Nuffnang Ads

Wednesday, May 9, 2012

Robot Pun Pandai Solat..

Assalamu'alaikum..

As I was checking through my old mails, I found this - Asal usul solat lima waktu.. Mungkin ramai yg dah tahu, dan mungkin there are still others yg tak tahu.. Kalau sejarah tamadun dunia kita boleh ingat, inikan pulak sejarah tentang something yg wajib ke atas kita kan?! =)

Selamat membaca..

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
  • Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
  • Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
  • Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
  • Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  • Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
  • Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
  • Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
  • Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
  • Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
  • Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
  • Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  • Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  • Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
  • Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
  • Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  • Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
  • Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Robot pun pandai solat.. Inikan pula kita, hamba-Nya..

p/s: Ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tidak berbunga.. "Renung-renungkan dan selamat beramal" bak kata Prof. Izi Hj Ali.. =)

Friday, May 4, 2012

Colors of Jumaat..

Assalamu'alaikum...

Cepat betul masa berlalu.. Dah sampai hari Jumaat.. Then weekend, then weekdays balik, weekend lagi, so on n so forth.. When it comes to Friday, I always feel that, it is Friday, bukan hari2 lain.. Bukan sebab sy pakai baju kurung masuk plant setiap Jumaat, or tak dapat lunch dgn En. Suami sbb dia p masjid, tp sbb ambient hari Jumaat tu itself.. Rasa lain sgt.. Lain drp hari2 biasa.. Seriously! (Or was it just me?) =)

Anyway, pagi tadi, masa on the way ke office, sempat dengar weather forecast kat radio.. Takde pulak dj ckp hari ni akan hujan kat Penang.. Tup tup, sampai je office, hujan turun lebat sgt.. Kemudian, stop, mula panas.. Then, hujan balik.. Then, mendung je.. Hmmm.. Dalam satu hari, macam2 cuaca ada.. Hujan, panas, mendung.. Memang unpredictable.. Kuasa Allah, kehendak Allah.. Kalau cuaca pun boleh camtu, inikan pulak perangai manusia.. (But, I can't imagine if semua manusia kat dunia ni punya perangai yg sama je.. boringnye!) Pelangi pun ada 7 warna.. =) Macam tulah hidup kita kan? Berwarna-warni dgn ragam manusia yg berbagai-bagai.. Tp, ada kalanya, sbg manusia jugak, kita cepat terasa hati dgn org2 di sekeliling kita.. Dgn family, friends, colleagues, sesiapa jelah.. So, di hari Jumaat yg indah ini, sy nak share 4 benda yg sy pegang each time sy rasa upset dgn perangai org2 kat keliling sy.. Something that I think worth sharing.. 4 hakikat iman;

1. Ingatlah kebaikan org kat kita,
2. Ingatlah keburukan kita kat org,
3. Lupakan keburukan org kat kita, dan
4. Lupakan kebaikan kita kat org..

Be happy, dan senyum selalu.. (^_-)v

p/s: Kalau sesuatu masalah tu dpt diselesaikan, kenapa mesti risau? Kalau sesuatu masalah tu memang dah tau tak dapat nak diselesaikan, kenapa mesti risau? Hidup terlalu singkat utk kita risaukan hal2 yg remeh temeh.. Lagipun, kalau takde masalah, tak best pulak hidup ni kan? Takde warna.. =)

Warna Bunga Kaktus, Kaktus Cameron Highlands

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software