Nuffnang Ads

Friday, October 4, 2013

Selepas Setahun.. Part 2: Lubang di dalam Hati

Assalamu'alaikum..

Entry kali ni sgt istimewa bg saya sbb saya nak ingat selalu si 'dia' yg pernah hadir dlm hidup saya.. This entry is about my beloved cat - BAM, on him..

..being a kitten
Tahun pertama kawen, En. Suami selalu kena kerja shift malam.. So, we decided to adopt a kitten utk teman saya kat rumah from my aunt.. Hari pertama kami bawak balik Bam, dan biar dia tengok pemandangan dari dlm kereta.. Dia letak tangan dia yg kecik tu kat pintu dan tengok luar tingkap spjg perjalanan.. Cute sgt! On that day we noticed that this little kitten, sgt suka naik jalan2 dgn kereta.. Langsung tak takut and sometimes, dia akan just menyelit dekat area yg dia rasa selesa.. Atas dashboard la, bawah seat la, kat head rest la.. On the way nak p klinik pun boleh relax lagi menikmati pemandangan.. I must admit that, for a person like me yg tak pernah ada pets sebelum ni, I felt so attached to him..

[Well, yg tu tipu sikit, saya pernah ada hamsters masa kt U dulu - Kimi & Miki.. My mistake, sbb dua2 male, so asyik gaduh je until one day Kimi mati sebab Miki korek mata dia.. Then, Miki pulak mati, mungkin sebab boring dok sorang2.. Hmm.. ("-_-)]

..being self regulated
Malam pertama kat rumah, En. Suami ckp kena disiplinkan Bam supaya tak buang air merata-rata.. So, malam tu En. Suami kurung dia dlm bilik air, and it lasted for few nights.. Malam2 mesti akan dengar dia menangis sbb nak keluar, then akan nampak jari2 dia kat bwh pintu bilik air, trying to tarik pintu tu.. But, it worked.. Bila siang pun if dia dlm rumah dia akan buang air kat toilet, if tgh main2 kat luar, dia akan korek tanah utk buang air then kambus sampai tak dak bau.. Bijak tul!

..being a good friend
Saya tak dak pengalaman bela kucing sebelum ni, but for me this cat is not just an ordinary cat.. Setiap kali saya sakit, especially bila "that monthly thing" came, he will be there for me.. Dia akan baring bila saya baring, ikut saya sampai pintu bilik air bila saya ke bilik air.. Yg paling buatkan saya terharu, suatu hari tu, tiba2 saya kena fly ke KL.. Masa tgh sibuk2 masukkan beg kat dlm bonet kereta, dia pun lompat masuk sekali.. Tak mau keluar pulak tu.. Macam tau2 je dia nak kena tinggal..

..being part of the family
En. Suami selalu ckp, "Bam ni macam orang".. Cara tidur pun macam orang.. Kadang2 tu boleh tengok dia senyum2 masa tidur.. Sgt manja, suka didukung walaupun dah ada cucu, sgt suka cium orang, suka hisap cuping telinga En. Suami, suka urut2 pipi orang, suka acting macam dah mati, suka tidur celah2 orang.. Macam2 lg la.. Geram sgt.. Patutla Rasullullah sayang sgt kat kucing..

..being a leader
As time passed by, Bam yg kecik tu dah besar jd ketua gangster kt kampung.. Ni semua sbb nak protect anak2 dia dari kucing2 liar yg nak berebut kawasan.. Namapun kucing jantan.. Masuk rumah je, mesti badan dia penuh dgn luka2.. Sedih, tp takkan nak kurung je dia dlm sangkar.. Kita pun tak suka bila terkurung kan? Tapi kan, baik betul Bam ni, bila sakit pun diam je, sehinggakan satu hari tu..


28 Sep 2013.. 5.11 pm
"Nurul, doktor cakap, organ dalaman Bam dah rosak teruk.. Perut dia dah terperosok ke paru2.. Kemungkinan kena langgar dgn motor atau ada org pukul.. Kalau buat operation pun, biasanya 80% ke 90% akan mati.. Kesian dia, nak makan pun tak boleh, nak bernafas pun susah.. Sedih tengok dia terseksa.. Macam mana?"
Hati dah mula rasa sebak.. Sebab hanya akan ada satu saja jalan penyelesaian.. Biarkan dia rehat selama-lamanya..

28 Sep 2013.. 5.09 pm
"Nurul, Mak mintak maaf na.. Mak dah bagi Bam "rehat".. Biar dia rehat na.."
Masa tu, tiba2 rasa mcm ada satu lubang yg besar kt hati saya.. Air mata dah mula mengalir.. Bam dah tak dak.. :'(

Esok, cukup seminggu Bam tinggalkan kami..Saya tak pernah imagine seekor kucing boleh bg impact sebesar ni pada kami sekeluarga.. Istimewanya dia kerana sehingga ke saat ini, kami masih merinduinya.. Sesungguhnya, Allah lebih sayangkan dia.. Terima kasih ya Allah, kerana mengizinkan Bam singgah dlm hidup kami, walaupun hanya utk masa yg singkat..

Kucing Macam Orang, Sayang Kucing, Kucing Kena Pukul, Kucing Manja


p/s: I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel..


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software