sampai pernah masuk paper sbb menang pertandingan melukis potret Allahyarham Tan Sri P. Ramlee! =)

Shakir SAJA, P. Ramlee, Menang, Lukisan, Nasir P. Ramlee


Tapi, sayangnya, bakat tu hanya tinggal hobi.. He chose Electronic Engineering instead.. Habis je belajar, sempat jugak merasa menjadi cikgu - Mualim Shakir.. Hehe, comel je bila dgr anak2 murid panggil En. Suami, Mualim.. Pada masa tu, dia dah mula interested dgn graphic design ni.. Maybe it is in his blood all this while.. Pastu, after few years bergelar guru, En. Suami masuk kilang, jadi machinist engineer and start serius dgn business ni.. Orders keep on coming, sampai tak menang tangan.. Until one fine day, he decided to quit his job as machinist engineer and concentrate on doing design work in our little shop.. =)

Shaurah Touch, Shakir Saja, Burung Gagak Tua, Ku Jatuh Cinta, Dia dan Cahaya
En. Suami dan hasil titik peluhnya.. 
Bercerita pulak tentang another part of him - singing.. Sebelum ni, saya pernah tulis tentang En. Suami menyanyi kat kenduri kahwin kan?! Baru2 ni, tuan rumah kenduri tu, yg jugak Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, telah menjemput En. Suami menyanyi utk Rumah Terbuka Aidilifitri Pulau Pinang.. Excited gile muka En. Suami! Last minute notice, nasib baik nyanyi tak terbabas.. Haha..

Sedikit sejarah tentang En. Suami dan hobinya yg ni, yg sekarang dah jadi part of his career.. Setahu saya, En. Suami ni memang suka sgt menyanyi, especially masa kat matric.. Masa tu, lagu2 nasyeed ni memang menjadi siulanla.. Nur Kasih la, Rabiatul Adawiyah la.. So, En. Suami dan kawan2 nya formed a nasyeed group called Raudhah.. Bila dah masuk U, En. Suami formed group baru dgn nama Voice of Annur.. Then, one day group ni menang nasyeed competition kat UM, where Mirwana jadi juri.. Pastu, tertubuhlah Varian.. Disebabkan oleh komitmen keje plus business graphic design yg baru nak naik, he 'disappeared' for few years.. His activity went on and off selepas itu.. Walaupun dah tak aktif mcm dulu, tapi kadang2 tu, dia ada gak buat harmonizing lagu kat YouTube.. Sampailah satu hari, Abg Akmal ajak En. Suami join his special project yg diberi nama SAJA - a local fusion band.. Dan Insya-Allah, 1st single SAJA akan keluar tak lama lagi.. Kat sini saya ada letak video2 SAJA dari YouTube.. Hope you will like it dan dapat terima their music! More info, boleh ke fb page SAJA.. =)

Show Saja, Afdlin Shauki, Ana Raffali, Pray 4 Palestine, Dr Maszlee
Pray 4 Palestine, Syria & Mesir.. 

  • 1st song: Burung Gagak Tua



  • 2nd song: Ku Jatuh Cinta (Faiz Ariff nyanyi masa Muzik Ekstra RTM! Well, he is actually one of them..)



  • 3rd song: Dia dan Cahaya


Begitulah alkisahnya.. Rezeki Allah, utk seorang yg tak pernah sangka bakat yg dia ada selama ini akan menjadi punca rezekinya.. Mungkin belum sehebat pelukis2 terhebat atau penyanyi2 ternama, tetapi inilah kisah suami saya - orang seni di dlm rumah.. p(^_^)q

p/s: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk untukmu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al Baqarah, Ayat 216.

Friday, October 11, 2013

Selepas Setahun.. Part 3: Malaysia Rising

Investment Profile: Malaysia: Malaysia Rising | Site Selection Online

Malaysia Rising, Site Selection September Edition, Medical Device, Straits Orthopaedics, KLCC


Assalamu'alaikum..

Ha, nampak tak link kat atas tu? Since I'm writing on things that happened selama saya 'menghilangkan diri', so for this Part 3, saya nak share something yg berkaitan dgn kerjaya saya pulak, dan kenapa the write-up in this article (about Straits), is very important to me.. =)

Sepanjang awal tahun ni, I've travelled a lot and met a lot of interesting people.. From Penang to KL, Singapore, Taiwan, Hong Kong, Beijing and Shanghai.. (Mungkin dlm next entry, saya akan share apa yg menarik kat tempat2 ni..) Frankly, I always feel that I'm a quiet type of girl.. Not even good at making jokes.. Tak banyak cakap, hanya bercakap kalau ada org yg start or if org tu memang saya dah kenal.. =( Not so good, huh?! Hmm..

One fine day, Mr. Boss asked me to help him in business development.. So, I thought this will be a good chance for me to improve my social skill even though part of me tak berani sebenarnya.. Camne seorang engineer nak develop business.. Orthopaedics business yg sgt baru kat Malaysia pulak tu.. Camne nak deal dgn high rank people, decision-maker people, government officials and ministers.. Risau if I screwed up.. But then, after being involved in series of meetings, discussions and presentations, I'm beginning to love this new job.. It's not that bad after all.. I learnt a lot from other people's experience - on business as well as life.. Mana tahu, satu hari nanti boleh apply this knowledge utk business sendiri pulak? Hehehe.. =)

Anyway, apa kena mengena this article dgn saya ye tak? Well, this article was written by a US magazine called Site Selection.. For this September 2013 edition, they are promoting Malaysia's medical device industry to the world.. Despite of all political issues that we have right now, di mata dunia, Malaysia adalah sebuah negara yg ideal utk foreign investors especially in this sunrise industry.. It is time for Malaysia to rise.. And I'm glad to be part of it..

Site Selection, Straits Orthopaedics Billboard, ABio Orthopaedics Billboard, Penang Bridge
ABio & Straits billboards right after Penang Bridge toll

p/s: Saya harap, gol Mr. Boss akan tercapai - to make Malaysia visible in the orthopaedics map.. Amin.. Kena kerja kuat lagi la nampaknya! =)

Friday, October 4, 2013

Selepas Setahun.. Part 2: Lubang di dalam Hati

Assalamu'alaikum..

Entry kali ni sgt istimewa bg saya sbb saya nak ingat selalu si 'dia' yg pernah hadir dlm hidup saya.. This entry is about my beloved cat - BAM, on him..

..being a kitten
Tahun pertama kawen, En. Suami selalu kena kerja shift malam.. So, we decided to adopt a kitten utk teman saya kat rumah from my aunt.. Hari pertama kami bawak balik Bam, dan biar dia tengok pemandangan dari dlm kereta.. Dia letak tangan dia yg kecik tu kat pintu dan tengok luar tingkap spjg perjalanan.. Cute sgt! On that day we noticed that this little kitten, sgt suka naik jalan2 dgn kereta.. Langsung tak takut and sometimes, dia akan just menyelit dekat area yg dia rasa selesa.. Atas dashboard la, bawah seat la, kat head rest la.. On the way nak p klinik pun boleh relax lagi menikmati pemandangan.. I must admit that, for a person like me yg tak pernah ada pets sebelum ni, I felt so attached to him..

[Well, yg tu tipu sikit, saya pernah ada hamsters masa kt U dulu - Kimi & Miki.. My mistake, sbb dua2 male, so asyik gaduh je until one day Kimi mati sebab Miki korek mata dia.. Then, Miki pulak mati, mungkin sebab boring dok sorang2.. Hmm.. ("-_-)]

..being self regulated
Malam pertama kat rumah, En. Suami ckp kena disiplinkan Bam supaya tak buang air merata-rata.. So, malam tu En. Suami kurung dia dlm bilik air, and it lasted for few nights.. Malam2 mesti akan dengar dia menangis sbb nak keluar, then akan nampak jari2 dia kat bwh pintu bilik air, trying to tarik pintu tu.. But, it worked.. Bila siang pun if dia dlm rumah dia akan buang air kat toilet, if tgh main2 kat luar, dia akan korek tanah utk buang air then kambus sampai tak dak bau.. Bijak tul!

..being a good friend
Saya tak dak pengalaman bela kucing sebelum ni, but for me this cat is not just an ordinary cat.. Setiap kali saya sakit, especially bila "that monthly thing" came, he will be there for me.. Dia akan baring bila saya baring, ikut saya sampai pintu bilik air bila saya ke bilik air.. Yg paling buatkan saya terharu, suatu hari tu, tiba2 saya kena fly ke KL.. Masa tgh sibuk2 masukkan beg kat dlm bonet kereta, dia pun lompat masuk sekali.. Tak mau keluar pulak tu.. Macam tau2 je dia nak kena tinggal..

..being part of the family
En. Suami selalu ckp, "Bam ni macam orang".. Cara tidur pun macam orang.. Kadang2 tu boleh tengok dia senyum2 masa tidur.. Sgt manja, suka didukung walaupun dah ada cucu, sgt suka cium orang, suka hisap cuping telinga En. Suami, suka urut2 pipi orang, suka acting macam dah mati, suka tidur celah2 orang.. Macam2 lg la.. Geram sgt.. Patutla Rasullullah sayang sgt kat kucing..

..being a leader
As time passed by, Bam yg kecik tu dah besar jd ketua gangster kt kampung.. Ni semua sbb nak protect anak2 dia dari kucing2 liar yg nak berebut kawasan.. Namapun kucing jantan.. Masuk rumah je, mesti badan dia penuh dgn luka2.. Sedih, tp takkan nak kurung je dia dlm sangkar.. Kita pun tak suka bila terkurung kan? Tapi kan, baik betul Bam ni, bila sakit pun diam je, sehinggakan satu hari tu..


28 Sep 2013.. 5.11 pm
"Nurul, doktor cakap, organ dalaman Bam dah rosak teruk.. Perut dia dah terperosok ke paru2.. Kemungkinan kena langgar dgn motor atau ada org pukul.. Kalau buat operation pun, biasanya 80% ke 90% akan mati.. Kesian dia, nak makan pun tak boleh, nak bernafas pun susah.. Sedih tengok dia terseksa.. Macam mana?"
Hati dah mula rasa sebak.. Sebab hanya akan ada satu saja jalan penyelesaian.. Biarkan dia rehat selama-lamanya..

28 Sep 2013.. 5.09 pm
"Nurul, Mak mintak maaf na.. Mak dah bagi Bam "rehat".. Biar dia rehat na.."
Masa tu, tiba2 rasa mcm ada satu lubang yg besar kt hati saya.. Air mata dah mula mengalir.. Bam dah tak dak.. :'(

Esok, cukup seminggu Bam tinggalkan kami..Saya tak pernah imagine seekor kucing boleh bg impact sebesar ni pada kami sekeluarga.. Istimewanya dia kerana sehingga ke saat ini, kami masih merinduinya.. Sesungguhnya, Allah lebih sayangkan dia.. Terima kasih ya Allah, kerana mengizinkan Bam singgah dlm hidup kami, walaupun hanya utk masa yg singkat..

Kucing Macam Orang, Sayang Kucing, Kucing Kena Pukul, Kucing Manja


p/s: I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel..


Thursday, October 3, 2013

Selepas Setahun.. Part 1: Orang Baru

Assalamu'alaikum..

Sedar tak sedar, dah dekat setahun blog ni dibiarkan bersarang.. Alhamdulillah, things are slowly taking shape now.. Apa yg disemai setahun yg lalu, dah boleh nampak tunasnya.. Cepat betul masa berlalu..

Rasanya saya pernah tulis tentang majlis pertunangan adik ipar saya.. Punyala lama tak menulis, both adik ipar saya dah selamat melangsungkan majlis pernikahan mereka 10.11.12 hari tu.. Selain bertambahnya adik2 lelaki En. Suami, kami juga dah dapat gelaran Pak Long dan Mak Long.. Haha.. Ni dia buah hati kami sekeluarga sekarang.. Cucu sulong Abah dan Mak - Sayyidah Nafisah, yg dilahirkan pada 14.09.13 di Dewan Bersalin Muslimah, Permatang Pauh.. Semoga membesar dgn baik dan menjadi anak yg solehah dan berbakti kpd keluarga dan agama.. =)

Baby Comel, Cucu Sulong, Orang Baru, Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh
Born on 14 Sep 2013

18.05.13 hari tu, adik saya pun dah selamat menjadi isteri org.. Dan secara tak langsung, bertambahlah seorang lagi anak lelaki Ayah dan Mak.. Nak dijadikan cerita, on the way balik dr masjid lepas majlis akad nikah depa, boleh pulak accident.. And I was driving my sister's car pulak tu.. Memang spoil dia punya big day.. Tp, Alhamdulillah, kami semua yg ada dlm kereta tak dak pape.. Luckily uncle yg saya langgar tu tak marah2.. Dia trpaksa brake mengejut sbb ada kereta yg tiba2 potong depan dia.. Secara tak langsung, saya pun trpaksa brake mengejut (baik punya alasan..) Anyway, I'm sorry for the damage and thank you for not scolding me.. Hehehe..

Kereta Swift Accident, No Plat Patah, Langgar Belakang, Akad Nikah
A painful 'wedding gift'

Life is not a life if tiada pahit dan manisnya.. Let's learn to appreciate what we have, before time makes us appreciate what we had..
Thank you Allah for allowing all these amazing people colour my life.. (^_^)

p/s: To my dear sister yg berada jauh di France, study elok2 ye.. I know it is hard to be alone without your husband, semoga Allah permudahkan semua urusan hang kat sana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software