Nuffnang Ads

Friday, February 21, 2014

2 Days to Remember!

Assalamu'alaikum...

Hari ni, saya diingatkan oleh seorang kawan lama tentang 1 kisah yg terjadi masa semester akhir pengajian, almost 7 years ago .. To be frank, that story never stored in my memory.. Haha, walaupun kisahnya agak kelakar.. Then tiba2, after 7 tahun, out of nowehere, diingatkan dgn citer ni.. So, I thought, why don't I just write it in here? Supaya 5 tahun, 10 tahun ataupun 50 tahun drp sekarang, kalau umur panjang, I can still had a good laugh like I had today.. =)

*********

Akhir Sem 2 Tahun Akhir, seniors semua sibuk surf internet kat cyber cafe, applying for jobs, attending career fair, looking for any job vacancy ads in newspapers, and of course I was one of them.. Tak terkira resume dan cover letter yg kami hantar.. Risau bila dah grad nanti, tak dapat kerja.. Nak bayar study loan lagi, nak prepare utk convo lagi, semua nak guna duit.. Target saya satu je: Walau camna sekalipun, mesti kena dapat kerja kat Penang! By hook or by crook! Tapi, kalau dah ada rezeki kat tempat lain, takkan nak tolak pulak, ye tak?!

Hari berganti hari.. Kebanyakan kwn2 yg rapat dgn saya semuanya dah dipanggil interview, ada yg dah secure pun tempat kerja, maksudnya, before convo lagi dah leh start keje.. Risaunya hati ni, Allah je yg tau.. Takut tak dapat kerja.. Then, one fine day, sedang dok relax dlm bilik asrama, tiba2 dapat satu phone call dari satu company kat Johor ni mintak attend interview.. Alhamdulillah, punyalah excited, almaklumlah first interview, apa yg org sana cakap pun semua sy jawab, "Ya!" dan "OK!" Confident je.. Lepas tulis apa yg patut, so bermulalah persediaan utk menghadapi interview..

First, p cari baju.. Takkan nak attend interview dgn t-shirt dan jeans.. Kenalah ada imej sikit, apply position engineer pulak tu.. Tapi, time tu duit tak berapa nak ada.. Nasib baik kat U dok ada expo jualan.. Tak ingat pulak sempena apa, so saya pun belilah satu kemeja ni, dah tak pikir dah pasal warna, asalakan nampak ok utk dipakai masa interview nanti..

Ok, baju siap.. Document semua dah ready.. Tinggal satu je, nak cari member yg boleh hantar saya p interview tu.. Tiba2, dlm dok menceritakan masalah saya ni, adalah seorang hamba Allah yg cukup baik hati nak anta saya p interview tu.. And disebabkan dia lah, hari ni saya tulis citer ni..

So, hari yg dinanti dah tiba, dgn semangatnya saya suruh kawan saya datang awal.. Nervous kot.. Pas dia bebel apa2 yg patut, baca doa, sampailah kat tempat interview tu, kat Senai.. Masuk je kat lobby kilang tu, dgn yakinnya saya bagitau kat kak receptionist tu yg sy ada interview hari ni.. Kak receptionist pun panggil la interviewer saya tu.. Jumpa je dia, greet apa yg patut, lalu bermulalah sesi interview..
"Sebenarnya, sesi interview awak ni, minggu depan, bukan hari ni.. Dan org yg nak interview awak tu tak ada pulak hari ni.. Tapi, dah awak datang hari ni, seminggu awal, so, sayalah yg akan interview awak.."
Ah, sudah! Camne la leh tersalah tulis tarikh interview ni??

Time tu apa yg boleh saya cakap cuma,
"Oh, yeke?!" 
Ya Allah.. Malunya.. Hilang semua nervous tadi.. Apa yg dia tanya, saya main jawab je.. At the same time dalam hati, Allah je yg tau.. Nasib baiklah interviewer ni baik, tak suruh saya balik dan cakap jangan datang dah sebab tidak bertindak mengikut arahan.. Isk.. -_-"

Habis je interview tu, kwn saya dah tunggu dgn payung.. Masuk tadi cerah, keluar2 tengok dah hujan turun dgn lebat.. Mcm kena je dgn apa yg dah ada dlm hati..
"Camne interview?" Pas saya citer je, terus dia gelak..
"Tula, excited sgt.. Lain kali dengar betul2.. Dahla seminggu awal" 
.. Hahaha...
Sukanya dia ketawakan org.. Berpanjangan pulak tu.. Sepanjang perjalanan dari Senai ke Skudai.. Hmm..

Azzura.. Azzura..
-_-"

Lawak Hari Ini, Kawan Lama, Good Laugh, Fazlizam Majoki, Kenangan Azzura

Dan hari ni..
**********

Time flies.. Masing2 dah ada keluarga masing2.. 3 tahun lost contact dgn dia, and of a sudden, here we are, talking about the good old days.. Laughing..

The best part of the story is, saya dapat kerja tu.. And we were laughingly said, it was because of my eagerness to get that job, org yg interview saya tu kesian dan bagi saya kerja tu.. Haha.. Rezeki yg tak disangka.. And eventually, I reported to him, my Sr Quality Manager.. Dia memang best..

After 4 bulan, Mak kesayangan saya call suruh balik Penang.. Kata Mak, cukup2lah 4 tahun belajar kat Johor, baliklah duduk kat Penang.. That was how I ended working in this orthopaedics company..

Alhamdulillah, berkat rezeki kerja kat situ, I was able to save enough money to bring my whole family in Penang to attend my convocation.. And also did my driving licence.. Supaya next time, bila dah balik Penang, bolehla p interview sendiri.. Hehe.. =)

Lepas baca citer yg agak panjang ni, moral citer ni ialah:
As we grow up, we tend to lock our memories, especially the silly one, which will be forgotten eventually.. Sometimes, we just need to learn to let go, have fun, laugh out loud, and be the little girl/boy that we used to be.. I did it today.. I was so happy and I can feel my eyes are filled with tears.. Thank you my dear friend.. It is a day I wish to remember.. And now you are making it 2 days to remember - yesterday and today .. Thank you..

p/s: "We'll be Friends Forever, won't we, Pooh?' asked Piglet.
'Even longer,' Pooh answered.." - A.A. Milne, Winnie-the-Pooh

Thursday, February 20, 2014

Untuk Penyambung Generasiku..

Assalamu'alaikum...

February.. I've skipped writing any new entry in the month of January just because of several dugaan yg melanda our little family.. It was painful, tp hanya Allah yg tahu apa yg terbaik.. Alhamdulillah, semuanya dah kembali spt sediakala.. Bak kata Dr Hj Tengku Asmadi,

Rahmat, Tengku Asmadi, Dugaan, Hapus Dosa, Sabar, Nikmat


Bila kita dah kehilangan sesuatu, baru kita sedar nikmat yg kita hilang tu.. Kita tak boleh u-turn kan masa, tp kita boleh lakukan sesuatu utk masa hadapan..

***********

Bila dah nak masuk '3-series' ni, I tried to look at perubahan yg berlaku kat diri saya.. Physically, mentally and spiritually.. When I was 13, I always thought being adult is easier.. Tak sabar nak habis sekolah.. Tak sabar nak cari duit sendiri.. Tak sabar nak contribute to family.. As a matter of fact, there were things that I missed because I don't know and I just don't care.. Just because I thought everything will be perfect when I'm older, since I will be wiser.. Kononnyalah..

So, for almost 30 years of living; Apa yg saya dah belajar? Apa yg saya hilang? Apa yg saya jumpa? Did my life well spent? Or is it wasted?

************

Untuk penyambung generasiku.. This is a serious entry from me.. Semoga dapat memberikan manfaat.. =)

  • Agama
Tahun 2013, saya mengenali seorang pemuda bernama Ammar yg perginya digelar "Syahid yg tertangguh".. Baru berumur 20 tahun, tetapi baktinya kpd Islam melebihi mereka yg lebih berusia drpnya, termasuklah saya.. Wahai penyambung generasiku.. Kenalilah agamamu.. Belajar bukan hanya utk survive di dunia, tp juga utk bekalan di akhirat.. Dunia hanya sementara.. Kenalilah dan dalamilah rukun Islam yg 5 dgn ahli2 agama.. Amalkan apa yg dilafaz.. Jaga solat.. Jaga puasa.. Tahu bila perlu bayar zakat.. Latih diri menabung utk ke Tanah Suci.. Jangan asingkan agama drp cara hidup.. Ikutlah peraturan Allah.. Buatlah persediaan utk akhirat..

  • Hidup
Dunia ni ibarat roda.. Kadang2 kita terpaksa mendongak melihat org2 yg ada kat atas, kadang2 kita terpaksa tunduk melihat org2 yg ada kat bawah.. Wahai penyambung generasiku, sentiasalah beringat.. Yg bawah takkan selamanya di bawah, yg atas takkan selamanya di atas.. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yg Allah pinjamkan.. Selalulah berbuat baik, murahkan senyuman walaupun dikeji.. Jangan menyimpan dendam, sentiasa memaafkan.. Hidup ini cuma persinggahan..

  • Pelajaran
Setiap ibu bapa inginkan yg terbaik buat anak mereka.. Wahai penyambung generasiku, it's ok if you can't perform well in school.. Nobody is perfect.. There are a lot of dropouts out there who are billionaires now.. Where and how you start is not important.. Tak pandai dlm bab ni, tp genius kat bab tu.. Everyone is unique in their own way.. Ada 1001 cara utk mencapai cita2.. The method is not cast in stone.. Yakinlah, Allah dah tetapkan rezeki setiap anak yg dilahirkan di dunia ini.. Kalau kena dgn didikannya, Insya-Allah akan bahagia dunia dan akhirat.. Selalulah berdoa supaya Allah terangkan hati..

  • Cinta
Ada 2 kategori cinta; yg membina dan yg membunuh.. Wahai penyambung generasiku, I've seen both.. Cinta ibu bapa kpd anak, juga cinta antara lelaki dgn wanita.. Semakin meningkat remaja, semakin diuji rasa cinta tu.. Fitrah manusia utk ingin menyayangi, dan ingin disayangi.. Jangan tewas kpd nafsu.. Mungkin jawapan saya agak cliche, tp percayalah, kalau kita letakkan cinta kat Allah melebihi cinta kpd manusia, Insya-Allah, Allah takkan hampakan kita.. Bahagia akan datang dgn sendirinya..

  • Kerja dan Kerjaya
Kerja itu suatu ibadah.. Wahai penyambung generasiku, lakukanlah kerja yg ditugaskan dgn ikhlas dan bersungguh-sungguh.. Hasil dari kerja itu akan menjadi darah daging, jadi, jujurlah dgn kerja yg dilakukan supaya rezeki itu menjadi berkat.. Jangan terlalu kejar harta dunia.. Jauhkan diri drp sikap suka berhutang.. Belanjalah mengikut kemampuan sendiri.. Bukan ikut hati..

  • Rumahtangga dan Keluarga
Wahai penyambung generasiku.. Jangan sesekali berkira wang ringgit dgn ibu bapa.. Ikhlaskan hati.. Insya-Allah, ganjaran yg Allah bagi akan melebihi apa yg kita beri.. Jika ibu bapa redha, Allah akan redha dgn kita.. Tak cukupkah keredhaan Allah itu?
Jika suatu hari nanti, ditakdirkan bertemu jodoh, bersyukurlah kpd Allah kerana ditemukan jodoh di dunia.. Mudahkanlah urusan perkahwinan, jgnlah ianya menjadi beban dlm kehidupan berumahtangga kelak.. Banyakkan mendalami ilmu rumahtangga.. Syaitan akan menghasut, menabur fitnah, walau apapun ujian yg bakal dihadapi, banyakkanlah bersabar.. 


p/s: Semua yg saya tulis adalah dr pemerhatian dan pengalaman saya.. Maaf kalau ada yg tak suka.. Sekadar ingatan sementara masih tak lupa.. Takut nanti Allah tarik nikmat yg satu tu pula.. Semoga menjadi peninggalan yg berguna.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Software