***********
Assalamu'alaikum...
Pernah tak korang alami situasi di mana sedang enak menjamu selera di kedai makan, tiba2 di didatangi adik2 dari rumah anak2 yatim, mintak sumbangan utk sekolah depa.. Takpun, masa dok isi minyak kat stesen minyak, tiba2 datang seorang remaja perempuan mintak sumbangan sambil jual barang.. Ataupun, bila nak masuk p tekan duit kat mesin ATM, ada orang sua kertas dan mintak sumbangan utk badan yg depa wakili tu?
Pernah tak korang rasa ragu2 samada patut sedekah atau tak sbb risau semua ni didalangi sindiket? Sindiket yg mempergunakan kanak2 utk kepentingan diri sendiri.. Apapun, samada sindiket atau tidak, sebagai manusia yg menumpang di bumi Allah, yg penting kalau kita rasa nak bagi, bagilah dgn ikhlas.. Jangan pas bagi, menyesal pulak.. Hmm..
Tp, sekiranya masih ada perasaan was2 tu, saya nak kongsi cara bagaimana kita leh salurkan sumbangan kita dengan yakin dan selamat, especially utk mereka yg guna CIMBClicks.. Mungkin ada antara korang yg dah tau dan dah praktik pun, but utk korang yg terlepas pandang dan baru perasan ada function ni kat CIMBClicks (mcm saya) diharap 4 langkah mudah ni dapat membantu.. Tp, utk pengguna CIMBClicks jela ye, utk bank lain, I believe ada something similar.. So, bolehla kongsi kat sini.. =)
Photo from http://jejaklalu.blogspot.com/ |
***********
Langkah #1
Login CIMBClicks dan masukkan username dan password korang.. Then, akan keluar macam kat bawah ni.. Pilih Pay -> Bills..Langkah #2
Since ini adalah kali pertama, so saya tak pernah save dalam My Favourites billers utk pay To tu.. So click Open Billers (Category) drop down menu tu, cari dan pilih Zakat/Charities..Then, kat Select a Biller tu, pilih je mana2 organisasi atau badan yg bertanggungjawab yg korang rasa nak salurkan sumbangan.. Dlm contoh ni, saya pilih Islamic Relief Malaysia.. Then tekan butang Submit..
Langkah #3
Kemudian, akan keluar satu form ni, asking for your details.. Isikan Name, I/C No, Appeal Categories dan Amount.. Utk bahagian Appeal Categories tu, korang boleh pilih kat siapa korang nak bagi.. Walaupun amount yg korang berikan tu sedikit, tapi utk somebody, somewhere out there, besar maknanya..Sebaik saja korang tekan butang Submit, akan keluar satu lagi form yg memerlukan lebih banyak detail tentang diri korang.. Lepas isi, tekan butang Submit..
Langkah #4
Lastly, akan keluar satu confirmation page utk korang confirmkan maklumat yg dah dimasukkan sebelum ni sebelum proceed to payment..Kalau maklumat semua ok, tekan je butang Proceed to Payment.. Since biller ni belum ada dalam My Favourites, so macam biasalah, korang kena request TAC.. Pas dapat TAC, masukkan that 6 digit numbers, then ta da.. Alhamdulillah, korang dah berjaya membantu seseorang yg memerlukan bantuan kat luar sana..
Daripada Jabir bin Abdullah, bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya,
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."
Senangkan! Semuanya di hujung jari je.. Lepas ni, bolehlah buat sumbangan derma atau bersedekah secara autopay tiap2 bulan macam ada seorang saudara ni buat dan share kat Facebook.. Insya-Allah..
p/s: Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima.. Bersedekahlah dengan ikhlas.. Insya-Allah, Allah akan lapangkan rezeki utk kita, berganda-ganda.. =)
Kalau nak tahu lebih banyak hikmah sedekah, bolehlah baca tulisan seorang saudara ni kat http://www.mohdzulkifli.com/2012/02/ganda-kekayaan-dengan-bersedekah.html