Dah masuk bulan Mac! Bulan terakhir dalam 1st quarter of 2014.. Akhirnya, selepas beberapa tahun dalam pembikinan, jambatan kedua Pulau Pinang yang dinanti-nantikan selama ini (yang diharap dapat menyelesaikan masalah jam kat Penang ni) telah dibuka kepada umum..
JK2PP .. Credit gambar to www.bharian.com.my |
1 Mac 2014
Telah dirasmikan oleh PM dan dinamakan,
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shahdan akan dibuka kepada umum pada 12.01am, 2 Mac 2014.. Sebulan tak yah bayar tol.. Nama je dok kat Penang, tp kami tengok perasmian pun kat tv je sbb En. Suami kena siapkan keje2 design dia kat rumah.. Anyway, dalam pukul 10.00 camtu, bermulalah misi mencari makanan, dengan harapan sambil2 tu, dapat try jambatan kedua tu pas kul 12.01am.. Dari Bayan Baru, sampai Tanjung Bungah, konon2 nak makan kat tempat yang jauh sikit dari kawasan Bayan Lepas dan Batu Maung sbb dpt agak akan jam teruk.. Pusing punya pusing, last2 balik ke Bayan Baru sbb dah lapar sgt.. On the way balik dari tanjung, lalu kot coastal highway sambil mata sempat mengushar jalan ke Batu Maung dan dari Batu Maung.. Ya Allah, ramainya.. Terus tukar plan, pas makan, balik rumah..
Misi mencari makanan membawa kami ke Sunshine Square, sbb ada banyak pilihan.. Malam minggu biasanya, parking tak dak masalah.. Sampai saja, parking penuh.. KFC, OldTown, McD, Zamrud semua penuh.. Time tu dah kul 11, tapi macam baru kul 8, punyalah ramai manusia.. Tengok depan Sunshine, Sany Char Koay Teow pun penuh.. Pusing p Kassim Mustafa, Maqbul, Pelita, pun penuh.. Pak Husin Tomyam, Ara Cafe, toksah cakapla.. Ah, sudah, ni mesti semua org ada plan yg sama macam kami, nak tunggu kul 12 nak p bridge baru.. Last2, pusining punya pusing, tinggal satu saja destinasi dlm kepala kami, yang paling dekat dgn rumah - Deen Nasi Kandar.. Penangan jambatan kedua.. Fuh..
***********
2 Mac 2014
Pagi2 lagi En. Suami cakap, pas dia habiskan keje2 design dia, dia nak p jugak "merasmikan" jambatan kedua tu.. Semangat tul! Dan2 nak p melawat Mak Tok kat Nibong Tebal.. Haha..
Then, menjelang tengahari, plan bertukar.. Kebetulan, sepupu En. Suami yang nama hampir sama dgn En. Suami, tambah -ah je kat belakang, dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki 25 Feb hari tu.. So, seluruh keluarga, amek kesempatan ni nak menerai (perkataan ini ada dlm kamus org utara) jambatan baru.. Sungguh cantik kebetulan itu.. =)
Ok, ni adalah antara observation saya.. Kalau ada yg saya terlepas pandang, boleh komen ye?!
- Jambatan kedua ni ada 2 lane utk kereta and other vehicles, sama macam jambatan pertama yg dibina 30 tahun dulu, which eventually dilebarkan kpd 3 lane.. Cuma jambatan kedua ni, lebih motorcyclists-friendly sbb disediakan satu lane khas utk motorcyclists.. So, it is actually ada 3 lane.. Bagi saya, it is a good idea utk mengelakkan kemalangan antara penunggang motosikal dgn kenderaan yg lebih besar..
- Lebih panjang drp jambatan pertama, and thus it show a different view of Penang.. Dulu, leh nampak Pulau Jerejak je, skrg, Pulau Aman pun dah leh nampak dgn jelas.. To those yang suka menikmati pemandangan dari atas laut, I'm sure you will appreciate it.. It just that, semalam cuaca agak berjerebu (at that time of our journey), so amek gambar pun tak berapa jelas..
- Kalau kat jambatan pertama, bila dah sampai kat 2 segitiga tu, kita tau yg kita dah ada kat tengah2 jambatan (agak-agak).. Tp, kat jambatan kedua ni, 2 segitiga tu tak dok kat tengah2, more to ke arah pulau.. I believe this is something related to daya.. Teringat subject Statik kat U dulu bila bercakap tentang force distribution of a bridge..
- Di samping 2 segitiga tu, ada satu lagi objek yg ada kat bahagian tepi bridge.. Sempat nampak sekali imbas je.. Tak pasti pulak apa purpose dia, kena ushar lebih sikit nanti.. Hehe..
- Kedudukan tiang2 lampu kat sepanjang jambatan kedua ni, tak sama macam yang first.. Tiang2 lampu ni terletak kat tengah-tengah jambatan, tak macam jambatan pertama yang terletak kat tepi.. For me, it is a good idea though.. Just in case if jambatan nak dilebarkan, dah tak yah risau sal nak ubah tiang2 lampu tu..
Well, tu saja yg sempat saya recall sepanjang perjalanan pi dan balik kat atas jambatan kedua tu, partly because saya tertido sbb jam teruk dari tanah besar ke pulau.. Papepun, this mark a special history for me.. Teringat gambar En. Suami dgn Mak Abah sambil dukung adik dia kat jambatan Pulau Pinang yang pertama hampir 30 tahun dulu.. Kalau ada anak, leh buat benda yang sama.. Mesti classic - A picture that takes 30 years to complete.. =)
p/s: Tak sabar tunggu projek terowong bawah tanah pulak.. Really hope suatu hari nanti, akan ada jambatan yang akan menghubungkan antara Pulau Pinang dgn Pulau Jerejak dan Pulau Aman ~* What a wihsful thinking! (^_^)
p/s: Tak sabar tunggu projek terowong bawah tanah pulak.. Really hope suatu hari nanti, akan ada jambatan yang akan menghubungkan antara Pulau Pinang dgn Pulau Jerejak dan Pulau Aman ~* What a wihsful thinking! (^_^)
No comments :
Post a Comment