Nuffnang Ads

Wednesday, March 12, 2014

MH 370.. Pulanglah

MH370, Pulanglah, Malaysia Airlines, Pesawat Hilang, SAJA, #PRAYFORMH370


Hari ini, 12 Mac 2014..
Telah lebih 100 jam berlalu..
Doa, harapan, penantian, kesabaran..
Sedih, resah, gelisah, marah, hampa..
Kenapa?
Bagaimana?
Di mana?
Pelbagai persoalan..
Becampur aduk perasaan..
Cukuplah satu jawapan..
Untuk meleraikan segala kekusutan..

Machine? Man? Material? Method? Environment?
Analisa demi analisa..
Kemungkinan demi kemungkinan..
Peralatan canggih, pakar - masih menemui jalan buntu..
Petunjuk, petanda - kesahihannya diragu..
Kaum keluarga, teman - terus berjuang di dalam emosi..
Menanti satu petanda untuk mengakhiri segala tanda tanya, walaupun peluang setipis kertas..
Asalkan yang hilang ditemui kembali..

Aku melihat diriku..
Jika ianya berlaku setahun yang lalu, aku mungkin salah seorang daripada mereka..
Jika ianya berlaku sebulan yang lalu, rakan sekerjaku mungkin salah seorang daripada mereka..
Tapi, Allah pilih 8 Mac 2014, bukan 30 Mei 2013, bukan juga 18 Februari 2014..
Sesungguhnya, telah ditetapkan bahagian kita..
Yakinlah, segala yang terjadi adalah dengan izin yang di atas sana..

Berdoalah wahai sahabat..
Dan teruskan berdoa..
Semoga yang terlindung diperlihatkan.. dan..
Yang kabur diperjelaskan..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..



p/s: Never lose hope and never lose faith! Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software