Beratnya
untuk melepaskan dia pergi. Selama ini tangan ini yang membelainya. Selama ini
hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak
kulaungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata
hatiku. Namun dia bukan selamanya milikku…
Rumah ini cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan?
Maafkan aku wahai anak…bukan aku yang tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta...
Hatiku tertanya-tanya apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh…bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat. Cinta bukan bererti mengikat...tetapi melepaskan, membebaskan...
Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?
Puteriku, kau terpaksa kulepaskan...
Apakah si dia mampu menyainginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah diputuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’ – lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya sudah dimeterai? Namun, hati ayah...pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah pilihanmu? Tepatkah keputusanku?
Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan? Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insya-Allah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan Allah itu pasti ada kebaikan!
Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya bila dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan satu jasa...
Itu hanya satu amanah. Namun, ketika usia menjangkau senja aku pasti semakin sepi... aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahnya yang petah dan lagak yang penuh keletah...
Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu. Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti...
Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya. Aku akan bersangka baik, justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insya-Allah dia dan aku akan mendapat yang terbaik...
Di situ noktahnya kebimbangan hati seorang ayah!
Renungan kepada :

- Wanita (anak-anak perempuan) yang belum berkahwin ingatlah bapa anda, jangan menderhaka terhadapnya dan ingkar suruhan-Nya kerana dosa anda masih ditanggung oleh bapa anda.
- Wanita yang sudah berkahwin imbas kembali saat-saat anda masih dalam tanggungan bapa.
- Lelaki yang bakal berkahwin sebagai persediaan anda menjadi bapa kepada anak-anak perempuan anda.
- Lelaki yang menjadi suami, izinkanlah isteri anda berhubung dengan bapanya....sesungguhnya anda juga akan merasai perkara yang sama jika anda mempunyai anak perempuan
(As extracted from a mail that was sent to me 4 years ago)
p/s: I know somewhere this month we will be celebrating Father's Day.. For me, every day is Parents Day.. This entry is specifically dedicated to my Ayah, En. Lias whom is not so well nowadays but still patiently undergone the hemodialysis to keep him survive.. I love u, Ayah.. Hanya Allah saja yg dapat membalas jasa2mu.. Thank u for everything.. =)
Kak Zura..shahdu sgt baca ni pagi2 jumaat.moga ayah akak dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteFollow done..follow my blog k =)
terima kasih riana.. =)
DeleteAsalamu alaikum, May Allah grant your father good health, and the muslim ummah, Aameen.
ReplyDeleteThx for comment on The Sigh Goes And Brings Mercy From The Sky
Thank u for your du'aa.. =)
Delete