Hari ni ialah hari ke-6 umat Islam berpuasa.. So, how are things getting on? Adakah apa yg kita pre-planned sebelum puasa ari tu really happening? Jom semak! (Ini bukan checklist utk beli barang2 raya ye?!) (^_-)v
Mungkin checklist ni boleh digunakan utk monitor activity harian kita di bulan yg mulia ini.. Insya-Allah, panjang umur, tahun depan, kita boleh buat more improvement! Hidup kan suatu perjalanan.. Jadikanlah ia suatu perjalanan ilmu, menuju keredhaan Allah.. =)
Anyway, sy nak share few interesting stuffs, yg berkaitan dgn salah tanggapan yg kerap berlaku di bulan Ramadhan.. I happened to have this from a friend, kalau ada facts yg tak betul, harap dimaafkanlah ye?! Sy pun masih belajar.. =)
Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh
Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif
atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang
terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut
dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif
'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah
r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang
mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa
meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan
pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang
perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa
dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui
bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti
mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk
makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang
lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda
yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini
disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah
makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat
al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas
bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini
terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW
malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari
sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut
waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar
menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang
diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja
tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut
pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan
solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan
ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar"
(Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup
segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya
"Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu
malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan
witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya
untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih
elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah
satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa.
Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang.
Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang
itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Su buh
berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompong an
yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak
mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat,
teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang
mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat
inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan
niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wani ta)
hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan
mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di
dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu
dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di
siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di
pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat
Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya
di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan
ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang
menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami'
as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi
sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu
amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa
waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur,
tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat
bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu
yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar
sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa
menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wani ta
walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap
terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah
lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari
mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan
berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat
Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa
mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang
yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad
Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin
berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
p/s: Teguran yg membina, will drive us towards Allah.. Bukakanlah hati utk menerima teguran.. Muhasabah diri.. Jadilah insan yg lebih baik berbanding semalam.. =)